Saman tersebut mendakwa bahawa Najib Razak telah melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya sebagai seorang pemegang amanah berdasarkan Common Law, dan menuntut pembayaran balik sejumlah USD650 juta yang didakwa telah dikirim keluar oleh beliau ke satu akaun di bank Singapura yang bukan milik Umno pada 30 Ogos 2013.
Najib Razak juga dikehendaki membutirkan semua dana yang diterima beliau dalam bentuk derma dan juga penggunaan semua dana yang telah atau pada bila-bila masa tersimpan di dalam akaun AmBank Private Banking milik beliau di mana dana RM2.6 bilion itu diterima. Saman juga menuntut ganti rugi untuk ditaksir, kos dan relif-relif lanjut atau relif-relif lain yang akan ditetapkan oleh mahkamah.
Saman yang difailkan bagi pihak Umno turut mendakwa bahawa kedudukan Najib Razak sebagai ‘pesalah memegang kuasa’ dan kawalan beliau ke atas Umno telah mengakibatkan Umno tidak mampu mempertahankan atau membuat tuntutan bagi kepentingan parti terhadap Najib Razak.
“Plaintif menyatakan bahawa Majlis Tertinggi Umno tidak berupaya dan/atau tidak berdaya untuk bertindak terhadap Najib Razak kerana kuasa dan pengaruh yang dimilikinya terhadap Majlis Tertinggi Umno, Badan Perhubungan Negeri, Bahagian dan Cawangan yang merosakkan kepentingan ahli Umno,” begitu bunyi Pernyataan Tuntutan itu.
Plaintif juga memohon untuk mendapatkan relif injunksi untuk menghalang Ab Rauf Yusof, yang turut disaman di dalam kapasitinya sebagai pegawai am Umno, sama ada secara sendirinya dan/atau melalui Jawatankuasa Disiplin Umno, Majlis Tertinggi Umno, Badan Perhubungan Negeri, Bahagian dan Cawangan daripada mengambil sebarang tindakan untuk membuang beliau sebagai ahli Umno sementara kes ini diadili, semata-mata demi mengelakkan liabiliti ke atas kes ini.
Sememangnya Pernyataan Tuntutan kes ini bersandarkan perkara-perkara yang sudahpun diketahui umum kerana telah menjadi berita sensasi sejak Wall Street Journal mendedahkannya pada 2 Julai 2015 lalu.
Wall Street Journal
Pernyataan Tuntutan itu turut mengatakan bahawa Najib Razak telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa beliau telah menerima RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya dan juga bahawa beliau bukan merupakan benefisiari peribadi kepada wang tersebut. Najib Razak juga dikatakan telah mengakui secara terbuka bahawa dana itu merupakan suatu derma daripada seorang dermawan Timur Tengah yang tidak dinamakan.
Pernyataan Tuntutan itu juga mendakwa bahawa ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno menyatakan Najib Razak telah dilantik sebagai pemegang amanah Umno, bahawa wang tersebut adalah dana politik dan bahawa mereka telah menerima wang dari akaun peribadi beliau untuk membiayai operasi politik mereka.
“Oleh itu, Plaintif menyatakan bahawa Najib Razak adalah memegang dan/atau telah memegang RM2.6 bilion tersebut sebagai amanah bagi kepentingan dan kegunaan Umno. Selanjutnya dan/atau sebagai alternative Plaintif menyatakan bahawa Najib Razak adalah memegang dan/atau telah memegang RM2.6 bilion tersebut sebagai amanah konstruktif bagi kepentingan dan kegunaan Umno,” Pernyataan Tuntutan tersebut menyimpulkan.
Pernyataan Tuntutan itu selanjutnya mendakwa bahawa Najib Razak telah melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah dengan cara:
Tidak memaklumkan atau mengisytiharkan bahawa beliau telah menerima sejumlah RM2.6 bilion tersebut kepada Majlis Tertinggi Umno;
Menolak atau gagal memberi penjelasan kepada Umno tentang kegunaan RM2.6 bilion tersebut;
Tidak membenarkan Umno untuk memberi penjelasan tentang jumlah RM2.6 bilion bagi tahun kewangan 2013 dan 2014;
Gagal menyebabkan jumlah RM2.6 bilion tersebut dinyatakan dalam akaun Umno yang telah diaudit bagi tahun kewangan 2013 dan 2014;
Memindahkan wang berjumlah US$650 juta kepada sebuah akan bank di Singapura yang tidak dimiliki oleh Umno pada atau kira-kira 30 Mac 2013;
Telah membayar dan/atau memindah USD650 juta secara bertentangan dengan Perlembagaan Umno;
Telah menggunakan dan/atau menyimpan sebahagian dari jumlah RM2.6 bilion untuk kepentingan dirinya sendiri secara menjejaskan kepentingan Umno; dan
Pada setiap masa sebelum menerima jumlah RM2.6 bilion tersebut, Majlis Tertinggi Umno tidak pernah melantik beliau menjadi pemegang amanah bagi tujuan menerima wang tersebut.
Saman difailkan oleh firma guaman Haniff Khatri. (FMT)
Saman difailkan oleh firma guaman Haniff Khatri. (FMT)
10 comments:
tu pasal pm masuk duit dlm personal account dia.. yg bodoh pi saman bust apa.. takede kes hehe..
Lepas ni banyaklah kerja cyber trooper pencacai na
Hamba Allah yg failkan saman terhadap PM ni agak2nya perasan yang UMNO tu milik dia kot, kah kah kah. Atau dia ni sebenarnya barua pembangkang?
Tu dia 3 Juta ahli umno skong najib
#Tangkapbijan
Ahmad said...
Bloggers Putra Merdeka, Celah Gelegar, Outside The Box, Kluangdiamond and Din Turtle menanam sikap membenci Najib keterlaluan. 24jam tanpa henti mereka menjana topik entry hanyalah menghentam Najib dan apa2 yg kaitan dengan Najib.Tidak pula mereka menyerang musuh politik sebenar?
Diperhatikan Meloyakini.com ejen perang saraf PR pun ada selang seli jugak topik serang BN, tapi ini cukup dahsyat punya bloggers..serang PM sendiri. andai kata ini semua blogger Muslim.. ingatlah setiap berita dan hasutan yang berbentuk fitnah, adu domba, membenci pemerintah (bukan membetulkan) pasti akan dibalas oleh Allah SWT dgn dosa dan balasan buruk.
Alasan Najib rasuah, bodoh ke, seleweng ke bukan menghalalkan kita untuk 'berbunuh' sesama sendiri Dalam Islam mencegah mungkar atau nak betulkan pemimpin ada metod tersendiri bukan ikut metod iblis.
Setiap hari konsisten blog ini dan rakan2nya menghasut pembaca benci Najib..itu sahaja 'perjuangan' kumpulan ini sedangkan bergayut di bawah blogger pro-BN? Seolah2 tidak takut dosa, kbencian dan fitnah dijanakan setiap masa disebar seluruh jaringan internet.. apakah itu akan mengubah Najib atau memberikan kemenangan yang diberkati?
Ingatlah korang.. yang berdosa tetap berdosa, tak kiralah PM atau blogger nyamuk macam korang, cuma akibat kerja korang umat jadi rosak, jahanam kesatuan, bukan nak betulkan manusia tapi mengajak manusia jadi Iblis juga.
Stau sahaja aku nk beritahu, balasan Allah SWT ini Maha Luas bg manusia yang angkuh.. korang ada bini, anak2, ada saudara, kdg2 kalau masih sombong angkuh buat kerja2 lahanat, Allah boleh balas pada anak2 korang, cucu, mcm2 bentuk yg sgt menyayat hati..kdg2 akan tertanya.. 'apakah dosa aku dibalas ini..ini.." ya skrg ligat satu masa pasti akan kena
cukup2lah.. kalau nk serang sgt Najib declare siap2 join GHB atau fan DAP atau PKR atau juga buat circle kumpulan Tun Mahathir. itu shj.. jangan pecah belahkan Melayu Islam yg serba pecah dan suka berperang ini.. Takkan berjaya apa2 dengan perjuangan meniru tingkah laku kafir dan iblis melainkan kerosakan demi kerosakan
Walllahualam
Nasihat Petang Jumaat. Dari Hamba Allah Ta'ala.
Sama2 mengingati diriku jua.
Melayoo2 ngok pro Mamak kutty..aku bkn pro Najib or Zahid.
kalau setiap 1 jam kuar entry kutuk Najib dr kutuk DAP itu ko rase blogger gitu betul ke nk tlg politik Melayu?
kang ckp bodoh marah.. tp rase aku yg follow movement gitu sudah tahap bahlol. sila singkirkan Najib dgn undi tak percaya.. menyalak dlm blog boleh magic ke?
Ya.ya .pandai.pandai.nanti kita pakat pakat cari tongkang rohingya yg tinggal tu .bolehlah terjun lumpur ramai2.
Serang najib sbb sayang kan UMNO dan survival Melayu
Bodoh...ini standard practice yg diamalkan UMNO dan bnyk pertubuhan dari dulu lagi. Tugas presiden adalah mencari dana. Kalau seorang tu nak menyumbang secara senyap sudah pasti akan guna akaun trustee. Ini cerita mula mula...lepas tu angin takda ribut takda leluar cerita duit pergi ke Spore. Bang oi tuduh tanpa bukti itu fitnah. Mesti ada keterangan pegawai bank tahu cerita bukannya suka suka hati buat repot bodoh sampai ke oversea. Hal dana itu pengakuan TSMY.. Tapi yg part 2 duit ke singapore pulak cerita dari siapa? Pegawai bank mana ? Sekali lagi pro Tun M guna strategi hasut pemikiran rakyat. Bukti mana?? Kata ada pasang spy tapi takda bukti. Kantoi.
Oigidah. Hari tu Najib tolong jatuhkan Pak Lah tak de pun orang melalak pakai agama untuk defend Pak Lah. Pak Lah jatuh tak de pun Umno hancur. Tiba-tiba bila time Najib, Presiden serupa nabi pulak. Apa kebende. Sapa yang munafik, sapa yang akan kena bala Allah ni besok, sebetulnya.
Post a Comment