Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, August 9, 2015

KERAJAAN TIDAK RANCANG UNTUK TAMBAT RINGGIT WALAUPUN NILAINYA TERUS JATUH BERBANDING DOLAR AMERIKA SYARIKAT!!!



Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk melaksanakan tambatan ringgit berbanding dolar AS bagi menangani penyusutannya, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata kerajaan menjangka ringgit akan stabil berdasarkan hakikat asas ekonomi Malaysia yang kekal kukuh.

"Saya fikir (ringgit) akan stabil berdasarkan semua kajian kami," katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini hari ini.

Ahmad Husni berkata demikian ketika diminta mengulas saranan pihak tertentu supaya ringgit ditambat untuk menangani penyusutan nilai berikutan harga minyak jatuh di bawah paras US$50 setong.

Beliau berkata pergerakan harga minyak yang dilihat sekarang sebahagian besarnya daripada pengukuhan dolar yang turut mempengaruhi mata wang serantau seperti dolar Singapura dan rupiah Indonesia.

Mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Ahmad Husni berkata pelan rasionalisasi dana strategik itu berjalan dengan baik dan masalah aliran tunainya dijangka selesai pada akhir tahun.

"Kita beri tumpuan kepada pelan rasionalisasi, dan lihat kepada kepentingan negara. Kita mahu 1MDB (menjadi) sangat sihat," katanya.

Mengenai perkembangan lain, Ahmad Husni, yang juga Bendahari UMNO, menasihatkan pemimpin di semua peringkat daripada ketua kampung hingga kepada pemimpin politik supaya membuat kajian 'profil demografi' pengundi masing-masing untuk memperkasakan mereka yang daripada kumpulan berpendapatan rendah B40 melalui peningkatan kerjaya seperti pembangunan kemahiran.

Beliau berkata kerajaan kini memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran dan agensi berkaitan perlu mengkaji keperluan pendidikan teknikal dan vokasional untuk pekerja mahir.

Ahmad Husni berkata pembangunan kolej komuniti merupakan contoh terbaik bagaimana kemahiran rakyat dapat dipertingkatkan.

-- BERNAMA


3 comments:

Anonymous said...

Tambat jangan tk tambat nanti najib lari....

Anonymous said...

BIAR BUDAK MUDA RASA. AKU DAH RASA TAHUN 1997 DAN 1998. DENGAN KADAR FAEDAH DINAIKAN OLIH NUAR. LAGI HEBAT DARI MASA KINI. INI BELUM SEBERAPA......

Anonymous said...

Jangan tambat. Itu cara Mahathir. Najib tentu ada caranya sendiri.

 
Blogger Templates