Apabila diumumkan bahawa serpihan dan barang hanyut yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik pesawat MAS yang hilang, MH370 oleh Perdana Menteri, bermulalah episod para pakar FB dari Malaysia menunjukkan kehebatan dan teori mereka.
Malaysia sedang berhadapan dengan lambakan pakar yang hanya mampu memberikan khidmat secara percuma memandangkan jumlah pakar melebihi jumlah yang memerlukan khidmat mereka. Oleh kerana jumlah pakar tersebut terlalu ramai jumlahnya, membuatkan mereka tidak dapat mencetak dan menerbitkan kepakaran mereka itu. Facebook pula memberikan ruang secara percuma untuk pakar-pakar ini meluahkan perasaan mereka yang sedang meletup-letup. Kalaulah Facebook tidak ada, barangkali habis segala dinding, segala siling, segala permukaan akan digunakan untuk mencoretkkan kepakaran mereka sebagai cara melepaskan tekanan kepakaran dalam otak.
Dan berdasarkan kepada apa yang sedang berlaku, generasi akan datang tidak perlu ragu dan bimbang lagi, memandangkan generasi masa kini bukan sahaja pakar dalam aviation dan forensik, malahan mereka memandang lebih jauh seperti tukang nujum Nostradamus yang awal-awal lagi telah menyediakan generasi akan datang dengan pelbagai teori konspirasi dan kesimpulan-kesimpulan yang mendedahkan RAHSIA-RAHSIA BESAR perjalanan politik mahupun kehidupan.
Kesemua ini hanya terdapat di Malaysia....
TAK UNTUNG LAGI KE JADI RAKYAT MALAYSIA, sebuah negara yang begitu dirahmati kerana dianugerahkan dengan jutaan bijak pandai yang bekerja keras secara percuma memberikan buah fikiran di media maya untuk membangunkan dan menyediakan generasi akan datang dengan keintelektualan mengatasi negara-negara lain?
Hanya sanya Allah Taala sahaja yang Lebih Mengetahui, mengapa Malaysia tidak pernah diutuskan Rasul dan Nabi....
7 comments:
Hari tu ade yg mengaku boleh selesaikan misteri dlm sekelip mata. Mane pi dia punye komen?
Tak kurang juga bomoh tikar terbang. Hebat sangat smpai sekarang x dpt2 panggil kapal terbang balik. Perangai rakyat malaysia tipikal. Dapat fb macam kera dapat bunga.
Pakar paling top sekali la ni ialah pakar putaq belit. Tak lain dan tak bukan nama dia najib!
Memang betul la malaysia ni terlalu ramai pakar fb dari segala bidang..tapi sayang semuanya pakar bangang abadi...bila sel sel otak terlebih berhubung.
ITU PAKAR TAIK KUCING BRO......
Air mineral letak dalam beg bagasi... Pasal apa tak boleh. Pakar mangkak tuuu
ntah... aku biasa je bawak air masuk flight. masuk dalam beg, sapa yg nak check. asalkan scan lepas, dah la. apa yg tak logiknya pulak. dasar bangang yang abadi. ntah2 tak pernah naik flight pun..
Post a Comment