Kalau setakat memainkan isu, memanipulasi dan kemudian menjadikannya ia seolah-olah benar dan mereka adalah malaikat suci yang serba maksum dan serba taat kepada setiap undang-undang di negara ini, itu juga adalah perkara biasa.
Trend solat hajat untuk memohon musibah telah menjadi satu ibadah bidaah di kalangan penggemar Pakatan Rakyat.
Menjadikan solat sebagai munajat kepada Allah Taala sebagai modal, solat hajat yang bakal didirikan oleh PKR, DAP dan GHB dengan kerjasama PAS hanyalah modal berpolitik untuk memastikan mereka diterima, berpengaruh dan seterusnya menang kuasa pada PRU-14 nanti.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan berkata, program ini dibuat bagi membina gelombang rakyat menjelang Perhimpunan Bersih 4.0.
"Oleh itu, saya menyeru supaya seberapa ramai rakyat turun menyertai solat hajat dan himpunan rakyat seperti ini bagi menzahirkan desakan agar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berundur.
"Saya yakin jika ia tidak dilakukan, skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion akan cuba dikuburkan seperti mana skandal-skandal lain," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Katanya, majlis yang akan bermula esok di Padang Perbandaran Ampang Jaya, akan menghimpunkan ramai pemimpin parti pembangkang.
Antara pimpinan yang akan hadir termasuklah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi Harapan Baru Mohamad Sabu dan Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad.
Selain itu, Adun Teratai Tiew Wei Keng, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dan Ahli Parlimen Kapar Manivannan juga akan berucap.
PKR dan DAP sekarang ini sedang rancak menggunakan Islam sebagai senjata mereka untuk meraih sokongan sebanyak mungkin. Tiada lagi pantang larang, tiada lagi had dan batasan. Bahkan mereka sanggup menggunakan ruang solat dan masjid demi politik mengagungkan DAP.
Selepas bersoal jawab dalam Masjid Al-Falah, USJ melibatkan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen dan TAZKIRAH Lim Kit Siang pada 6 Ogos bahawa sebuah parti Islam yang baru, yang boleh menyatukan orang Islam dengan bukan Islam perlu dibentuk, nampaknya Rafizi Ramli dan PKR telah mengambil pendekatan yang lebih ekstrim tetapi menepati cerita-cerita sebelum ini bahawa PKR adalah penyokong Pluralisme.
10 comments:
Dlm masjid org bukan Islam dah masuk dan berceramah politik... apa lah nak jadi dgn org Islam di Malaysia.
QADAR Allah versus Doa Orang Sakit Jiwa
Jangan takut... solat hajat puak2 batil ni tak kan kemana...
macam doa KO Nik Aziz jugak lah...
Imam dia nnti mat sabu.ulamak pas yelek
aku setuju 100% solat hajat itu dilangsungkan. Allah adalah tempat hambanya memohon. kalau mohon baik maka kebaikan yang akan diberi. namun, kebaikan yang dimaksudkan bukan berlandaskan penilaian manusia sebagai hamba. yang nampak bersih dan elok dimata manusia bukan semestinya bersih dan elok disisi Allah. dulu pas pernah menganjurkan solat hajat dan doa jahanam umno dan bn di stadium. kebaikan yang Allah tunjukkan ialah stadium itu tenggelam oleh banjir, dan musibah banjir itu mengubah sentimen politik pas sebelum ini yang sentiasa bersangka buruk kepada umno dan bn. Allahuakbar.
Sepatutnya pembangkang membiarkan najib berkuasa sehingga pru...baru byk modal nak berkempen..
Atau tak de modal langsung nk berkempen..
Surah Aal-e-Imran, Verse 28:
لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
via iQuran
Kenapa harus ikut orang fasik , pemfitnah dan munafik seperti rafizi dan mat sabu?
Kenapa masih anggap wang 2.6 billion itu skandal walaupun tiada bukti yang sahih?
Kenapa tak anggap penyalahguna duit rakyat hasil duit dari tin milo dan derma2 rakyat sbg skandal?
Kenapa menyertai rancangan jahat proksi yahudi dan komunis utk menghancurkan iklim politik, kestabilan seterusnya menjahanamkan negara dengan penilaian berat sebelah, spekulasi luar, tohmahan dan cacian? Inikah perjuangan rakyat sekarang??
Biar la diaorg nk buat. Bagusla..
Kerana mereka dan kita akan dpt jawapan dr permintaan mereka..
Macam Pas hari tu?? Hmm.. Mungkin, itulah jawapan yg Allah bagi kita.. Wallahualam...
Post a Comment