Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 8, 2015

SURAT SAMAN BELUM LAGI... BARU NOTIS GUAMAN DIHANTAR KEPADA WALL STREET JOURNAL!!!



Pasukan perundangan Perdana Menteri akan mengambil tindakan undang-undang ke atas The Wall Street Journal di Amerika Syarikat walaupun mungkin berhadapan dengan pelbagai kesukaran di negara yang undang-undangnya sangat susah berpihak kepada pihak luar, terutama sekali kerajaan asing yang menentang media negara tersebut.

Berdasarkan kepada maklumat semasa, pasukan peguam tersebut dikatakan sedang mempersiapkan fakta untuk menfailkan kes di Amerika Syarikat dan telah pun mendapatkan bantuan pakar-pakar perundangan membabitkan kes-kes fitnah di New York.

Kerja-kerja perundangan sedang dilakukan sebelum surat-surat berkaitan dihantar kepada Dow Jones, menurut sumber tersebut. Dow Jones adalah merujuk kepada penerbit Wall Street Journal.

Dalam pendedahan yang dibuat ke atas 1MDB Jumaat lepas, akhbar yang telah berjaya menghancurkan Iraq dengan laporan-laporan palsu membabitkan senjata-senjata pemusnah dunia yang kononnya dimiliki oleh Saddam Hussein itu, mendakwa, Najib telah menerima wang berjumlah hampir USD700 juta atau lebih kurang RM2.6 bilion menerusi akaun peribadinya.

Akhbar niaga antarabangsa tersebut turut mendakwa mereka memperolehi dokumen-dokumen kerajaan yang menunjukkan aliran wang dari akaun 1MDB menerusi beberapa agensi dan syarikat kerajaan sebelum didepositkan ke dalam akaun bank yang dikatakan milik Najib Abdul Razak.

Najib telah menafikan mengambil sebarang wang untuk kepentingan peribadinya dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai 'sabotaj politik'.

Sebuah taskforce yang mengandungi empat agensi Kerajaan Persekutuan sedang menyiasat dakwaan WSJ dan semalam, telah membekukan enam akaun bank tetapi tidak menyebut sebarang nama yang memiliki akaun-akaun tersebut.


1 comment:

Anonymous said...

Bust somebody, go for it.........

 
Blogger Templates