Alasan sakit lutut yang diberikan oleh pegawai khas Rosmah, dijadikan bahan jenaka. Malah ada yang berkata, ibu mereka yang berumur 77 tahun serta sakit lutut pun pakai kasut sendiri, sekaligus menunjukkan si pembuat kenyataan tersebut adalah SEORANG ANAK KURANG AJAR dan TIDAK MENGENANG BUDI kerana membiarkan ibunya yang sakit lutut memakai kasut sendiri, sedangkan itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang anak.
Itulah yang berlaku kepada Rosmah.
Semalam satu program sumbangan hari raya kepada para pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Ayer Keroh, Melaka. Dan seperti biasalah, apabila membabitkan hari raya, sudah tentulah golongan teristimewa adalah kanak-kanak.
Apakah gambar yang dipaparkan ini akan mengundang pelbagai teori keji dan hina daripada Netizen? Atau adakah setelah tidak dapat mencari caci hina yang paling lekeh, Netizen yang telah dirasuk kebencian keterlaluan kepada Rosmah akan menjadikan serta melabelkan sesiapa sahaja yang mencela perbuatan mereka ke atas Rosmah sebagai 'PENJILAT ROSMAH' dan 'HERO RAKYAT' kepada mereka yang menghentam, memaki hamun atau menuduh Rosmah berlakon?
Dengan kegilaan yang sedang melanda rakyat Malaysia, terutama yang mudah terangsang dengan sebarang berita dan cerita yang memburuk-burukkan Rosmah, tidak mustahil ianya akan berlaku!!!
1 comment:
.paul joseph goebbels [menteri propaganda NAZI ]dianggap sebagai pelopor dan pengembang teknik propaganda modern. Teknik jitu ciptaannya diberi nama Argentum ad nausem atau lebih dikenali sebagai teknik Big Lie (kebohongan besar). Prinsip asas teknik ini adalah menyebarluaskan berita bohong melalui media massa "sekerap" mungkin sehinggalah "kebohongan"tersebut dianggap sebagai suatu 'kebenaran'.
Prinsip dari tekniknya itu adalah menyebarluaskan berita "bohong "melalui "media massa "sebanyak mungkin dan sesering mungkin hingga kemudian kebohongan tersebut dianggap sebagai suatu kebenaran. "Sederhana" namun "mematikan."(Dapat mempengaruhi rakyat secara berkesan -kemenangan besar dalam pilihan raya lalu dengan menyebarkan propaganda palsu kepada rakyat jelata )
understand now right my great genius gifted muslimin malays ummah....
Post a Comment