Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, July 24, 2015

SELEPAS LESTER MELANYI, XAVIER JUSTO DALAM 22 MUKASURAT KERTAS PENGAKUANNYA, DEDAHKAN KONSPIRASI PEMBELIAN DAN PENGGULINGAN KERAJAAN MALAYSIA!!!



Tidak hairanlah beberapa orang pemimpin pembangkang yang terlibat secara langsung dalam fiasco 1MDB melenting sakan apabila Jabatan Imigresen Malaysia mengenakan sekatan perjalanan luar negara kepada mereka.

Rupa-rupanya banyak aksi mereka terdedah dan mereka dilanda ketakutan luar biasa selepas Lester Melanyi dan terkini, Xavier Justo membuat pengakuan bahawa kontroversi 1MDB yang dicetuskan berbulan-bulan lalu, sebenarnya tidak lain hanyalah sebuah rancangan jaht untuk menjatuhkan dan menggulingkan Kerajaan Malaysia.

Dan tidak hairanlah juga mengapa Tony Pua dan Rafizi Ramli segera membuat penafian yang mereka tidak pernah mengenali atau berjumpa dengan Lester Melanyi dan Xavier Justo, walaupun Rafizi Ramli dan Tony Pua kemudiannya memperlekehkan Lester Melanyi yang didakwa sebagai seorang muflis.

Xavier Justo berkata, dia tidak pernah dibayar sekalipun telah dijanjikan oleh seorang ahli perniagaan ulung Malaysia. Dia mendakwa, telah dijanjikan USD2 juta (RM7.6 juta) sebagai tukaran untuk data-data yang dicuri daripada bekas majikannya. (RUJUK SINI)

Xavier Justo memberitahu The Straits Times menerusi sebuah temuramah di dalam penjara yang dia tidak pernah dibayar sebagaimana yang dijanjikan oleh ahli perniagaan Malaysia itu. Menurutnya, urusniaga tersebut telah dibuat di Singapura pada Februari atas penjualan dokumen-dokumen tersebut, yang kemudiannya diikuti dengan perbincangan bagaimana kaedahnya dia dibayar.

Sekumpulan orang yang ditemuinya di Singapura yang berunding untuk penjualan data-data tersebut, telah dinamakan dalam surat pengakuan 22 muka surat yang dibuat oleh Justo kepada pihak polis Thailand. Dia turut menunjukkan salinan pengakuan tersebut kepada The Straits Times.

"Saya cuba buka akaun di Singapura supaya wang tersebut dibayar terus dari akaun pembeli tetapi ditolak oleh DBS Bank. Saya tidak tahu mengapa. Selepas itu saya buka akaun di Abu Dhabi atas nama saya sendiri yang kemudian ditolak oleh pembeli dengan alasan, nama saya di dalam akaun tersebut. Kemudian saya cuba menggunakan akaun syarikat di Hong Kong dan dia memberikan jawapan yang sama. Begitu juga akaun syarikat di Luxembourg dan ditolak oleh pembeli sehinggalah selepas itu, Clare Brown ambilalih," katanya.

Xavier merujuk kepada Clare Rewcastle-Brown, rakyat British yang dilahirkan di Malaysia dan merupakan editor Sarawak Report yang telah membuat pelbagai dakwaan tentang penyelewengan dan salah guna berbilion-bilion ringgit melibatkan firma pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang mana lembaga penasihatnya diketuai oleh Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.

Justo juga mendakwa, pembeli turut menawarkan bayarannya secara tunai.

Katanya, "Jadi, saya perlu ke Singapura setiap minggu atau minggu seterusnya untuk menerima envelop yang berisi beberapa ribu atau puluh ribu, dan mengulanginya selama berbulan-bulan sehinggalah jumlah keseluruhannya selesai. Saya tolak."


Justo mengulangi kenyataan polis Thailand minggu lepas bahawa pengakuannya itu disokong oleh dokumen-dokumen termasuklah rakaman perbulan WhatsApp dengan pembeli.

"Kesemua pengakuan bertulis saya itu, dibuktikan menerusi perbualan e-mel, mesej WhatsApp yang antara saya dengan mereka."

Clare Brown bersetuju untuk menerima USD2 juta daripada pembeli dan telah membayarnya sebanyak USD250,000 sebuah untuk perkhidmatan konsultan, dakwanya.

"Saya tidak tahu sama ada dia menerima wang itu atau tidak kerana saya telah diberkas," katanya lagi.

Ketika dihubungi oleh The Straits Times, Clare Brown menolak dakwaan tersebut sebagai mengarut.

"Apa yang saya bangkitkan tentang 1MDB telah disahkan oleh The Edge dan dipersetujui oleh beberapa sumber rasmi," kata Clare Brown.

The Edge adalah akhbar harian Malaysia yang ketua pegawai eksekutifnya, Ho Kay Tat, sedang disoalsiasat oleh polis Malaysia semenjak semalam berhubung artikel-artikel yang disiarkan berkaitan dengan 1MDB.


SUMBER: THE STRAITS TIMES SINGAPURA


Perkembangan terbaru ini menyusul berhubung pembekuan dua akaun yang berkaitan dengan 1MDB di Singapura.

Adakah kedua-dua akaun tersebut mengandungi USD2 juta (RM7.6 juta)?

Justo mendakwa dia tidak pernah dibayar... bermakna wang tersebut masih berada di Singapura dalam dua akaun... masih tergantung dan gagal mendapat cara bagaimana hendak menghibahkan wang tersebut?


1 comment:

paktam said...

Tak dibayar makna tiada money laundering?

 
Blogger Templates