Alasan tersebut diberikan setelah DAP dan BERSIH gagal menjelaskan tentang punca dana yang mereka terima dari luar negara.
Dan kini, apabila Ketua Pemuda MCA bersetuju untuk menyertai BERSIH, malah tidak menghalang ahli-ahli MCA untuk menyertai demonstrasi BERSIH 4.0, sekaligus menampakkan 'kerjasama' daripada kalangan mereka yang sespesies Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang bersatu dalam perjuangan supremacy kaum mereka di negara ini.
DAP dan konco-konco mereka boleh memberikan pelbagai alasan untuk menutup perkara sebenar tetapi dari BERSIH 1.0 sehinggalah BERSIH 4.0, dari tahun 2008 sehinggalah sekarang, dari Projek Tanjung 1 sehinggalah kejayaan Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, semuanya boleh dilihat dengan jelas dan sangat ketara, terutama apabila suara golongan berkenaan semakin lantang dengan membuat pelbagai tuntutan.
Walau cuba diselindungkan, walau cuba diberikan pelbagai alasan dan pembohongan, yang sahnya, DAP berada di belakang semua ini. DAP
Dek kerana itulah, apabila Panglima Angkatan Tentera Malaysia memberikan jaminan bahawa ATM akan masuk campur sekiranya Putrajaya mengisytiharkan darurat kesan daripada huru-hara yang dilakukan oleh BERSIH 4.0, orang pertama yang memberikan reaksi sangat negatif adalah Lim Kit Siang, orang yang sama yang terlibat dalam rusuhan berdarah 13 Mei 1969.
Usaha untuk menjatuhkan kerajaan pada tahun 1969, juga dimulakan dengan mempertikaikan asas-asas negara ini termasuklah kedudukan orang Melayu-Bumiputera, Islam, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Dari tahun 2008 sehinggalah kini, isu-isu yang sama jugalah banyak dipertikaikan oleh DAP walaupun tidak lagi disambut secara aktif atau ketara oleh MCA dan GERAKAN seperti tahun 1969 dahulu. Bagaimanapun, dalam beberapa isu seperti sekolah-sekolah vernakular, mereka kelihatan sangat sepakat dan bersatu hati.
Beberapa pihak yang sebelum ini merupakan peserta aktif dalam siri demonstrasi anjuran DAP terutama sekali puak anarki, SAMM dan PAS, dikatakan tidak akan menyertai BERSIH 4.0. Namun DAP seperti tidak terkesan dengan kenyataan PAS dan SAMM yang tidak akan menyertai mereka.
Rasa-rasanya taktik sebegitu bukannya asing
1 comment:
yang duk berkuasa melayu umno apa depo buat bila tengok rumuh urut
pi urut sama ka
lepas medeka sapa bagi lesen buat kilang arak bagi tempat judi atas bukit
rancangan tv banyak menyalak selak sapa bagi kuasa tv buat macam tu
banyak cilaka ini puak lo
Post a Comment