Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, August 6, 2015

PKR KATA ISU PENGAGIHAN ZAKAT YANG DIBUAT MENERUSI KETUA-KETUA CABANG ADALAH ISU REMEH-TEMEH!!!



Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Shuhaimi Shafiei menempelak Penyelaras Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menyalurkan bantuan zakat ke negeri lain tanpa melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Katanya, isu yang dibawa ADUN Batang Kali itu merupakan perkara remeh dan penyelaras BN Selangor itu tidak mempunyai isu lain yang ingin dibawakan.

“Mat Nadzari tu takde isu nak bawak. Terlalu naif. Benda-benda yang kita katakan remeh temeh dia bawak.

“Kalau nak tunjukkan kemampuan sebagai penyelaras BN, carilah isu lain,” katanya kepada pemberita pada majlis Hi-Tea Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor Bersama Media pada Khamis.

Dia yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor berkata pihaknya akan memberikan jawapan berkenaan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Biar Menteri Besar yang jawab,” katanya.

Baru-baru ini, Barisan Nasional (BN) Selangor mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menyalurkan bantuan zakat ke negeri lain tanpa melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Penyelaras BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan, berkata tindakan kerajaan Selangor memperuntukan bantuan zakat berjumlah RM5 juta yang didakwa disalur menerusi ketua-ketua cabang PKR amat meragukan.

Dia membangkitkan persolan kerana kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) tidak menyalurkan bantuan zakat itu menerusi LZS atau secara terus kepada kerajaan negeri yang terlibat. (SUMBER)


6 comments:

maae said...

Jika Umno buat, apa hipokrit besar bakal kata ? Boleh percaya CAT mereka ?

Duit zakat yang mungkin saja masuk perut sendiri, baguslah tu....

Anonymous said...

Wang zakat jgn dI buat main main,

Anonymous said...

Kalau BN yg buat, diviralkan dan menyalak2 satu dunia BN curi duit asnaf.

Anonymous said...

Tindakan ini dah dapat perkenan Tuanku Sultan ke selaku Ketua Agama Negeri Selangor?

Anonymous said...

jka umno.jka umno. tnye umno laa. skrg citer kau. exco adi dh songlap d trg. komunis dh png cube amik duit zakat Perak. nk eran ape pkr sapu duit zakat? cra pn dh slh.

Anonymous said...

sy guna window 7. skrin 1366 X 768. xble nk klik butang share link. arap mklum.

 
Blogger Templates