Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, August 25, 2015

ALAHAI... HEMPUK BATU KE KEPALA, BALUN BADAN DENGAN KAYU UNTUK BERSIAGA DENGAN DEMONSTRAN BERSIH 4.0... TAPI....


Kayu dan batu blok dihempas di belakang dan kepala mereka adalah antara persiapan yang dilengkapkan kepada kumpulan anti-Bersih yang membabitkan kira-kira 30,000 orang menjelang perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 Ogos ini.

Kumpulan yang membabitkan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang diketuai Datuk Jamal Md Yunos, berkata demonstrasi lakonan keganasan pada perhimpunan di hadapan pusat beli belah Sogo, di sini, hari ini, adalah sebagai sebahagian daripada persiapan pertahanan diri terhadap kemungkinan berlakunya masalah antara `merah’ dan `kuning’.

“Jika penganjur Bersih 4.0 mengotakan kata-kata mereka, untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100,000 orang menyertai perhimpunan haram itu, maka, pihak berkuasa sudah tentu akan menghadapi masalah untuk memberi jaminan keselamatan kepada semua peserta kuning dan juga kami.


“Kami tidak akan memulakan sebarang keganasan tetapi sekiranya pasukan kuning berbuat demikian, maka, orang-orang kami yang berpakaian merah berkemampuan mempertahankan diri masing-masing,” kata Jamal.

Jamal berkata, kumpulan yang berdiri teguh di belakang kerajaan akan berkumpul sekitar Low Yat di Bukit Bintang pada Sabtu, jam 9 pagi dan akan bergerak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Pudu pada jam 10 pagi.

Pada perhimpunan hari ini, kumpulan membabitkan 150 orang berpakaian t-shirt merah dengan tertera slogan `Bersih 4 Keamanan’, membuat demonstrasi menunjukkan beberapa lelaki dipukul dengan kayu panjang dan batu blok sebagai menggambarkan kekuatan dan ketahanan mereka menentang penyokong Bersih 4.0.

“Semua 30,000 penyokong sudah menandatangani borang persetujuan bahawa sebarang keganasan fizikal menimpa mereka, kami tidak akan bertanggungjawab, tetapi kami menyediakan insurans kemalangan untuk mereka,” kata Jamal.

Beliau bagaimanapun, berkata mereka bersedia mengundurkan diri daripada perhimpunan mereka sekiranya Bersih 4.0 juga berbuat demikian.


“Kami berhimpun untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan yang dipilih oleh majority rakyat Malaysia, dan memastikan Malaysia kekal sebagai negara aman dan harmoni.

“Jadi, jika mereka membatalkan Bersih 4.0, kami akan membatalkan perhimpunan aman kami.”
Perhimpunan Bersih 4.0 dijadual diadakan bermula 29 hingga 30 Ogos ini. Ia dijangka turut diadakan di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak serta bandar utama lain di seluruh negara.

Kali ini, perhimpunan menuntut pilihan raya bersih, kerajaan bebas rasuah dan hak untuk membantah, memperkukuhkan demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi negara. - therakyatpost.com

NOTA KAKI: 

Macam-macam orang ada... 

Last-last, alasan yang diberikan nanti adalah, POLIS HALANG dan PATUH KEPADA UNDANG-UNDANG!!!

Harap-harap juga, betullah akan muncul 30,000 orang sebagaimana yang diuwar-uwarkan. Atau paling-paling tidak pun, 50% daripada 30,000 orang atau PALING CIKAI PUN 10% daripada jumlah yang dicanangkan.

Bukannya apa, dulu-dulu pun ada juga yang bercakap gah... aleh-aleh mereka bersembunyi di Tasik Titiwangsa dan kemudian sekadar beberapa orang di Bukit Bintang. Ramai yang teringin nak tengok BAJU MERAH vs BAJU KUNING...

Itu pun kalau adalah...

5 comments:

Rahim Satria said...

Ni dah mcm provokasi.
Yg baju kuning nak berhimpun.
Yang merah pun nak berhimpun.
Kemudian perlu ker nak buat adegan tunjuk kuat ni.
Nak tunjuk untuk apa....

Anonymous said...

Tak payah lah nak tunjuk kuat...ini semua kerja polis...biar saja polis yang buat kerja.

Anonymous said...

Patut team BN lega bila pembangkang nak berdemo. Sekurang kurangnye reda sikit isu Najib. Pembangkang nyata stupid masih nak teruskan agenda bersih 4 bilamana sentiment rakyat kepada kerajaan dah memang tahap paling teruk.

Anonymous said...

And yet you get angry when we say Malays are stupid. I wouldn't be caught dead doing that comical floor routine even in private. I mean where the fuck are their parents going to hide their faces?

Malu la.

Anonymous said...

Tunjuk bertapa bodohnya mereka

 
Blogger Templates