Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 16, 2015

LEBUHRAYA PLUS AKAN NAIKKAN KADAR TOL? YANG BEROTAK SEKERAT, WAJIB BACA!!!



Agak menghairankan, mengapa sebahagian besar manusia yang mempunyai otak sekerat tetap berpendirian bahawa kadar tol akan dinaikkan pada Hari Raya ini, terutama di Lebuhraya PLUS. PLUS bukanlah satu-satunya lebuhraya yang ada di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Yang banyak sangat masalah dan songeh adalah tol-tol selain PLUS!

Sebenarnya di bawah pentadbiran Najib, PLUS telah diambilalih daripada sektor swasta pada tahun 2011 dan sekarang 51% kepentingannya dikuasai oleh Khazanah manakala 49% lagi dimiliki oleh KWSP.

Tiada peningkatan kadar tol di Lebuhraya PLUS semenjak 2005 iaitu 10 tahun lalu. Manakala kenaikan yang dijadualkan pada tahun 2009 dan 2012 pula telah dibatalkan. (RUJUK SINI)

Semenjak diambilalih, konsesi tol telah dirundingkan bagi memastikan tiada sebarang lagi peningkatan pada kadar tol untuk masa hadapan.

Selain daripada Johor Causeway yang kadarnya dinaikkan sebagai bantahan kepada peningkatan kadar VEP yang dikenakan oleh Singapura, tiada sebarang bukti yang menunjukkan adanya kenaikan kadar tol pada zaman Najib sebagai Perdana Menteri atau Menteri Kewangan.

Bahkan, beberapa tol telah dimansuhkan atau diturunkan kadarnya seperti KESAS dari RM2.20 kepada RM2.00 dan 2 tol RM0.90 dan RM1.00 di Lebuhraya Cheras-Kajang.

Manakala untuk harga petrol pula, ketika Najib mengambilalih jawatan sebagai Menteri Kewangan, harga RON92 adalah RM2.40. Kini harga untuk RON95 adalah RM2.15, masih lebih rendah berbanding sebelum Najib mengambilalih jawatan Menteri Kewangan. Malahan RM2.15 bermakna RM0.05 lebih tinggi berbanding RM2.10 tahun lepas dan RM0.15 lebih rendah berbanding RM2.30 pada Oktober tahun lepas.

Malahan salah satu daripada perkara pertama yang dilakukan selepas dia menjadi Menteri Kewangan adalah menggantikan RON92 dengan minyak berkualiti lebih tinggi iaitu ROM95 dan menurunkan harganya kepada RM1.80.

Sebenci mana pun kepada Najib Abdul Razak, kebaikan yang dilakukannya perlu diperakui.

Konsep pembayaran konsensi tol kepada pihak swasta bagi mengelakkan kenaikan tol di pingir bandar, sebenarnya - walaupun tidak semua - berlaku pada zaman Tun Mahathir.

Seharusnya konsep pengguna bayar dan wang pampasan tersebut lebih baik digunakan di tempat lain, terutama sekali infrastruktur di kawasan-kawasan luar bandar, digunapakai. Bukannya terus mengkayakan syarikat-syarikat pembina lebuhraya yang akan memberikan pelbagai alasan untuk meningkatkan kadar tol termasuklah kononnya kerana pinjaman bank dan kadar tukaran wang.

Mengapa perlu pembayar-pembayar cukai di Sabah dan Sarawak serta kawasan luar bandar membayar pampasan tersebut semata-mata untuk mengurangkan bayaran tol golongan berpendapatan sederhana yang tinggal di kota?

Sepatutnya kadar tol untuk pemandu di bandar dipertingkatkan lagi bagi menggalakkan mereka menggunakan pengangkutan awam di tengah-tengah bandar. Apatah lagi dengan pentadbiran Najib yang memperkasakan perkhidmatan awam menerusi lebih banyak perkhidmatan tren, bas, mahupun Sunway-Subang BTS.

Malahan apabila MRT1 dilancarkan dan LRT1 dan LRT2 disiapkan menjelang tahun hadapan, ia akan menjadi peluang terbaik untuk meningkatkan kadar cukai masuk bandar sekaligus kerajaan tidak perlu lagi membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol era Mahathir!!!

6 comments:

Anonymous said...

Jilat habis. Anak tirinya kaya sekelip mata dpt duit dari mana

Anonymous said...

Kenapa kerajaan perlu tanggung (absorb) kenaikan kadar tol. Pengguna dibandar mempunyai pilihan, kalau tak nak bayar tol guna lah jalan biasa. Lagipun, orang bandar terutamanya yang kaya tak pernah sokong BN, buat apa kerajaan bantu dia orang menggunakan wang rakyat.

Anonymous said...

baguslah asyik jadi pecacai umno dan menteri berterusan mempertahankan tindakan rakus mereka yang tak tahu mentadbir Malaysia. Pimpinan UMNO Buat malu pada bangsa bangsa lain aja di Malaysia ni.

Anonymous said...

Senang aje, suroh najib letak jawatan, selesai masalah!

P.s

Ni nak buka cerita sebab2 nak naik kan tol lah ye? Siapa pemimpin sekarang ni? Zaman Tun tak ada lah sampai menyusahkan rakyat walaupun tol naik sikit!

Anonymous said...

Mesti ada yg sakit hati baca posting tfk kali ini. Akan ada yg kata tipu dan najib memang tak guna. Kita tunggu mereka melepaskan rasa hati yang tetap 'tak puas hati'. Selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin.

adieu1999 said...

"kalau tak nak bayar tol guna lah jalan biasa. " dari shah alam ke kl, ikut jalan mana xde tol ye?

 
Blogger Templates