Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 8, 2015

PECAH BERITA!!! SUNGAI MERAH DI KUANTAN BERPUNCA DARIPADA FELDA BUKIT GOH YANG BERTUKAR JADI LOMBONG BAUKSIT!!! SIAPA PUNYA KERJA?



GONDOL...

Dari sebuah ladang sawit yg gah di Kuantan, Rancangan Felda Bukit Goh kini bertukar menjadi padang jarak padang terkukur akibat kerakusan dan kegilaan mencari kekayaan hasil bauksit. 

Hampir 80 peratus ladang sawit seluas 6,000 ekar milik 600 peneroka di sini sudah digondolkan bagi tujuan berkenaan. Mengikut harga pasaran, setiap peneroka mampu memperoleh sekurang-kurangnya RM1 juta bagi setiap 10 ekar tanah ladang masing-masing yg dikorek bagi pengeluaran bauksit atau sudah ada kira-kira 500 peneroka Felda Bukit Goh sudah menjadi jutawan bauksit! 



Namun ironinya, hanya "beberapa" orang drp mereka berjaya merasa nikmat jutawan, manakala yg lain hanya merasa "kuah" apabila menerima antara RM200 ribu hingga RM600 ribu seorang akibat permainan broker atau orang tengah. 

Selepas wang ini habis dibelanjakan, mereka akan menjadi miskin semula kerana tanah ladang yg sudah dirobek dgn bauksit tidak boleh ditanam semula dgn kelapa sawit. Siapakah yg akan peduli dgn nasib masa depan peneroka Melayu ini dan generasi kedua mereka nanti?





3 comments:

Anonymous said...

Vvvvvip.ada berani?

Anonymous said...

DAP - DEMOCRATIC ACTION PARTY..........................................DIP -DEMOCRATIC ISLAM PARTY..........................

Anonymous said...

Adakah PAS hilang sabar dengan DAP Penang?

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada peguam untuk memfailkan saman itu.

"Kami tak ada masalah kalau pemecatan dilakukan mengikut prosedur operasi standard, tetapi mereka ini suka hati pecat wakil kami tanpa kemukakan sebarang alasan.

"Mereka baru mentadbir negeri ini dua penggal tetapi sudah kecoh.

"Ini menunjukkan yang DAP Pulau Pinang sebenarnya gagal menjadi pentadbir yang baik.

"Jangan ambil mudah dengan PAS kerana kami pun orang politik juga. Jangan ingat mereka boleh buat sesuka hati, apa-apa pun mereka kena fikur dulu risikonya," katanya.

Ini selepas Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengeluarkan surat pemberhentian kerja kepada anggota PAS yang dilantik berkhidmat di negeri itu.

Notis pemberhentian ditanda tangan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dan salinannya telah dihantar kepada Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

Salah seorang ahli PAS, Fadzil Kemi yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan Gred S41, antara mereka yang telah menerima surat itu.

“Dimaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memutuskan untuk memberi notis pemberhentian perkhidmatan tuan sebagai Pegawai Penerangan Gred S41 dengan serta merta berkuatkuasa 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak yang ditandatangan tuan pada 12 Disember 2014,” petik isi kandungan surat berkenaan.

Baca sepenuh SINI.theunspinners.blogspot

 
Blogger Templates