Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 17, 2015

NAJIB DAPAT DUIT DARI ARAB SAUDI, BOHONG KATA LIM KIT SIANG... BERSIH DAPAT DUIT TU DARI MANA PULA?



Lim Kit Siang ternyata tidak berpuas hati apabila cerita tentang RM2.6 bilion yang dirasakan dapat digunakan untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak kononnya telah menggelapkan wang negara bagi tujuan peribadi, diperjelaskan bahawa ia datangnya daripada Arab Saudi atau negara-negara Arab.

Lim Kit Siang cuba menimbulkan keadaan di mana Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan negara-negara Arab, khususnya Arab Saudi. Lim Kit Siang sukar untuk menerima kenyataan bahawa Negara-Negara Arab khususnya Arab Saudi banyak menyalurkan kewangan kepada organisasi-organisasi mahupun negara-negara tertentu di dunia ini.

Sebabnya, bagi Lim Kit Siang, Islam dan penganut Islam adalah lambang kejumudan, tidak bertanggungjawab, kuno dan gasar.

Mana mungkin Arab Saudi menderma kepada Malaysia untuk melawan pengganas IS atau memastikan keselamatan rantau ini, atau memastikan negara ini tidak jatuh ke tangan kaum pendatang yang tidak reti bersyukur seperti Lim Kit Siang dan pasukan DAPnya.

Mungkin banyak sangat terpengaruh dengan cerita-cerita Hollywood atau propaganda Barat yang melabelkan Islam sebagai agama pengganas dan pemerintah Islam pula adalah pemerintah yang dahagakan darah, Lim Kit Siang gagal melihat bagaimana hubungan Melayu-Arab yang terjalin jauh lebih lama sebelum kewujudan Empayar Shih Huang Ti yang berjaya menyatukan empat negara besar membentuk Negara China sekarang ini, telah memberikan gambaran kepada Lim Kit Siang, yang mampu memberikan bantuan kewangan dan teknikal hanyalah Barat dan Amerika Syarikat sebagaimana yang diterima oleh DAP.

Jadi, ibarat menuang minyak ke atas api, Lim Kit Siang terus melebarkan pandangan skeptikal tentang derma dari Negara Arab kepada Najib Abdul Razak. (RUJUK SINI)

Mungkin juga dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa, kemungkinan juga derma berkenaan bermaksud menghalang DAP yang asalnya hanyalah kaum yang diberikan peluang untuk tinggal dan membiak di negara ini setelah menjadi abdi dan hampir mati kebuluran di negara sendiri, sekarang ini cuba menjadi tuan penjajah dengan menginjak-nginjak pribumi yang telah memberikan peluang dan tidak pernah menindas mereka.

Kalau derma dari luar terutama daripada Negara Arab adalah 'mustahil' dan 'satu pembohongan', Lim Kit Siang tentu boleh menerangkan bagaimana dengan FUND MANAGER di Hong Kong yang melibatkan DAP. Begitu juga dengan FUND MANAGER di Singapura? (RUJUK SINI)

Bagaimana BERSIH mendapat bantuan kewangan? Atas nama siapa wang derma tersebut dimasukkan memandangkan BERSIH bukanlah pertubuhan sah yang membolehkan mereka mewujudkan akaun bank?



Kalau derma untuk menyelamatkan negara ini daripada 'dirampas' adalah satu penipuan sebagaimana yang dituduh oleh Lim Kit Siang, mengapa dia langsung tidak ada bunyi tentang derma-derma dan dana-dana luar yang dihantar ke negara ini untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan?

Sedangkan Ambiga yang sekarang ini dalam 'perjalanan' ke Eropah sudah pun mengaku bahawa BERSIH telah menerima bantuan daripada luar untuk tujuan tersebut?

Mengapa Lim Kit Siang lebih bimbangkan derma yang membolehkan negara ini kekal seperti sekarang, berbanding derma-derma dan dana-dana yang menjadikan Malaysia seperti sesetengah negara Arab yang sedang bergolak kerana campurtangan asing menerusi Arab Spring? (RUJUK SINI)

Kenapa Kit Siang tak bercakap apa-apa tentang hal tersebut?


3 comments:

Anonymous said...

funny

Anonymous said...

Marilah kita sesama Islam pakat-pakat bersatu menyerang balas kaum kafir harbi ini. Beribu kali lebih baik daripada caci mencaci berprasangka sesama Islam. Ketua-ketua kaum kafir harbi seperti LKS, LGE, TP, Ambiga, TK, Nga Ngeh dll patut dibuka penyelewengan mereka habis-habisan..

Anonymous said...

Ayam laga a.k.a Pee Emm a.k.a Presiden UMNO sekarang adalah ayam laga yang telah expired, kalah teruk dan dah boleh berhenti dari berlaga... jadi janganlah admin nak banding2kan atau acu dgn sesiapa... tak ada makna dah...

 
Blogger Templates