Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, August 2, 2015

TUN MAHATHIR BUAT U-TURN DAN TIDAK PASTI AKAN TULIS LAGI TENTANG 1MDB!!!



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah membuat pusingan 'U' apabila beliau kini tidak pasti sama ada mahu terus menulis tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di blognya pada masa akan datang.

Beliau berkata, pada masa ini membincangkan tentang isu 1MDB telah dianggap sebagai satu jenayah dan tidak mustahil beliau akan dipanggil oleh polis jika terus menulis mengenai 1MDB.

"Saya tak tahu…saya kena fikir tentangnya kerana ia sangat serius.

"Saya mungkin akan dipanggil oleh polis untuk beri keterangan…saya tak rasa mereka akan masukkan saya dalam penjara lagi, tapi ada kemungkinan akan ditanya kenapa saya berkata begitu (tentang 1MDB)," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku ‘Mahathir Bukan Kawan saya’ di sini, Sabtu.

Dr Mahathir berkata sebagai rakyat Malaysia beliau akan akur kepada pendapat bahawa sebarang perbincangan tentang 1MDB adalah satu jenayah.

"Saya tak suka lakukan jenayah," katanya.

Pada 24 Julai lalu, Dr Mahathir berkata bahawa beliau akan terus menulis tentang 1MDB di blognya walaupun menyedari terdapat sekatan terhadap media, khususnya yang melaporkan tentang isu 1MDB.

Beliau berkata demikian selepas laman Sarawak Report disekat aksesnya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan akhbar The Edge digantung permitnya selama tiga bulan kerana berterusan memainkan isu 1MDB dalam laporan-laporannya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai perbezaan kebebasan media ketika zaman pentadbirannya dengan zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beliau mengamalkan kebebasan media pada zamannya tetapi terdapat media yang dilihat seolah-olah menyekat diri mereka sendiri daripada menulis secara bebas.

"Seolah-olah mereka tak nak menyakitkan hati pemimpin, ini tabiat (media) yang kita dapati di Malaysia.

"Media arus perdana selalu berhati-hati, berfikir tentang apakah pemerintah suka atau tidak tulisan mereka," katanya.

Jelasnya, sama ada media itu menyokong kerajaan atau sebaliknya, pembaca boleh membuat satu penilaian antara pemikiran pemberita dan rakyat terhadap kerajaan.- MSTAR ONLINE


2 comments:

Anonymous said...

Eloklah,lebih baik TUN duduk diam2 banyak beristighfar dan buat solat taubat banyak2 kerana takut soalan Tun akan menyebabkan terpalit balik ke TUN.yalah soalan bodoh mcm bagaimana anak2 TUN boleh jadi jutawan,atau kenapa YTL suka sangat taja Birthday TUN,bla.bla so takut terpaksa lah TUN senyap kan.

Anonymous said...

dia menyindir je... reporter otai yang biasa cover dia dulu akan tahu perangai dia..tapi reporter generasi baru tak tau... so lapor je apa yg dia cakap...

 
Blogger Templates