Sikap Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengelak segala pertanyaan berhubung keputusannya menubuhkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) memperlihatkan ada sesuatu yang cuba disorok olehnya.
Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor, Budiman Mohd. Zohdi berkata, beliau hairan keadaan itu berlaku kerana persoalan yang diajukannya di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai DEIG sebelum ini sebenarnya boleh dijawab dengan fakta.
Jelas beliau yang juga ADUN Sungai Panjang, persoalan yang dilontarkannya juga adalah berdasarkan fakta yang Mohamed Azmin sendiri huraikan dalam sidang DUN.
“Seperti ada udang di sebalik batu. Kenapa persoalan mudah yang saya lontarkan bagi pihak rakyat tidak boleh dijawabnya?
“Saya lontarkan persoalan berdasarkan fakta yang dia hurai. Dia kena jawab bukan sahaja kepada saya yang mewakili BN tetapi juga rakyat perlu diberikan penjelasan kerana aset berjumlah RM30 bilion itu bukan kecil nilainya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Kelmarin, Mohamed Azmin cuba mengalih perhatian kepada isu dana politik apabila disoal oleh wartawan berhubung kontroversi penubuhan DEIG.
Mohamed Azmin dalam sidang akhbar selepas merasmikan satu majlis di sini sebaliknya membidas kenyataan Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mahu beliau memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kontroversi DEIG yang menguruskan aset bernilai RM30 bilion berbanding isu dana politik RM2.6 bilion.
Budiman menambah, sebagai Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin tidak sepatutnya menolak pertanyaan wartawan kerana tugas pihak media melaporkannya kepada orang ramai.
“Apabila ditanya media, Menteri Besar tidak boleh mengelak untuk menjawab dengan memberikan alasan tidak mahu komen.
“Sebagai orang yang bertanggungjawab mencetuskan penubuhan DEIG, rakyat berhak tahu. Ini melibatkan isu moral,” ujarnya.
- Selangor Post
4 comments:
Kisah Benar 'Dana Politik $633 juta kepada Malaysia' - Rahsia
Bismillahirohmanirohim, segala pujian bagi Allah S.W.T, Selawat dan Salam ke atas Rasulnya Muhammad S.A.W. Setiap orang akan diuji oleh Allah, tidak kira kedudukan atau darjat, ujian tetap akan diberi, Nabi Adam yakni Nabi pertama dan Hawa yang berada di syurga juga diuji Allah apatah lagi manusia yang berada dibumi Allah ini.
Ulasan ini amat berat dan sensitif untuk diceritakan, malah akan menyentuh soal rahsia dan imej negara. Tetapi kita harus istiqamah dan kebenaran harus diceritakan, insyallah umat Islam dan Melayu di Malaysia boleh menerima dengan hati terbuka, yang diminta adalah supaya mereka faham, soal sokong atau tidak pula hak individu.
Memang benar $633 juta diberi kepada Perdana Menteri Malaysia oleh pihak Arab Saudi, nilai ini agak kecil bagi mereka kerana setiap hari mereka mengeluarkan 12 juta tong minyak berbanding Malaysia yang hanya 600 ribu tong sehari. Kerajaan Arab Saudi dari dulu lagi memberi dana sumbangan kepada beberapa pemimpin dan negara islam untuk 1) Memerangi perkembangan Syiah 2) Benteras kumpulan 'penganas' yang memerangi mereka 3) sumbangan kemanusian 4) sumbangan sulit kepada negara islam yang teranaiya 5) Umat Islam yang berada dalam negara yang majoritinya bukan Islam yang ditindas 6) bantuan politik 7) biasiswa bagi perkembangan ajaran Islam ala Wahabi 8) Pertahankan Sunnah wal jamaah Sunni sebagai pegangan utama umat Islam dunia
Pemberian dana seperti ini dilihat pelik malah akan dikritik oleh mereka yang bukan Islam. Perspektif orang Islam dan bukan Islam berbeza dalam konteks mempertahankan kesucian Islam dengan pegangan kita sebagai Sunnah wal jamaah. Kerajaan Arab Saudi dan Iran walau dilihat oleh kaca mata orang bukan Islam sebagai negara Islam tetapi ideologi mereka amat berbeza dan Orang Islam cukup faham akan perbezaan ini.
Malaysia dilihat sebagai rakan strategik bagi kerajaan Arab Saudi, kita perlu faham hubungan dengan Arab Saudi bukan hanya untuk menentukan jumlah jemaaah Haji atau pembelian minyak malah perbincangan tentang kebimbangan ancaman terhadap Islam di rantau Asia dan perkembangan Syiah merupakan antara agenda utama perbincangan tanpa diketahui oleh rakyat umum.
Memang ada pihak terkejut, marah dan tertanya-tanya tentang dana $633 juta yang diberi oleh pihak Arab Saudi kepada Najib Razak dan bukan terus disalurkan kepada akaun UMNO, sudah pasti bukan semua pihak boleh menerima ulasan ini tetapi apa yang diminta supaya orang Islam dan Melayu berbuka hati untuk menilai realiti ini. Pihak Arab Saudi telah menggenakan beberapa syarat kepada beliau untuk kegunaan Dana tersebut.
1) Benteras pengaruh Syiah dirantau Asia -
Secara sulit pihak Iran sedang bergerak aktif dalam mengembangkan pengajaran Syiah di Indonesia, Malaysia, Selatan Thailand, Singapura, Selatan Filipina dan Brunei. Mereka menggunakan beberapa pendakwah secara sulit dan pelajar untuk memasuki institusi seperti jabatan kerajaan, kolej dan Universiti. Kita dapat melihat beberapa kes di Selangor dan beberapa negeri lain dimana jabatan agama telah mengenal pasti cuma atas arahan pihak berkuasa media kurang mewawarkan sahaja.
bersambung
2) Selesaikan isu penindasan umat islam di Selatan Filipina dan Selatan Thailand -
Pada tahun 2014 Najib Razak telahpun mengadakan proses pendamaian antara pihak kerajaan Filipina dan Selatan Filipina yang majoriti penduduknya adalah orang Islam sama juga dengan keadaan dengan kerajaan Thailand dan Selatan Thailand yang majoritinya penduduknya orang Islam. Proses pendamaian ini dapat diadakan bukan kerana Najib Razak begitu pintar untuk berunding tetapi realitinya sebahagian $633juta yang diberi oleh pihak Arab Saudi diamanahkan untuk memastikan pihak Muslim di Selatan Filipina dan Selatan Thailand bersedia dengan kuasa autonomi yang bakal diberi. Umat Islam tahu penindasan dari pihak kerajaan yang bukan Islam kepada penduduk Islam sememangnya berlaku. Malaysia ditugaskan untuk memastikan barangan kesihatan, bantuan kemanusiaan dan kelengkapan sekolah diberi dan bukan melatih dalam aspek peperangan.
Kenapa Pihak Arab Saudi begitu Kisah tentang pendamaian dirantau ini? Ini kerana Iran telahpun mengambil kesempatan dengan keadaan konflik dengan memberi sumbangan kepada mereka dengan syarat ajaran Syiah dibiarkan berkembang di rantau Asia. Peperangan antara pihak Arab Saudi dan Iran ini memang payah untuk orang bukan islam memahami tetapi hingga kini di Timur Tengah juga peperangan di Yemen merupakan peperangan proksi dan ada yang katakan Malaysia terlibat secara sulit dalam hal ini atas nama kesetian Islam Sunnah wal Jamaah Sunni.
Selain dari ideologi agama, pihak Arab Saudi juga tahu di kawasan konflik ini terdapat hasil minyak dan gas yang banyak, perjanjian eksploitasi minyak antara Malaysia dan Thailand juga berlaku diperairan kawasan konflik begitu juga di Selatan Filipina.
Malaysia juga tidak terkecuali dari jenayah penculikan di Selatan Filipina oleh segelintir kumpulan yang mahu merosakkan usaha Malaysia mencapai proses pendamaian. Kisah Lahad Datu mengingatkan kita bahawa proses pendamaian rantau amat penting dan Malaysia mengambil inisiatif untuk memastikan keadaan disitu diketatkan. Ada pelbagai pihak yang ingin mengagalkan proses ini dengan membuat aktiviti penculikan.
3) Memerangi kumpulan IS dan kumpulan yang tidak menyokong kerajaan Arab Saudi -
Pihak Arab Saudi dan Malaysia sering membincangkan masalah ini dan mereka tahu kumpulan IS telahpun mendapat sambutan oleh sesetengah pihak walau rakyat tidak tahu. Konflik di rantau ini juga merupakan resepi bagi IS mendapat rekruit untuk terlibat dalam ideologi ekstrem mereka.
Oleh itu pihak Arab Saudi mahu kepimpinan Malaysia untuk memerangi IS dengan pelbagai cara dan antaranya mengadakan proses pendamaian dan memberi kelengkapan keselamatan dan melatih pendakwah-pendakwah yang boleh digunakan untuk memberitahu ummah tentang bahayanya kumpulan tersebut. Ini adalah realiti sebenar keadaan.
bersambung
4) Pastikan UMNO memerintah Malaysia -
Ini adalah yang diwawarkan oleh pihak media sebagai alasan utama dana diberi hakikatnya jika mereka mahu Najib Razak melaksanakan amanah tersebut maka dana ini seharusnya digunakan untuk memastikan UMNO menang di PRU-13.
Inilah persoalan yang sering ditanya kenapa bukan terus ke akaun UMNO, ini kerana amanah sebagai pemimpin Islam kini bukan hanya tertakluk kepada wilayah dipertanggungjawabkan tetapi ke rantau. Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan dihormati di rantau Asia pasti dapat menjalankan proses pendamaian ini.
Ada yang tanya apa habuan disebalik pemberian ini, jawabnya pelaksanaan atas permintaan syarat tersebut kerana Pihak Arab Saudi lebih kaya dari segi hasil bumi dari Malaysia. Oleh itu logiknya tiada apa yang Malaysia boleh beri Pihak Arab Saudi tidak boleh beli sebelum dana diberi.
Ada yang tertanya juga kenapa dana sebegini tidak diberi kepada pemimpin terdahulu. Ada diberikan namun konflik kini makin terjadi-jadi dan pengaruh pihak Iran dan barat makin tersebar. Kali ini tugas spesifik diberi untuk memastikan keamanan rautau Asia dijamin.
Apabila cerita mengenai dana ini disebarkan di Wall Street Journal iaitu sebuah akhbar dari New York, kita agak janggal tetapi sebenarnya pihak barat tahu dimana selebih dana itu disalurkan dan mereka menunggu sahaja pemimpin disoal untuk beri penjelasan. Mereka tahu penjelasan ini bakal memalukan Malaysia kerana kita dianggap menyokong pihak Muslim di Selatan Thailand dan Filipina yang negara jiran anggap sebagai musuh dalaman.
Sekarang ini pihak pembangkang ingin mengadakan demonstrasi, adakah kita pernah tertanya bagaimana sesetengah NGO dan parti politik mendapat dana mereka? hak mereka untuk berdemonstrasi harus dihormati tetapi sebagai umat Islam kita harus waras dan istiqamah samada semua yang dilakukan oleh mereka benar ikhlas dan tidak ada agenda yang atau tangan luar yang masuk campur
Najib Razak sudah menjadi menteri begitu lama, beliau dan keluarga tidak memerlukan dana sebanyak ini untuk hidup bahagia tetapi apa yang beliau lakukan adalah amat berat dan sukar untuk orang bukan islam bahkan orang Islam memahaminya. Sokong atau tidak itu hak individu tetapi apa yang mahu disampaikan adalah kebenaran yang ditidak disebut-sebut.
Semua pihak terbabit akan membantah dan tidak akan mengaku ada saluran dana ini, kerana sememangnya rahsia. Seharusnya dana seperti ini dijadikan rahsia tanpa umum tahu, tapi demi kebenaran dan sangka fitnah ia terpaksa diluahkan walau pahit.
Penulis berdoa agar Allah S.W.T membuka hati kepada para pembaca dan menilai secara rasional dan logik tentang kegunaan dana tersebut. Akhirnya Allah S.W.T akan menilai segala yang dilakukan. Walllahwalam.
Salam
Admin kena siarkan fakta ini
Post a Comment