Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 9, 2015

PEMILIK LAMAN LUCAH TEMPATAN AKAN DIKENAKAN TINDAKAN DENGAN KADAR SEGERA!!!



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan, laman-laman lucah yang beroperasi di Malaysia dan pemilik-pemiliknya akan dikenal pasti dan akan di ambil tindakan undang-undang dengan kadar yang segera.

Dalam satu kenyataan media yang di keluarkan SKMM kelmarin, Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, seramai sembilan individu telah dihadapkan ke mahkamah sejak 2010 dan dikenakan denda serta penjara kerana melanggar Seksyen 211 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut beliau lagi, SKMM amat serius dalam menangani masalah kandungan pornografi dalam talian lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur.

Buktinya, SKMM telah mengarahkan pentadbir laman sesawang ‘sexpornimage’ untuk menurunkan sebanyak 392 pelokasi sumber seragam atau URL dalam kes penyebaran gambar kanak-kanak kepada beberapa selebriti terkenal, baru-baru ini.

Bagi laman-laman lucah yang berpangkalan di luar negara pula, Zulkarnain menjelaskan tindakan bahawa SKMM akan mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk menyekat laman-laman tersebut daripada beroperasi. (sumber)


No comments:

 
Blogger Templates