Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, July 6, 2015

MELAYU DAP INI KATA, NAJIB DAN KERAJAAN BERSALAH SEHINGGA TIDAK DIBUKTIKAN BERSALAH DALAM ISU RM2.76 BILION!!!



Terus-terang macam ni, barulah namanya gentleman... tak payah duk belit-belit dan tak payah duk berlakon-lakon kononnya menjunjung keadilan.

Ahli Parlimen DAP Raub, Arif Sabri berterus-terang bahawa tuduhan bahawa wang berjumlah RM2.6 bilion yang dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak telah digunakan untuk mendanai kempen pilihanraya Barisan Nasional.

Sebab itulah katanya, Barisan Nasional menang pada PRU-13 lalu.

UMNO menurutnya telah menggunakan wang itu untuk membayar calon, merasuah pengundi dan penjawat awam. Justeru, katanya, itulah yang menjadikan kerajaan yang diterajui oleh Najib adalah kerajaan yang didanai oleh rasuah. (BACA DI SINI)

Arif Sabri turut secara tidak langsung menuduh, Suruhanjaya Pilihanraya telah digunakan oleh Najib Abdul Razak untuk mengubah keputusan PRU sehingga membolehkan undi-undi berpindah kepada Barisan Nasional.

Semua itu hanyalah tuduhan. Tetapi bagi Arif Sabri, tuduhan ke atas Barisan Nasional dan Najib, tidak perlu diberikan sebarang bukti kerana sistem yang digunapakai adalah BERSALAH SEHINGGA DIBUKTIKAN TIDAK BERSALAH.

Tetapi apabila membabitkan DAP dan dirinya sendiri, Arif Sabri berkokok dan menyalak menyatakan, perlu diberikan sebarang bukti. Sebarang pembuktian yang kukuh dan tidak mampu dijawab oleh Lim Guan Eng mahupun Lim Kit Siang, sebaliknya mereka bertindak melarikan diri ke luar negara dengan alasan bercuti, dianggap oleh Arif Sabri sebagai 'sudah selesai' dan 'terjawab'.

Arif Sabri masih lagi bercakap tentang UNDI POPULAR kesan daripada limpahan undi pada calon-calon DAP di kubu kuat mereka seperti Seputeh, Puchong, dan sebagainya, tetapi langsung tidak mengambil kira, kekalahan PKR dan PAS kerana peratusan undi Melayu tidak meningkat berbanding jumlah pengundi-pengundi baru Cina yang entah dari mana munculnya.

DAP merupakan pihak yang paling lantang menentang penggunaan sistem biometrik yang dapat mengesan kesahihan status kewarganegaraan seseorang pengundi, sebaliknya mendesak dan berjaya memaksa SPR menggunakan dakwat kekal sahaja untuk menandakan seseorang itu telah mengundi... bukannya mengesahkan status kewarganegaraan pengundi-pengundi berkenaan.

Dalam banyak kes, ramai 'pengundi-pengundi baru' yang digembalai oleh petugas lantikan DAP, tidak dapat memahami arahan dalam Bahasa Kebangsaan, tidak boleh bertutur dan faham Bahasa Kebangsaan serta terpinga-pinga selain hanya menunggu arahan gembalanya yang telah dilantik oleh DAP.

DAP apabila diminta menjelaskan perkara tersebut, bermegah kononnya itu semua hanyalah tuduhan liar dan tidak berbukti. Bagaimanapun, mereka tidak pula menyerahkan dan menyatakan sebarang bukti bahawa kumpulan pengundi-pengundi baru yang digembalai oleh petugas-petugas DAP di pusat-pusat pengundian itu benar-benar rakyat Malaysia.

Begitu juga dengan beberapa skandal tanah dan skim penghalauan orang Melayu dari bahagian pulau di Pulau Pinang. Walaupun telah dibuktikan, tetapi Arif Sabri tidak pula menekankan bahawa ianya adalah satu perbuatan jenayah kerana yang melakukannya adalah Lim Guan Eng!!!

Begitulah Melayu kalau sudah karam dengan pujian melampau DAP!!!

4 comments:

Anonymous said...

Bagus -bagus ....lancar dan petah menjunjung bangsa lain yg akan menekan anak cucunya nanti.....melayu yg layu....

Anonymous said...

Baru ada ummph.. tepat dan bernas.. yang penting mulai sekarang kita mansuh dakwat kekal dan gantikan dgn biometrik.. ada berani itu DAPigs?

Anonymous said...

PAS MENDEDAHKAN RANCANGAN DAP JADIKAN MALAYSIA SINGAPURA KEDUA

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mendedahkan agenda ‘cauvinisme’ Cina DAP yang dilihat cenderung mahu membentuk ‘Singapura Kedua’ di Malaysia.

Ahmad Amzad dalam satu kenyataan berkata, sikap angkuh dan gelojoh DAP dalam mencapai cita-citanya itu semakin jelas apabila parti itu menolak PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat (PR).

“Perpecahan ini sedang dituai dengan rakus oleh DAP. Mereka angkuh dan gelojoh dalam menjayakan agenda cauvinis menguasai negara agar cita-cita sebuah lagi Singapura segera dicapai”, katanya.

Ahmad Amzad juga mempersoalkan langkah agresif DAP menarik ahli dari kalangan bukan Melayu menyertai parti itu.

“DAP sedang dengan agresif mendaftar masyarakat bukan Islam sebagai pengundi untuk menguasai negara. Mereka juga ambil orang Melayu agar bila perlu, mereka ada calon untuk jadi menteri besar di negeri negeri bersultan.

“Tentu sekali (mereka) Melayu yang patuh pada agenda DAP seperti Zairil atau Nizar Jamaludin,” ujar Ahmad Amzad.

Kemelut yang mencengkam Pakatan Rakyat semakin meruncing apabila DAP mula memulaukan PAS terutamanya di Sabah dan Sawarak.

Keadaan semakin memburuk apabila PAS dalam Muktamar Tahunan ke-61 di Kuala Selangor pada Jun lalu menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama agar PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

Ia ekoran tindakan DAP mengisytiharkan ‘perang senyap’ dengan memutuskan hubungannya dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan isu PAS ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan.COPY PASTE MYMASSA.BLOGSPOT

Anonymous said...

"Kalau segala-gala nya bisa di selesaikan dengan hanya memohon ma'af, apa guna nya shorga dan naraka?" - Soekarno

 
Blogger Templates