Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, August 5, 2015

MUFTI PERAK SERU AZALINA AMALKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR!!!



Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said kerana membuat kenyataan jahil.

Katanya, kenyataan Azalina -adegan pasangan bercinta berpegangan tangan dan berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat – tidak patut dikeluarkan oleh seorang bertaraf menteri.

“Baru sehari dua naik sebagai menteri dah keluarkan kenyataan tidak munasabah. Saya suka ingatkan menteri, timbalan menteri dan ahli Exco negeri, mereka telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong atau Sultan untuk pegang jawatan berlandaskan kepada Perlembagaan dan mereka bersumpah dengan nama Allah untuk mempertahankan Perlembagaan.

“Perlembagaan menyatakan agama di negara ini adalah Islam. Maka, janganlah mereka sesekali mengejek dan memperkecilkan hukum Allah. Jika tidak, maknanya mereka melanggar sumpah,” katanya.

Beliau juga mengingatkan semua pemimpin supaya tidak melanggar sumpah, bagi mengelak dilaknat Allah.

“Saya nasihati (mereka) jangan melampau. Islam berdasarkan kepada iman. Iman itu boleh diukur berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan. Jadi, tidak boleh keluarkan kenyataan secara akal atau logik kerana ia adalah hukum Allah.

“Akal dikawal oleh nafsu dan ia dipengaruhi oleh syaitan. Jangan beraja dengan nafsu dan komen tidak tentu hala.

“Seorang menteri Islam wajib mengamalkan amar makruf nahi mungkar, atau dalam bahasa senang difahami menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sebelum ini Azalina telah ditegur oleh penceramah terkenal, Kazim Elias dan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim kerana membuat kenyataan itu. (FMT)


3 comments:

Anonymous said...

Setuju sangat la kalau teguran dari alim ulama di terima. Nasihat sepanjang Zaman.... Kalau kepimpinan tak di tegur maka hancurlah pengikut pengikutnya. Allah telah menunjukkan pelbagai contoh dalam Al Quran.. Ambil lah iktibar...kembali ke jalan yang benar. Nasihat saya pada Menteri berkenaan.....cuba lah try try pakai tudung yang menutupi rambut dan kepala. Comform disayangi Allah dan dihormati oleh manusia kerana di tambahi dengan perubahan akhlak.
Jangan ambil hati atas teguran....nasihat yang membawa kebaiakan adalah untuk Menteri juga...kami mendoakan yang terbaik tuk Menteri Azalina Othamn ye....Assalamualaikum.

Anonymous said...

Baru beberapa hari saja menteri kabinet Najib dah kena komen oleh mufti-mufti. Itulah standard menteri kabinet Najib. Bodoh tak apa asal setia pada dia.

Ted Manoff said...

Azali nak tu tau ke makna perkataan JAHIL? Rasanya dia tak tau makna sebenar. .yg dia faham mungkin JAHIL tu maknanya OKEY NO PROBLEM

 
Blogger Templates