Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, August 4, 2015

GUAN ENG DAN DAP SUDAH MULA MEMEKAK BILA SEKOLAH VERNAKULAR DISENTUH!!!



Kalau dipatuhi Penyata Pelajaran Razak 1956 dan Penyata Pelajaran Rahman Talib 1961, semua sekolah-sekolah vernakular dihapuskan selepas 10 tahun merdeka dengan andaian semua rakyat negara ini, sama ada yang telah sedia ada atau automatik kewarganegaraannya mahupun kerakyatan 1 juta yang diberi telah fasih berbahasa kebangsaan, menumpahkan taat setia kepada negara ini dan mahu berasimilasi dengan negara ini yang bermajoritikan penduduk tempatan.

Bagaimanapun, selepas 10 tahun, sekolah-sekolah vernakular tidak dihapuskan, bahkan semakin menggila tuntutan mereka sehinggakan pengasas Jiao Zhong, salah satu sekutu Dong Zhong, Lim Lian Geok dilucutkan status kerakyatannya pada tahun 1964 kerana perjuangan vernakularnya yang turut disertai dengan hasutan kebencian.

Apabila Perlembagaan Malaysia dipersoalkan terutama sekali mengenai kedudukan Bahasa Melayu, keistimewaan Melayu-Bumiputera, Islam dan Raja-Raja Melayu sehingga akhirnya mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969, ternyata untuk mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan satu aliran adalah sesuatu yang sangat susah. Apatah lagi dengan ancaman undi dalam sistem demokrasi membuatkan lebih banyak tolak ansur bertukar menjadi PENOLAKAN TOTAL kepada sistem pelajaran kebangsaan.

Secara khusus, Perlembagaan Malaysia tidak langsung melibatkan sekolah-sekolah vernakular secara khusus melainkan pada Artikel 12 (2) yang menyatakan setiap kumpulan agama berhak menubuh dan menyelenggarakan institusi-institusi untuk pelajaran dalam agama kumpulan itu sendiri dan adalah sah bagi Persekutuan atau Negeri untuk menubuhkan dan menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud itu.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi bahawa negara ini memerlukan satu sistem pendidikan kebangsaan, sudah dijangka akan menaikkan kemarahan DAP dan konco-konconya. (RUJUK SINI)

Untuk makluman, dari tahun 1999 sehingga 2011, Kerajaan Malaysia telah membina 1,200 sekolah kebangsaan jenis Cina dan 600 buah sekolah kebangsaan jenis Tamil (RUJUK SINI). Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah memberi keutamaan bagi membina sekolah rendah kebangsaan dan menengah kebangsaan. Kerajaan tidak menyekat atau menghalang terhadap pembangunan SJKC dan SJKT bagi membolehkan Malaysia menjadi hab pendidikan. 26 % daripada Belanjawan tahunan disalurkan kepada bidang pendidikan. Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) turt menekankan usaha meningkatkan pendidikan pra-sekolah dan lain-lain.


Kenyataan Zahid bahawa sistem vernakular sepatutnya terhenti pada peringkat rendah sahaja, dan pada peringkat menengah, disatukan dalam aliran sistem pelajaran kebangsaan tunggal, mengundang PEMBOHONGAN, PENIPUAN dan PUTARBELIT undang-undang daripada puak-puak seperti Lim Guan Eng.

Guan Eng sepatutnya menyatakan pada bahagian mana sekolah-sekolah vernakular selain agama Islam dibenar wujud dengan bantuan dan peruntukan kerajaan dalam Perlembagaan Malaysia!

Seharusnya Guan Eng berasa malu kerana terlalu ramai daripada para penyokong DAP yang cukup sukar bertutur dan memahami Bahasa Kebangsaan malah berasakan mereka lebih Taiwan daripada Koumintang, lebih China daripada Sosialis dan lebih Huaren daripada Macau walaupun pada masa yang sama, mendabik dada kononnya mereka RAKYAT MALAYSIA!!!

9 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya, saya tidak menyokong kepada pembasmian Sekolah vernakular secara menyeluruh. Tetapi ada sebabnya bahawa rakyat perlu mematuhi perjanjian yang telah dibuat pada zaman dulu. Tindakan kerajaan adalah untuk mengurangkan jurang di antara pelbagai kaum yang berbeza, dan melalui sekolah kebangsaan, ia dapat mengeratkan lagi perhubungan antara satu sama lain. Jangan dengar sangat cakap pembangkang terutamanya DAP yang dilihat seolah-olah memperjuang untuk rakyat. Sebenarnya, mereka hanya ingin menghuru-harakan pentadbiran di bawah Najib. Bagi mereka, apa yang kerajaan buat adalah tidak betul walaupun ia adalah untuk kepentingan rakyat sendiri semata-mata.

paktam said...

Kata Zahid itu hanya retorik untuk mendapat sokongan politik semata mata.

Anonymous said...

insiden lowyat baru2 ini adalah contoh terbaik hasil dari pendidikan sekolah vernakular. cina dengan cinanya, india dengan indianya dan melayu dengna melayunya. ketika mana mereka ini bersatu sebagai rakyat malaysia? vernakukar penyebab kerosakan kepada perpaduan. tutup sekolah vernakular di peringkat menengah....

Anonymous said...

DAP memang mengamalkan dasar 'double standard' - Mereka bercakap tentang menghapuskan jurang pelbagai kaum tapi pada masa yang sama menjahanamkan sebarang usaha untuk menghapuskan jurang pelbagai kaum. Hipokrit.

Anonymous said...

Bahasa malaysia ke bahasa melayu?

Unknown said...

Tunggu dan lihat benarkah Zahid nak buat macam dia kata tu!

Anonymous said...

tutup jer.....tak membawa faedah. seperti menarik dalam teping. rambut tak putus tepong tak berselerak. jangan telbulu bulu..... tutup tetap tutup.

Anonymous said...

Serupa ckp itu lancau sudah potong, tapi tengok ade kulup lagi ohooo. Berat nanang dap

Anonymous said...

Sepatutnya dah lama sekolah vernakular dihapuskan!

 
Blogger Templates