Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 23, 2015

LIM GUAN ENG KATA, DISEBABKAN PAS BEKERJASAMA DENGAN UMNO,HABIS PEMBANGKANG DITANGKAP DAN DITAHAN DARIPADA LARIKAN DIRI KE LUAR NEGARA!!!



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa, BN kini tidak teragak-agak bertindak terhadap pembangkang dalam isu 1MDB kerana mereka mendapat sokongan daripada PAS.

"Saya mengucapkan tahniah kepada BN kerana mendapat sokongan daripada PAS dan (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang," kata Lim pada sidang media di George Town hari ini.

Lim berkata demikian sebagai mengulas larangan ke luar negara oleh pihak berkuasa terhadap ahli parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua dan Rafizi Ramli (Pandan) serta pemilik kumpulan media The Edge, Tong Kooi Ong.

Menurut Lim, larangan perjalanan itu merupakan percubaan kerajaan menutup skandal 1MDB dan 'mulut' pihak yang mendedahkan skandal kewangan terbesar melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut menyifatkan ketiga-tiga pihak tersebut - Pua, Rafizi dan Tong - sebagai pemberi maklumat berhubung skandal 1MDB itu.

"Jika ada orang yang patut dihalang untuk keluar daripada negara ini, orang itu sepatutnya ialah suspek utama yang terlibat dengan skandal ini.

"Kenapa suspek utama tidak dihalang? Ini tidak adil dan memberi gambaran bahawa hanya pemberi maklumat yang akan menjadi mangsa," kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP. - (SUMBER)


13 comments:

paktam said...

Dia tuju kepada siapa? Anjing menyalak bukit.?

Anonymous said...

Sekaranglah masa kita tunjuk power of BN..asyik defensive sgt..diktator sikit..

Anonymous said...

segala2nya berpunca dari penghianat2 negara yang ingin mengambil alih putrajaya dengan cara tak demokratik..dengan pilihanraya mereka mustahil berkuasa maka dengan cara kotor maka inilah punca segala2nya..sudah terang lagi bersuluh mereka tak berhenti dari kerja2 jijik ini.

langau said...

kurang ajar..dah mengkianat masih lagi berani berlagak sombong.Orang macam ni patut diajar.

Anonymous said...

In this case the accusers are the prime suspects for making accusations without evidence beyond doubt. Thus it is now the accusers are being suspects for seditious acts.

Anonymous said...

Pemberi maklumat juga suspek utama kerana maklumat itu palsu dan mereka sengaja menyebarkannya dengan tujuan yang jahat. Mereka bertiga ini juga merupakan petualang negara yang patut dilucutkan kewarganegaraannya.

Anonymous said...

Orang Tua ini sudah lupa. Semasa Anwar bersekongkol dengan mereka dia bebas kemana sahaja untuk memburukkan kerajaan. Kerana prinsip undang-undang seseorang itu tidak bersalah selagi dia tidak dibuktikan kesalahannya disisi undang-undang.

Namun kes Anwar adalah kes peribadi yang melibatkan seorang pemimpin pembangkang, walaupun dalam masa yang sama dia merayau kesana sini memburukkan negara sendiri untuk meraih simpati peribadi.

Kes 3 bahlol ini melibatkan negara dan kerajaan. Oleh kerana Orang Tua ini dan golongan melampau telah menghukum Najib dengan segala putar belit dan menyusun agenda dan persepsi yang telah menggugat kedaulatan negara mereka tidak harus bebas kemana sahaja sehingga kes ini selesai.

Walaupun mereka bukan suspek NAMUN mereka adalah saksi AMAT penting dalam kes ini. Sepatutnya mereka ini ditempatkan di satu tempat khas khusus untuk KESELAMATAN mereka takut-takut sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Anonymous said...

Yang dikatakan suspek utama tu difitnah.. Penyebar fitnahlah
yang sepatutnya ditangkap.

Anonymous said...

Di pemberi maklumat palsu dan fitnah

Sebab tu kena investigate dan dihalang keluar negara

Anonymous said...

Guano eng ni meroyan ta habis2. Tapi, maaf la. Apa saja yang keluo dari mulut busuk mu, membuat orang lagi marah dan membenci mu, tahniah der. Wa tak caya sama loo.
Rasa naak muntah ade la. Penipu, penyangak, tujuan nya hanya nak menjatuhkan bangsa MIM. Dan dengan tindakaan bangsat guano ni, bangsa MIM akan jadi lebih KUAT, amin!

Anonymous said...

Kalau rasa nak dedahkan 1MDB yg nak keluar kuar negara apesal.... ??? Dedahlah nanti dalam penjara..

Unknown said...

Setuju. Pembangkang terutama dap tak ada klas

Unknown said...

Lge kan doboh

 
Blogger Templates