Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 30, 2015

RAHMAN DAHLAN TOLAK DAKWAAN MUHYIDDIN MALAH DEDAHKAN YANG LEMBARAN FAKTA 1MDB DIBENARKAN BAWA PULANG UNTUK DIKAJI!!!



Ekoran kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bahawa dia tidak begitu maklum dengan isu 1MDB sehingga perlu menyelak dan menyemak The Edge untuk mengetahui perkara sebenar, Rahman Dahlan tampil perkara sebenar.

Menurut Rahman Dahlan yang berjaya membuatkan Lim Kit Siang dan Tony Pua tegak kepala, dakwaan Muhyiddin itu adalah dakwaan liar. Tidak sepatutnya, anggota kabinet mengeluh kononnya tidak diberikan masa yang mencukupi untuk mengkaji lembaran fakta tentang 1MDB, malah maklumat-maklumat yang diberikan juga adalah lebih daripada mencukupi.

Dalam postingnya di Facebook hari ini, Rahman berkata, para menteri telah diberitahu, mereka boleh membaca lembaran fakta tersebut pada bila-bila masa yang mereka suka.

"Fact sheet 1MDB yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin semasa sidang media, tidak diambil balik daripada para menteri. Kesemua menteri kabinet dibenarkan membawa pulang fact sheets itu," kata Rahman yang juga merupakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan selain Ahli Parlimen Kota Belud.

Dia tidak bersetuju dengan dakwaan Muhyiddin bahawa lembaran fakta tersebut tidak cukup komprehensif malah menyatakan, 'mengandungi banyak maklumat-maklumat berhubung isu-isu panas 1MDB'.


Selain lembaran fakta tersebut, terselit juga sepucuk surat daripada Menteri Kewangan II, Dato Seri Husni Hanadzlah yang meminta mana-mana Menteri Kabinet yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut agar menghantar soalan-soalan mereka kepadanya dalam satu format tulisan yang telah disediakan.'

Muhyiddin telah menimbulkan kegempara pada Ahad lalu apabila mendakwa, maklumat-maklumat tidak lengkap dalam lembaran fakta yang diberikan, memaksa dia mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber lain untuk isu 1MDB termasuklah daripada The Edge yang kini permit penerbitannya digantung dan kedua-dua pemiliknya, Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat sedang disoalsiasat oleh PDRM berhubung tindakan mereka menerbitkan dan menyiarkan artikel dengan mengguna data-data yang telah dicuri dan dipinda daripada seorang lelaki warga Switzerland yang kini sedang menanti perbicaraan di Thailand kerana memeras bekas majikannya, PetroSaudi International.


1 comment:

Anonymous said...

Apa la bangang sgt Man Dahlan ni? Mcmmana ko boleh jadi pengarah komunikasi strategik umno kalau ko ni bengap sgt. TSMY tak kata fact sheet tu kena pulang balik & TSMY tak kata mereka diberi 5 minit utk membaca FS tu. Yg TSMY kata ialah Fact Sheet tu terlalu ringkas & kurang maklumat hinggakan kalau baca hanya ambil masa 5-10 minit aje. Itu pun ko tak paham ataupun ko ni memang kaki spin? Berapa duit WanEmDeeBee ko dapat?

Aku tak halal duit gaji yg ko dpt tu sbb ko ni bangang sgt.

Kedah Mai

 
Blogger Templates