Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, August 19, 2015

DAP MENENTANG KERAS DEIG DAN 1MDB TAPI SENYAP SUNYI TENTANG FUND MANAGER PULAU PINANG DI HONG KONG!!!



Seorang wakil rakyat Pas (SEBENARNYA SEKARANG INI WAKIL RAKYAT GHB) mengusulkan kepada Dewan Negeri Selangor (DNS) supaya syarikat pelaburan, Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) ditangguhkan operasi buat sementara waktu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang,, Shaari Sungib, membuat usul itu kerana hairan penubuhan DEIG sedangkan kerajaan negeri sudah memiliki Perbadanan Menteri Besar (MBI).

“Kebimbangan kami adalah apakah keperluan untuk menubuhkan DEIG ini sedangkan MBI sudah ada.

“Kita hendak memastikan ketelusan dan akauntabiliti,” katanya ketika ditemui di Lobi DUN Selangor.

Beliau juga melahirkan kebimbangannya mengenai individu yang sama diterajui dalam DEIG dan MBI.

“Kami risau apabila DEIG ditubuhkan dan individu yang sama turut menerajui MBI di mana Pengerusinya adalah Menteri Besar.

“Kita takut tidak cukup untuk semak dan imbang. DEIG akan jadi terlalu berkuasa dan boleh menguruskan semua anak syarikat (GLC) di bawah MBI,” katanya lagi.

Jelasnya, sebahagian besar wakil rakyat kerajaan mula bimbang dengan penubuhan DEIG dan mahu kuasa yang terdapat pada DEIG dikurangkan.

“Kita cadangkan pembentangan rasmi mengenai strategik penubuhan DEIG dalam bentuk Kertas Putih pada sidang akan datang atau pada sidang yang dirasakan sesuai oleh Menteri Besar.

“Sementara itu, apa yang boleh dibuat, untuk menyelaraskan GLC-GLC di bawah MBI diteruskan seperti mana yang disyorkan oleh Jabatan Audit Negeri,” katanya. (fmt)


1 comment:

Anonymous said...

DAP juga tidak terkecuali dengan pengaliran dana PR dari luar.

 
Blogger Templates