Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, August 13, 2015

HARI INI, PONDAN DAN PEGUAM BUKAN ISLAM CABAR UNDANG-UNDANG ISLAM DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN!!!



Hari ini ada dua perbicaraan di MAHKAMAH PERSEKUTUAN yang khusus membabitkan hal ehwal dan kedudukan agama Islam di negara ini.

KES PERTAMA:
Kes pondan lawan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

KES KEDUA:
Peguam bukan Islam memohon untuk praktis sebagai Peguam Syariah.

Kes pertama dibawa oleh Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri, Pengarah jabatan berkenaan, Ketua Penguatkuasa Syariah Negeri dan Ketua Pendakwaraya Syarie mencabar keputusan Mahkamah Agung yang telah memutuskan bahawa undang-undang yang diperuntukkan dalam enakmen syariah negeri yang menyatakan lelaki Islam yang berpakaian dan berlagak sebagai wanita atau sebaliknya sebagai tidak sah.

Panel 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Presiden Mahkamah Agung Md Raus Sharif pada 27 Januari telah membenarkan permohonan rayuan berasaskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 yang bertentangan dengan Artikel 5 (1), Artikel 8 (1), Artikel 8 (2), Artikel 9 (2) dan Artikel 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan menyatakan hak rakyat untuk hidup dan bebas manakala Artikel 8 pula menyentuh tentang kesamaan pada undang-undang. Artikel 9 berkenaan buang negeri dan kebebasan bergerak. Manakala Artikel 10 adalah kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.

Pada 7 November tahun lepas, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan rayuan yang dibuat oleh tiga orang pondan, Muhammad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; Wan Fairuol Wan Ismail, 30, dan mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (Negeri Sembilan) 1992 tidak sah dan tidak mengikut Perlembagaan.

Ketiga-tiga orang pondan tersebut telah mencabar Seksyen 66 dan mencabar undang-undang tersebut tidak terpakai pada merka memandangkan mereka menderita penyakit kecelaruan jantina.


Satu lagi rayuan yang didengar oleh Mahkamah Persekutuan adalah membabitkan permohonan peguam-peguam bukan Islam yang mahu mempraktikkan diri sebagai peguam syariah di mahkamah-mahkamah syariah di Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan telah mengisytiharkan Peraturan 10 dalam Peraturan Peguam-Peguam Syariah 1993 yang hanya membolehkan orang Islam sahaja diterima sebagai peguam-peguam Syarah bertentangan dengan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Berdasarkan keputusan tersebut, Mahkamah Rayuan telah menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Victoria Jayaseele Martin yang bukan Islam untuk menjadi peguam syariah di Wilayah Persekutuan.

Victoria Jayaseele Martin, 53, memperolehi Diploma dalam Amalan dan Undang-Undang Syarikat daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2004.

2 comments:

Anonymous said...

sekadar nk pastikan..dlm perlembagaan..ada tak maklumkan bahawa org islam juga tertakluk pada undang2 syariah...

maaf..rasa mcm pernah ada kluasa tu...

-smh-

Anonymous said...

kes pondan.. Kena back to basic islam...
Islam tak iktiraf jantina ketiga.. Tiada kes
kes peguam.. Kena back to basic islam..
Diantak percaya Allah.. Tiada kes

 
Blogger Templates