Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 9, 2015

PERSATUAN SYARIKAT-SYARIKAT KONSESI LEBUHRAYA MALAYSIA BAGI ALASAN KENAPA PERLU KERAJAAN NAIKKAN KADAR TOL!!!



Kenaikan kadar tol berjadual memberi fleksibiliti kepada pemegang konsesi untuk menyerap kos kewangan, peningkatan penyelenggaraan serta caj perkhidmatan, demikian menurut Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM).

Dalam satu kenyataan hari ini, PSKLM berkata pertimbangan untuk menaikkan kadar tol tidak bergantung kepada perjanjian antara kerajaan dan operator semata-mata tetapi turut mengambil kira perjanjian antara operator dan pembiaya.

PSKLM berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu semalam mengenai kemungkinan kenaikan kadar tol.

"Sekalipun persatuan menghargai pandangan dalam artikel berkenaan, kami mahu menjelaskan salah tanggapan ketara dalam hujah menentang kenaikan tol di dalam laporan itu," katanya yang menambah antara yang dibayangkan dalam laporan tersebut ialah pengendali tol adalah lombong emas.

Mengambil contoh kajian Lembaga Lebuhraya Malaysia, PSKLM berkata kira-kira 75 peratus daripada tol yang dikutip diguna untuk membayar hutang manakala 20 peratus lagi untuk penyelenggaraan dan overhed.

Contohnya PLUS yang mengutip kira-kira RM3 bilion, membelanjakan sebahagian besar (50 peratus) untuk pembayaran balik pinjaman.

Baki perolehan diagih semula bagi kos pengurusan (13 peratus), kos penyelenggaraan berjadual (12 peratus), pulangan kepada pemegang saham (10 peratus), kos penyelenggaraan (8 peratus) dan kos menaik taraf (7 peratus).

Bagi Lebuhraya Utara-Selatan sahaja, ia berkata PLUS membelanjakan lebih RM20 bilion untuk pembinaan, operasi dan penyelenggaraan sejak pembukaannya.

PSKLM juga menegaskan tidak semua lebuh raya beroleh keuntungan.

Sebagai contoh, setakat 2010, Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) yang menguruskan Terowong SMART membelanjakan kira-kira satu pertiga daripada pendapatan tahunannya untuk penyelenggaraan semata-mata.

Memandangkan pemegang konsesi itu harus melunaskan kadar faedah pinjaman yang besar, terowong tersebut beroperasi dalam keadaan rugi.

"Jumlah trafik di bawah unjuran kerana terowong SMART terpaksa ditutup setiap kali keadaan memerlukan bagi melencongkan aliran air banjir dan kos pembersihan boleh meningkat sehingga RM500,000," katanya.

Persatuan juga berkata sekalipun aliran trafik di bawah unjuran, pemegang konsesi tidak dibenar menaikkan kadar tol berdasarkan perjanjian.

Ini menyebabkan mereka berdepan masalah untuk membayar balik pinjaman dan terpaksa merundingkan perjanjian baharu dengan pemberi pinjaman, katanya.

Bagaimanapun, PSKLM berkata ia kini dalam perbincangan dengan kerajaan bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung kenaikan berjadual yang akan datang, dengan mengambil kira isu kenaikan kos sara hidup dan tanggungjawab kewangan anggota persatuan.

Mengenai cadangan kadar tol tidak wajar dinaikkan kerana kesesakan lalu lintas kekal menjadi isu, PSKLM berkata kenaikan itu perlu kerana pemegang konsesi telah meminjam dan membelanja ratusan juta ringgit dalam pembangunan dan kemudahan lebuh raya yang perlu diselenggara dan ditambah baik untuk keselesaan pengguna.

Ia berkata kemudahan dan prasarana baharu perlu dibina terutama untuk meningkatkan langkah keselamatan dan mengurangkan kesesakan.

-- BERNAMA


3 comments:

Anonymous said...

Ni spe pnye arahan kpd persatuan konsesi... pm najib kew

Anonymous said...

Tetap untung juga. Suruh MOF ambik alih la. Baru berapa billion.
Pekerja lebuhraya termasuk pejawat awam.
Jgn la tamak sgt.

Anonymous said...

VIDEO: Duduk Malaysia Dah Berpuluh Tahun, Bahasa Melayu Pun Tak Fasih...

Bangla Yang Duduk Malaysia 3 Bulan Pu…

Bangla yang duduk 3 bulan kat sini pon lebih fasih berbahasa melayu dari pada puak-puak nie...

Bayangkan la bagla, nepal dan lain-lain pendatang boleh fasih berbahasa melayu dalam tempoh 3 bulan atau paling cabuk pun setahun...

Korang rasa la, adun-adun ini betul ke warganegara malaysia, pure malaysian atau mereka ini spisis yang hilang tahun 2005 dulu...

Tolong jangan gelak lebih sangat, kang terbatal pulak puasa tu....................COPY PASTE DARULEHSANTODAY.BLOGSPOT

 
Blogger Templates