Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, August 11, 2015

REHATLAH TUN, PANDANGAN TUN BUKAN PANDANGAN MENENANGKAN TETAPI PANDANGAN MENGHANCURKAN!!!



Kami terima sebuah e-mel panjang lebar daripada salah seorang pembaca The Saviour. Jadi, kami copy-paste bulat-bulat tanpa sebarang tapisan atau suntingan tulisan pembaca yang menamakan dirinya sebagai AYOB TUAH kecuali sedikit pembetulan ejaan.

E-mel:

Ke hadapan Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri Ke-4 Malaysia.

Tulisan Tun di blog Tun telah menghilangkan saki baki hormat saya kpd Tun. Tun tidak lagi menegur mahupun dalam mode game divertion spt yang banyak diperkatakan orang tapi lebih bersifat seperti mencabar undang2 yang membabitkan hasutan.

Apa yang sudah berlaku kepada seorang negarawan yang berpandangan jauh suatu waktu dahulu? Apakah disebabkan hasutan daripada kwn2 dan bekas-bekas financier yg hilang byk kepentingan termasuklah IPP dan projek2 kerajaan lain, menyebabkan Tun jadi sebegini rupa?

Tun berckp tentang derma RM2.6 bilion sebagai bullshit. Seingat2 saya perkataan 'shit' merupakan label penghormatan yang diberikan oleh Sasterawan Negara yang juga merupakan Profesor Emeritus USM, Shahnon Ahmad kepada Tun sndiri. Ia adalah perkataan taboo buat Tun. Perkataan yang menghiris-hiris penarafan dewa yang diberikan kepada Tun oleh golongan pengampu dan penjilat pada ketika Tun berkuasa dahulu. Perkataan yang dianggap sebagai merendah-rendahkan seorang pemimpin yang dikatakan amat mempengaruhi dunia oleh seorang penulis novel yang tidak lekang bercerita tentang nostalgia persekitaran pada zaman 50-an.

Kata Tun, mustahil ada pihak yang bermurah hati menderma sebanyak itu. Tapi Tun buat-buat lupa, masa Tun membantu negara-negara Islam termasuklah selatan Mindanao, adakah Tun korek duit tabung sendiri? Bukankah Tun juga memperolehi dan menggunakan sumbangan daripada beberapa buah negara termasuklah dari Arab Saudi dan Brunei untuk penghantaran bantuan kecemasan kepada umat Islam di Bosnia-Herzegovina, Kosovo, Palestin, selatan Thailand, Chechya dan sebagainya?

Mengapa keadaan yang sama tidak Tun gunakan dalam keadaan masakini? Zaman Tun, NED, OSI, NSI dan sebagainya tidak bermaharajalela di Malaysia. Zaman Tun, gerakan menumbangkan dan menghumbankan UMNO dan Barisan Nasional tidak sehebat mana selain modal yang digunakan pun hanyalah air liur. Anwar Ibrahim takut untuk menunjukkan wajah sebenarnya kerana bimbang kehilangan jawatan. Selepas hilang jawatan dan kedudukan pada tahun 1998, barulah Anwar Ibrahim menunjukkan siapa dia sebenarnya menerusi kedatangan Al-Gore yang menghitambirukan muka Tun secara berdepan-depan dalam ucapan yang terkenal memalukan itu? Selepas Anwar Ibrahim dipecat dan disingkirkan, barulah modal-modal besar dari Amerika Syarikat dan Jerman masuk ke negara ini secara terang-terangan.

Berapa banyak pula belanja yang telah dikeluarkan untuk menghitamkan watak Anwar Ibrahim sepanjang 1998 sehingga 2003? Adakah semua usaha tersebut diberikan secara percuma?

Benar, ia tidak mungkin keluar dari kocek peribadi Tun tetapi sudah tentu pengampu-pengampu projek kerajaan yang bernilai berbilion ringgit seperti Vincent Tan, Tiong Lay dan sebagainya amat bermurah hati untuk membantu. Yang Tun pertikaikan adalah mengapa akaun peribadi Najib dan Tun bandingkan dengan diri Tun yang tidak mampu dapatkan derma atau sumbangan daripada negara-negara Arab untuk mendirikan Universiti Islam Antarabangsa dan Pusat Islam Oxford.

Negara Arab mana yang berani menderma kepada Tun pada waktu itu? Kekaguman Arab kepada Malaysia hanya berlaku pada penghujung hayat Tun sebagai Perdana Menteri Malaysia, bukan antara tahun 81 sehingga 93. Negara Arab hanya pandang Tun dan Malaysia setelah kedatangan Allahyarham Yasser Arafat, pemimpin PLO Palestin ke Malaysia. Arab hanya menghormati Malaysia dan Tun hanya selepas kedatangan Aliya Izetbegovic, pemimpin Islam Bosnia. Kiblat Arab adalah Amerika Syarikat dan Eropah. Hanya selepas pemimpin-pemimpin baru Arab berkuasa dan melihat sendiri kemusnahan wilayah Arab menerusi perbuatan Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Arab Spring, barulah mereka ada otak dan cuba mencari jalan keluar agar tidak terus dicengkam oleh Amerika Syarikat. Mereka memerlukan sebuah negara yang baik dengan semua kuasa besar seperti China dan Russia untuk membantu mereka mengekalkan kuasa daripada dijatuhkan oleh rakyat sendiri.

Tun,

Tun mengulangi semula kisah 1MDB walaupun telah diterangkan berkali-kali oleh pengurusan dan CEO 1MDB. Tun berkali-kali bercakap tentang anak tiri Najib yang merupakan produser film. Tun berkali-kali bercakap tentang gaya hidup mewah Najib dan isterinya. Sekaligus mengingatkan saya kepada pembohongan berulang-ulang Anwar Ibrahim sehingga pembohongannya diterima sebagai satu kebenaran.

Tapi Tun lupa, projek perkampungan filem, perkampungan buku dan pelbagai projek perkampungan yang diwujudkan pada era Tun, berakhir tanpa nisan. Begitu juga dengan projek-projek mega yang akhirnya dikuasai oleh bukan Melayu, bukan Bumiputera. Melayu dan Bumiputera masih kekal berkolar biru. Kalau ada pun yang bernasib baik, mereka dilantik sebagai kepala GLC yang kemudian lupa diri dan lupa bahawa modal untuk menjutawankan mereka adalah dengan mengorbankan jutaan Melayu dan Bumiputera yang lain selain aset-aset Melayu dan Bumiputera seperti tanah. Ke mana pergi kesemua duit tersebut? Adakah ianya bersifat percuma juga seperti politik Tun sepertimana yang Tun dakwa?

Tun lupa bagaimana anak-anak Tun sendiri tidak hidup dengan menoreh getah atau mengerat padi. Pada kemuncak zaman reformasi, apabila kekayaan anak-anak Tun dipertikaikan dan punca kekayaan mereka, apa jawapan yang Tun berikan? Tun permainkan daya fikir rakyat Malaysia pada waktu itu dengan mengatakan, mereka berniaga dan tidak boleh makan gaji dengan kerajaan. Tetapi Tun tidak pernah menerangkan bagaimana perniagaan anak-anak Tun begitu berjaya dalam tempoh yang amat singkat dan kesemua perniagaan mereka pula berkaitan dengan projek kerajaan. Tun cuba membuatkan generasi saya melupakan skandal MISC yang diterajui oleh salah seorang anak lelaki Tun.

Najib juga sama seperti Tun. Sama-sama datang dari UMNO. Sama-sama berkuasa pada zaman masing-masing. Apa yang Tun racaukan sekarang, Tun tidak praktikkan pada zaman pentadbiran Tun. Tun hanya mahu Najib ikut acuan Tun tetapi ketika Tun memerintah dahulu, Tun pun tak ikut acuan yang diperkatakan sekarang sebaliknya menggunakan undang-undang sebagai perisai untuk terus berkuasa.

Saya tidak berminat untuk membela Najib daripada segala tuduhan Tun tetapi melihat kepada keadaan negara yang semakin kacau bilau dan dengan DAP yang bijak mengambil kesempatan memecah belahkan Melayu dan Bumiputera di negara ini bertitik tolak daripada permainan Tun, saya rasa jengkel yang amat sangat. Dengan tempoh berbaki masa 2 tahun, apa yang Tun dan juak-juak Tun lakukan sekarang adalah untuk memindahkan kuasa dari tangan Melayu dan Bumiputera kepada kelompok 16% penduduk rakyat negara ini.

Tak payahlah cerita tentang ketirisan wang negara kerana ketirisan lebih banyak berlaku pada zaman Tun. Golongan yang menentang Tun pada waktu itu masih hidup pada hari ini. Tulisan-tulisan dalam akhbar dan tabloid seperti Watan yang Tun haramkan dengan kuasa KDN, masih boleh dibaca dan disalin. Begitu juga dengan buku-buku politik yang tidak dibenarkan jualan atau dirampas, masih boleh diperolehi dengan mudah sama seperti buku-buku politik yang dibenarkan jualan atas nama mempertahankan kerajaan Tun.

Lebih baik Tun berehat daripada mengeluarkan pandangan. Tun memang hebat dan terbilang pada zaman Tun. Sama macam T-Rex terbilang dan terhebat pada zaman Jurasic. Sekarang adalah zaman haiwan-haiwan seperti singa, harimau dan jerung. T-Rex hanyalah fosil dan dipamerkan di muzium. Singa, harimau dan jerung masih lagi makhluk hidup dan merupakan apex rantaian makanan zaman kini.

Tak perlulah menggunakan nama Melayu dan negara lagi kerana apa Tun lakukan sekarang pun, lebih meranapkan negara dan Melayu berbanding yang Tun salakkan.

Saya hanyalah orang kecil tetapi saya adalah golongan yang cukup setia beratur pada awal pagi untuk memangkah mana-mana parti politik yang saya rasakan mampu menjaga negara ini, kalau tidak pun menjaga survival saya dan anak cucu saya pada masa hadapan. Tidak perlulah mengajar dan menyuruh kami berbuat itu ini hanya untuk memenuhi keegoan seorang bekas Perdana Menteri. Kami sudah cukup matang untuk membuat penilaian kami sendiri, sama ada untuk menyokong Najib atau menolak UMNO atau Barisan Nasional pada PRU akan datang. Kalau terjadi sesuatu yang buruk ke atas negara ini, orang seperti Tun dan keluarga, mahupun Najib dan keluarga atau golongan pemimpin lain, akan mudah melarikan dan menyelamatkan diri. Yang akan berhadapan dengan segala macam natijah dan kesan buruk adalah kami di bawah ini yang cuba dicorakkan oleh orang seperti Tun.

Justeru, berehatlah daripada terus mengeluarkan pandangan termasuklah gesaan untuk berdemonstrasi. Rehatlah yang serehat-rehatnya. Tun tidak perlu menyertai Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang untuk memporak-perandakan negara ini. Kalau betul Najib dan UMNO hendak diajar, biarkan kami yang mengajarnya, bukannya seorang negarawan yang bercakap dari bilik berhawa dingin dan di atas berkerusi empuk yang dikelilingi oleh taikun-taikun berperut gadang dan bernafsu besar selain tukang-tukang penyampai yang berlagak sebagai pencatur politik walaupun untuk minum teh bersama pembesar negara, mereka tidak ubah seperti ulat gonggok.

Pada zaman Tun, Tun telah menghasilkan budi kepada rakyat negara ini walaupun sebenarnya pada waktu itu, semua usaha Tun dipertikaikan sehingga timbul istilah KKN (Korupsi, Kronisme dan Nepotisme). Hanya selepas bertahun-tahun Tun tidak lagi sebagai Perdana Menteri, maka Tun dianggap sebagai Super Dewata Raya yang tiada cacat cela. Samalah seperti Allahyarham Nik Aziz dan Fadhil Noor, samalah seperti Burhanuddin Helmi, Pak Sako, bahkan Chin Peng dan seribu satu macam nama yang lain. Jadi, biarlah Najib turut menempa situasi yang sama kerana lama selepas dia tidak berkuasa nanti, Najib juga akan digambarkan sebagai Perdana Menteri yang banyak berbudi kepada Malaysia.

Tak perlulah menjadi pencatur otak rakyat Malaysia.

Terima Kasih.

Ayob Tuah
Jalan Kampung Haji Manan,
Kluang, Johor
10 Ogos 2015


33 comments:

Anonymous said...

Ko yang bodoh. Dah bodoh, sombong pulak.

Anonymous said...

kepada penulis surat ni, ayob tuah..rehatlah..jaga la anak cucu hang baik2..ajar anak cucu supaya jgn jadi penyamun mcm orang tu...rakyat malaysia taksudi nak dengar pendapat bodoh hang..jangan ketinggalan bas..

Anonymous said...

Apa masalahnya jika najib letak jawatan? Kalau tak suka TSMY, naib presiden ada, ahli MT pun boleh!

Ahli2 umno boleh pilih mana2 yang sesuai.

Bukankah ianya boleh menyelesaikan segala permasalahan dan kemelut yang berlaku hari ini?

Anonymous said...

Emel pencacai kari kepala ikan

Anonymous said...

Biar je najib dgn kejenye.. sebab dah xlama dah dia nak berkuasa.. lepas pru nanti usahkan najib, paklah, mahadhir even tun2 terdahulu kerajaan pakatan boleh korek balik. Just wait n c je.

Anonymous said...

Najib sekarang sampai tahap terpaksa kekalkan kuasa. Sebab kalo harini letak jawatan, esok berdoyon pertuduhan sampai.. kesiankanla dia..

Anonymous said...

Saya amat hormat Tun tetapi sekarang hati saya mulai gundah . Tun dah overshoot.

Unknown said...

Satu komen yang hebat dan berilmiah. Syabas.

Anonymous said...

Sokong penulis lagi banyak dia bersuara lagi kacau bilau politik dan negara. Dah dah lah tu dia pun dah tak lama lagii katanya bagi orang lain ikut acuannya sendiri takkan semperit nak guna acuan baulu tak ngam le. Diusianya duduk rumah banyakkan amal ibadat untuk bekalan dunia lain. Bekalan atas dunia dia dah melimpah ruah buat apa nak kecoh sangat buat macam tsmy boleh berhip hop dengan cucunya.

Anonymous said...

nyesal puji bertahun-tahun...betul dah overshoot...dahhhh

Anonymous said...

Den Raso0-raso lah, Encik Ayop ini seorang yang kurang bertuah kerana kurang mendapat kasih sayang ketika membesar dulu. Dia jadi pendendam, tidak suka dengar pendapat orang lain. Dia ingat dia jee yang betullllll selamanya. Hati dia nie boleh dikatakan penuh dengan kehitaman hasad dengki, suka hina orang tua dan terdapat sel-sel rosak akhlak yang sama jenis ngan Nuar Jubo, Kit sial dan yang sewaktu dengannya. Minta dijauhkanlah Negara Malaysia daripada manusia spesis cam nieee..

Anonymous said...

Syabas teruskan karya anda.sedarkan mereka2 yg telah terpengaruh dgn dakyah dap.

Anonymous said...

nak samakan derma maza zaman Mahathir yg minta bantu Bosnia, kosovo, palestin, dll dgn derma 2.6 billion secara senyap. Nasib baik AWSJ yg laporkan kalau tidak semua tak tahu. Mahathir sengaja ulang2 kisah 1MDB kerana terlalu banyak perkara pelik kes jual beli yg tak ada jawapan secara khususnya, pelaburan yg dikatakan duit, lepas tu bukan duit tapi unit, hutang bayar 2 bilion setahun...
Bukalan lah FB , twitter mana2 berita fasal Najib,1MDM, kjaan, majoriti komen semua negatif. Apapkah 3 juta ahli UMNO sokong Najib?
Kalau jantan buatlah pemilihan.
Yg menghancorkan UMNO sebenanya adalah Najib..ramai yg masih setia pada UMNO & BN tapai gara isu 1MDB, 2.6 Bilion & Rosmah..orang sudah bosan.

Anonymous said...

Macam la si zahid tu nak duk selesa takat timbalan..Peluang dah ada..

Anonymous said...

Pak yop, ko rasa macam ko pandai sangat ke? Cara ko pikir macam jaguh kampungan saja. Malaysia dah nak terlungkup pun, ko masih bermimpi bahawa Najib masih layak jadi PM? Tun M hanya sorang rakyat Malaysia tanpa apa-apa jawatan, kenapa ko perlu takut dengan komen-komennya kalau tiada kebenaran. Dia tidak mengajak rakyat berdemo tengah jalan pun. Hanya dengan tulisan dalam blog boleh menggoncang negara? Semuanya kerana ramai yang mengakui kebenaran dalam pandangannya. Bukan atas dasar bangsa & agama, tapi seluruh rakyat tak kira bangsa amat berbangga dengan beliau. Dia menulis tanpa perlu memaki orang, tapi setiap pandangannya masih lagi relevan dengan keadaan sekarang. Kalau pak yop tak suka, tak payah baca pandangannya. Pak yop ikut saja Najib tu, banyak habuan yang boleh diterima, instant pula tu. Cuba lihat Zahid Hamidi & Salleh keruak, hanya bermodalkan air liur dah dapat jawatan. Itu PM jenis apa? PM tu bukan hak peribadi.

Anonymous said...

Mamak kerala tu hanya ada SATU tujuan....nak letak anak dia sebagai TPM dan kemudian PM.
Penyokong2 kerala dan baghal2 yang anti-Najib sedang seronok dipermainkan oleh dapig dan mamak kerala. Semuanya ditipu dengan permainan persepsi. Maklumlah, IQ setakat guling2 depan SOGO, what do you expect?

paktam said...

Sokong sepenuhnya

Anonymous said...

Tulisan Ayob betul. Tulisan nya fakta belaka.

Satu lagi fakta yg Ayob tidak nyatakan iaitu LEGASI.

Tun kemarok Legasi.

Kalau boleh, sebelum beliau meninggal dunia, beliau mahu semua PM Malaysia binakan segala projek2 mega yang beliau rancangkan selepas beliau bersara.

APabila seseorang PM itu tidak boleh memenuhi kehendak Tun disebabkan faktor2 tertentu, Tun akan mula menyerang hingga sanggup bersubahat dgn musuh melakukan apa saja asalkan PM itu jatuh.

Beliau mahu meninggalkan LEGASI, agar namanya kekal disebut selama-lamanya walaupun beliau tiada lagi di dunia.

Sekarang sudah kedengaran, terdapat cakap2 Peliwat Anwar akan dibebaskan dan Peliwat akan di gunakan untuk menjatuhkan Najib.

Baru kelmarin Tun dlm program bersama pelajar UTAR berkata, demonstrasi jalanan adalah jalan penyelesaian sekiranya Najib masih tidak turun.

Adakah ini kebetulan?

Sebaiknya Tun berihat, jgn biarkan diri dipergunakan dan cari ketenangan.

Kelihatan, pemikiran Tun, makin bertambah teruk.

Anonymous said...

Anon 2:46 pm.
Bodoh punya komen. Patut najib kata banggang. Ini banggang siot.

Anonymous said...

Setuju dengan penulis. TDM patut berehat dari dunia politik sepenuhnya. Dia menambah caca marba kepada negara bukan menambah baik. Biar Najib dan kumpulannya kemudi pentadbiran ikut caranya sendiri, inshallah Malaysia akan bertambah baik.

Anonymous said...

Mereka-mereka yang tidak setuju dengan Pak Yop tak perlulah mengutuk kerana semua orang ada hak bersuara, Melayu kutok Melayu salah satu fakta perpecahan. Sebagai manusia kita sepatutnya menghormati pendapat seseorang walaupun tidak setuju. Lebih baik berdiam diri. Inilah yang sedang ditagih oleh DAP...""P E R P E C A H A N"".

Anonymous said...

kau ni terkeluar tajuk NI Pasal duit hilang tanah negara tergadai
42b
tun pinjam duit tak gadai tanah
dia ''GADAI IDEA'' utk pinjam

Nah kau ungkit semua benda zaman tun
TAPI Kau nampak rasai semua hingga m'sia terkenal

HELLO
kau ada ayah mak atok uwan saudara - adakah bpk you adil dgn semua ???
PASTI TIDAK
Ni tun feeding rakyat pasti ada yg suka , ramai yg benci
CONTOH NAK BUAT PROJEK KERETA NASIONAL
Mcam2 kritikan cacian sabotaj
jika takda proton orang melayu naik NORTON BURUK ZAMAN JEPUN DAN BASIKAL TUA

JIKA ANAK TUN BERKEBOLIHAN APA SALAHNYA -Ni terlalu biasa lumrah manusia
KENAPA YU TAK CKP LEGASI KELUARGA PELIWAT
Anak papa mama jadi wakil rakyat
patut keluarga nuar ''''bersyukur'' nuar peliwat sbb jijah dpt rasa jadi MP ANAK MP
Apal hal kit sial anak dia
WHY TUN WHY WHY WHY ???Cakap tulis panjang tapi ''SAMPAH'' Buang masalah bagi kita buat research ''latar belakang keturunan you ''PERFACT'' Atau lebik ''pening'' ckp
BERKOKOK EKOR BERLUMANG TAIKKKK ,,,,,,TAK GITU
Apun maaf aku pohon masih bulan syawal

Anonymous said...

saya sokong..

Anonymous said...

Orang Melayu tidak dapat menilai antara muthu dan manikam.

Anonymous said...

Same to you.

Anonymous said...

Anon 239 ko oun sama nyemak je .

Anonymous said...

Dulu ko yg kutuk TDM
Skrg kan main lagi ampu.
ko mmg gitu anti kerajaan yg mmerintah.

Anonymous said...

Good write up,to those who demonised the writer should not be too emotional and please stop name calling.Be fair to him,you all can write and rebutt his comments intelectually instead of bashinhg him with nasty words.He himself like TDM is the citizen of this country and had every right to express his opinions.Do not be double standard in dessiminating imformation especially when the facts stated do not obliged to your liking.

Ted Manoff said...

Rakyat negeri mana yg tak sudi tu...bro ni kerja di pasar borong selayang kah? Ashik nak main borong borong je...bawak mengucap bro

Anonymous said...

Dari negarawan terus hina ke tahap penghasut. dah tua renta masih tak sedar diri nk ajar org lain buat kerja jahat (demonstrasi). saya sokong tulisan AYOB TUAH. Tun tak payah nk ajar kami mcm mana nk betulkan najib , sedangkan tun sendiri banyak yg tak betulnya .selama ini benda2 yg tak betul pasal tun diselindungkan , atas dasar menghormati tun selaku org tua & bekas pemimpin , tetapi nampaknya tun mcm hantu yg serakah populariti. dah pencen , buat cara dah pencen lah tun. ajaklah rakyat pergi ke masjid , ada juga manfaatnya . berdemo tumbangkan najib , apa manfaatnya ? tak sangka otak tun dah terpusing 360 darjah setahap setan2 dalam pakatan rakyat itu.

Anonymous said...

INILAH RUPA MELAYU MUDAH LUPA. TAK SANGKA PULAK SENDIRI MUDAH LUPA.
PANDAI SUROH RAKYAT GITU GINI.....

PERKAS said...

Good matured writeup. Too bad not many matured comments from matured minds.

Anonymous said...

Ayob Tuah kalau tak sokong apa yang Tun telah lakukan dan taburkan ke atas negara ini tak mengapa. Apa yang menjadi ancaman sekarang ini adalah kestabilan negara dengan rakyat di rundum malang, bala dan malapetaka.

Apakah anda bersetuju Najib letak jawatan untuk mengatasi segala kemelut yang berlaku?

Baiklah,

Mungkin ada yang tak bersetuju TSMY sebagai ganti, biar ahli UMMO sendiri pilih sebagai PM baru.

Adakah anda bersetuju?

 
Blogger Templates