Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 1, 2015

UDAHLAH NAIK HARGA, CUBA NAK SEMBUNYIKAN LAGI... INI BUKAN ZAMAN MAHATHIR KONTROL MEDIA DAH!!!

Hari tu, beria-ia juga menteri yang sama dengan cerita ketelusan dan penuh keberanian. Harga bahan api diturunkan dengan kaedah pengapungan. Ramai yang marah pada mulanya, rasa sedikit lega walaupun masing-masing menjangkakan, penurunan tersebut tidak akan bertahan lama. Paling lama pun, dua tiga bulan sahaja.

Seperti mahu menidakkan, harga bahan api terutama RON95 diturunkan menjadi RM1.70 seliter berbanding RM1.90 sebulan sebelumnya. Tiga bulan jugalah harga itu bertahan sebelum pada Mei 2015, ia dinaikkan pada kadar RM2.05 seliter dan terbaru, harganya adalah RM2.15.

Ketika kenaikan kali pertama hari tu, dikatakan bahawa harga perlu dinaikkan memandangkan harga minyak dunia sudah naik. Disebabkan bahan bakar di Malaysia telah diapungkan harganya, maka naiklah juga harganya itu.

Tidak pula dapat dipastikan, apakah harga minyak yang dimaksudkan merupakan harga minyak semasa atau harga minyak tiga, enam atau sembilan bulan sebelum kenaikan dibuat. Ini adalah kerana, ketika kenaikan dibuat, harga minyak dunia secara relatifnya masih tidak menunjukkan sebarang peningkatan ketara, biarpun telah beranjak daripada titik terendah sepanjang tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Namun yang pasti, ketika kenaikan harga dibuat, memang ada sedikit peningkatan.

Jadi kesimpulan ringkas yang boleh dibuat pada waktu itu ialah, harga bahan api di Malaysia terpaksa dinaikkan memandangkan harga minyak semasa telah naik.

Bagaimanapun, dua bulan ini, lain pula kisahnya. Harga minyak di pasaran dunia telah turun kerana beberapa kebimbangan, terutama sekali pada bulan ini, kebimbangan terhadap ketidakmampuan Greece untuk membayar hutang negara kepada institusi kewangan dunia serta blok Eropah. Malangnya juga, harga minyak Malaysia telah dinaikkan.

Apakah penurunan nilai Ringgit walaupun semalam berlaku pengukuhan berbanding Dollar Amerika, menjadi alasan dan sebab musababnya?

Apabila Rafizi Ramli mencadangkan dan memperjuangkan pengapungan selain kerajaan menarik kembali subsidi yang disifatkannya sebagai SATU BENTUK PENIPUAN, kemudian mendabik dada bahawa teorinya adalah benar ketika pengapungan harga kali pertama diperkenalkan dengan penurunan harga ketara, pihak KPDNKK segera muncul dengan hujah-hujah yang tersendiri.

Kemudian apabila harga bahan bakar menurun sebanyak RM0.20, Rafizi Ramli segera memperjuangkan para pengusaha pam minyak yang menurutnya tidak akan mampu bertahan sekiranya harga minyak terus diturunkan.

Kini, kerajaan seperti mengikut telunjuk Rafizi dengan menaikkan kadar harga seliter bagi mengelakkan pengusaha pam-pam minyak menanggung kerugian besar sehingga gulung tikar!

Dan sekali lagi, Rafizi menggunakan peluang ini untuk menyatakan kerajaan adalah kejam kerana menekan rakyat!

Mana hilang janji-janji pak-pak menteri dan orang besar negara apabila menyatakan, harga minyak akan ditetapkan pada harga minyak dunia?

Apakah dengan menyembunyikan berita kenaikan harga minyak daripada rakyat, akan membolehkan para pengusaha pam minyak berlumba-lumba menurunkan kadar harga bagi menarik lebih ramai pelanggan?

Rasa-rasanya tukang pemikir yang mencadangkan langkah tersebut, sudah tersalah negara? Barangkali disebabkan terlalu banyak sangat tengok VCD, tu yang keluar cadangan yang bukan-bukan dan kemudian dipraktikkan pula oleh Kementerian yang diterajui oleh Hasan Malek!!!

11 comments:

Anonymous said...

oiii bahlol....hasan malek cap ayam tu Tun m lantik ke? cer tanya sepupu dia rosmah! mmg tahap penjilat haprak lah blog ni!

Anonymous said...

Mana pegi duit gst berbillion tu..
kata harga barang akan ada penurunan...
dah dicukainya...naik lagi harga minyak...
Apa punya turrr...

Anonymous said...

anon 5:35 AM tu sah-sah baca tajuk saja

Anonymous said...

Sama level je hg dengan hassan malek tu,tfk!!!yang penting masyuk!!!!

Anonymous said...

Tunggu pru nt..tau la nasib

Anonymous said...

HARGA MINYAK- MASIH DIPARAS RENDAH
kenapa lah kejap turun kejap naik
macam harga ikan
yg takmau turun NAJIB
Mana PETROSAUDI nya melabur dengan petrosaudi DEPAN MATA TOWER
PETRONAS kenapa tal labur kat petronas???/
kalaupun PETRONAS ''SONGLAP'' takpa juga
HEY HEY HEY - ada apa2 ????takut nak melabur pada petronas ??
Org luar negara berebut2 nak deal dgn peyronas INI 1MDB lain pulak
Org supply TUG BOAT dgn petronas kaya raya AKU YG BERKERTAS2 IJAZAH NI DAH MCM BODOH pikir perangai najib dan master penasihat ,,,jib let you find your ''own'way out if you can find the better way ,,,terjun je bawa skali mentri2 dan penasihat skala BODOH sama2 jumpijumpi
NO PRU14 YOU OUT FIRMED - NO MORE TALKING
Tun please get him out this not your fault - We like you hoping for better but it wont - not your fault not at all

Anonymous said...

Menteri tak announced kenaikan kat public, kau tak paya la nak seret nama mahathir,..kehidupan rakyat makin mendesak, najib buat sardin jer...

Anonymous said...

harga minyak dunia turun, harga minyak malaysia naik..masa harga minyak dunia naik, boleh pulak kekalkan harga disebabkan oleh PRK. tolong la telus sikit buat kerja tu..

Anonymous said...

Sekarang bukan akbar je Di kontrol... Tv juga...lg dahsat..
...


Anonymous said...

anon 5.35 , kalau ko puasa , sia2 puasa ko. sebab baru je lepas sahur , dah membahalolkan org. itu 1 perkara . perkara yg ke 2 nye , aku setuju , hassan malek ni berambus letak jawatan. disebabkan kebodohan beliau , kpdnkk nampak bodoh sama jadinya.

anon 5.45 pun sama bengap mcm anon 5.35 . lain kali kalu dah bodoh ekonomi , tak usah nak komen pasal ekonomi. kau sorg je yg bodoh tak tahu , harga minyak ini takde kaitan dgn GST . Harga minyak malaysia mengikut harga apungan minyak dunia. lain kali kalau dah bengap , jangan tunjuk kat org. malu org baca.

Anonymous said...

Minyak naik angkara yahudi dan amerika hahahax...

 
Blogger Templates