Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, August 7, 2015

PEKERJA ASING BANGLADESH DIBAWA MASUK KERANA RAKYAT MALAYSIA TIDAK BERMINAT BEKERJA SEKTOR '3D'!!!



Kerajaan terpaksa membawa masuk pekerja asing termasuk dari Bangladesh kerana sikap rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja dalam sektor '3D' - 'dangerous', 'difficult' dan 'dirty', kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

"Oleh kerana industri dan perniagaan harus berjalan, maka kita kena cari alternatif iaitu membawa pekerja dari negara asing terutama dari Bangladesh," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Bangladesh, Abul Hassan Mahmood Ali di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata isu pekerja Bangladesh adalah antara fokus perbincangan dengan Abul Hassan dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu.

Jun lalu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor terutama perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.

Turut disentuh dalam perbincangan itu ialah berkaitan mencegah kematian di kalangan warga Bangladesh yang cuba memasuki negara ini secara haram sama ada menerusi laut atau darat selain mengelak mereka dianiaya majikan.

"Mereka ini dinafikan hak pembayaran gaji, tidak diberikan kemudahan tempat tinggal dan perubatan," katanya sambil menambah pengambilan pekerja asing dari Bangladesh dibuat mengikut garis panduan antarabangsa.

Ahmad Zahid berkata, pekerja asing yang bakal dibawa ke negara ini perlu diberi latihan asas terlebih dahulu di Bangladesh selain mempunyai pendidikan bersesuaian mengikut bidang dan sektor pekerjaan yang akan disertai di Malaysia.

"Mereka yang ada rekod jenayah atau penyakit memudaratkan penduduk Malaysia juga akan diambil kira sebagai faktor yang akan menentukan sama ada boleh dibawa masuk ke negara ini," jelasnya.

Mengenai salah erti segelintir pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap hasrat kerajaan mengambil pekerja dari Bangladesh, Ahmad Zahid berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan berkenaan bagi menjelaskan rasional langkah berkenaan tanpa menjejaskan peluang rakyat Malaysia.- BERNAMA


5 comments:

Anonymous said...

Zahid...hang kalau nk buat apa2 kenyataan atau keputusan elok kalau hang fikir beratus kali sb hang tk tau keadaan sebenar org Bangla ni.Bangla sebenarnya bangsa yg pemalas dan tk nk kerja kotor malahan tkda skill langsung.Org Indonesia lebih rajin dan skill dlm kerja2 pembinaan dan tk byk songeh..kalau tk tau apa2 hal rakyat bawahan jgn buat kenyataan bodoh dan tk cerdik.

Anonymous said...

Minta kerajaan kaji bagaimana australia mampu mengawal rakyat asing bekerja di dlm sektor buruh kasar dan mahir? Mungkin gaji tinggi? Kecenderongan bergantung pada buruh dari negara jiran utk maksimumkan keuntungan dgn gaji buruh yg mungkinn rendah... mendorong rakyat tempatan tidak berminat utk bekerja dlm bidang buruh. Harap kerajaan ketatkan pergantungan pengambilan pekerja asing . Semoga kita dapat menghasilkan ank2 tempatan yg berminat dgn kerja2 kemahiran dgn gaji yg lebih menarik.

Anonymous said...

menteri import bangla takmo ambik sekali ke? ambik la sekali..penasihat2 bangla sekali...dah muak dgn pekerja asing ni..apa nak jadi msia sekarang ni..jahanam...

Rafrash said...

Kalau rakyat Malaysia tak berminat, jangan wujudkan kilang yang ada sektor '3D' - 'dangerous', 'difficult' dan 'dirty' sehinggalah rakyat Malaysia sendiri sudah bersedia. Kerajaan mestilah cari sektor yang lain yang tidak memerlukan pekerja asing yang terlalu ramai hingga menjejaskan keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia. Perusahaan kilang yang berteraskan '3D' - 'dangerous', 'difficult' dan 'dirty' kebanyakkan diusahakan oleh kaum bukan bumiputra. Perihal kesan dari kemasukan buruh asing langsung tidak diambil peduli oleh ampunya kilang. Mereka hanya mementingkn duit semata-mata tanpa menghiraukan kesejahteraan dan penyakit bawaan dari orang asing. Takkan menteri yang bertanggung jawab pun tak faham hal ini? Atau buat-buat tak faham.

Anonymous said...


zahid ingat org tak sapa punya company yang dpt contract bawa masuk bangla ni.

bukan agensi yang punya ke zahid?

 
Blogger Templates