Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, August 25, 2015

BERSIH 4.0 TAK PERLUKAN PAS PUN... JADI, PAS TAK PAYAHLAH NAK TERHEGEH-HEGEH!!!



Gerakan Harapan Baru (GHB) menyifatkan sambutan terhadap perhimpunan Bersih 4.0 tidak akan terjejas walaupun PAS tidak mengerahkan ahlinya menyertai himpunan itu pada hujung minggu ini.

Pengerusi GHB, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu bagaimanapun berkata, beliau percaya ahli PAS akan menyertai perhimpunan berkenaan kerana melibatkan isu rakyat.

"Tidak terjejas bahkan saya yakin ahli PAS juga akan bersama dalam himpunan itu, Bersih adalah isu rakyat... tidak kira parti politik semua akan turun.

"InsyaAllah, akan berlaku satu perhimpunan aman," katanya pada sidang media mengenai Bersih 4.0 di pejabat GHB di sini, Selasa.

Turut hadir, Setiausaha Gerakan Harapan Baru (GHB) Dr Dzulkefly Ahmad.

Pada Isnin, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu tidak akan mengerahkan ahli dan penyokongnya untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara pada Sabtu dan Ahad ini.

Sebaliknya kata Takiyuddin, PAS akan menghantar wakil ke perhimpunan berkenaan sebagai tanda sokongan kepada tuntutan Bersih terutama dalam aspek sistem pilihan raya yang lebih telus dan adil.

Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata, GHB akan mengarahkan 500 sukarelawan gerakan itu yang akan bertugas pada hari itu bersama Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Beliau menambah, GHB bersama Bersih memberi jaminan bahawa perhimpunan kali ini akan diadakan secara aman tanpa sebarang keganasan.

"Kita akan bersama Bersih. Bersih kata teruskan, kita teruskan (sertai himpunan). Kita adakan perhimpunan dengan tangan kosong, tanpa senjata. Kita menolak segala bentuk keganasan.

"Saya rasa polis akan ada pertimbangan. Saya yakin mereka akan bertugas dengan baik," katanya berharap perhimpunan Bersih akan berada dalam keadaan terkawal.

Sebelum ini, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini kerana ia menyalahi undang-undang dan tidak memenuhi syarat notis di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. (MSTAR Online)


1 comment:

Anonymous said...

Senjata apa Mat Sapu. Kalau bawa senjata kumpulan lain pun boleh juga. Takut2 kau yg menghilangkan diri. Tak payah bawa senjata. Bawa petrol tuang atas badan sendiri dan bakar.

 
Blogger Templates