Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 3, 2015

WANG RM2.6 BILION KE AKAUN PERIBADI NAJIB, DISAHKAN DARI PENDERMA, BUKANNYA DARI 1MDB!!!



HASIL SIASATAN BERKAITAN DANA RM2.6 BILION

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.

Walau bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM.

SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh.

Mengenai siasatan polis ke atas pegawai-pegawai SPRM, SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya.

SPRM mengulangi bahawa tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan. Tindakan yang diambil oleh SPRM adalah jelas semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsinya sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas.

Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.
Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan mengenai perkara ini selesai.



SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
3 OGOS 2015


3 comments:

AkuMelihatDenganSabar said...

walaupun tiada unsur pencurian duit 1MDB, wang sebesar RM2.6 billion.. bukan million tp BILLION satu jumlah yang sangat banyak. Dimasukkan ke akaun peribadi seorang PM (jika benar), amatlah tidak sesuai dan sangat meragukan.

Punca wang itu dimasukkan kerana Najib berkedudukan tinggi sebagai PM, berkuasa penuh kepada pemerintahan negara. Lain pula jika ia didepositkan ke dalam akaun Yang Di-Pertuan Agong kerana tiada kuasa eksekutif.

Apakah wang itu sebagai GANJARAN?
Apakah wang itu sebagai PAMPASAN?
Apakan wang itu suatu DORONGAN?

Siapa yang terlalu pemurah ingin berikan wang sebanyak gudang itu untuk tujuan peribadi? peribadi untuk apa pula?

Adat didunia ini tiada logik semudah itu wang 'derma' dimasukkan ke dalam akaun peribadi.. amat meragukan dan semakin rakyat tidak boleh terima keadaan seorng PM yg meragukan begini.

Wang derma/ donation atau dana besar begini sepatutnya dan selogiknya akan masuk ke akaun ORGANISASI SAH...

Semakin jelas TS Muhyiddin Yassin adalah MANGSA Najib?

Anonymous said...

Dah tu kenapa nafikan laporan WSJ...tuduh fitnah lak...dah terbelit ke?

najib dapat derma said...

hanya si tolol macam ko je yang percayakan si bahlol. akai ada ka nak bagi derma sampai rm2.6b? orang susah ke malaon tu? mana lagi rm42b? siapa ambik? inilah jadinya bila banyak makan semut. kih kih kih...

 
Blogger Templates