Ingat lagi bagaimana DAP dan PKR begitu beria-ia menuduh SPRM tidak telus, kejam, zalim, berpihak dan seribu satu macam label yang diberikan ekoran kematian Teoh Beng Hock. Siasatan berhubung penyelewengan yang dilakukan oleh Ean Yong Hian Wah pun, terhenti selepas itu ekoran kematian Teoh Beng Hock yang terjun dari tingkat 14 yang menempatkan pejabat SPRM Selangor?
DAP berjaya menutup isu penyelewengan dan skandal melibatkan Ean Yong Hian Wah yang pada waktu itu merupakan Exco Negeri Selangor dengan memberikan publisiti besar-besaran ke atas kematian Teoh Beng Hock.
Begitu juga dengan kematian seorang pegawai Kastam yang disoalsiasat di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan. Kali ini, PKR pula menjadi hero menghentam SPRM secara habis-habisan.
Beberapa orang pegawai SPRM telah dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis berhubung pembocoran maklumat 1MDB. SPRM sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa wang RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi Najib Abdul Razak yang telah ditutup pada tahun 2013, bukannya wang 1MDB.
Dengan kata lain, bukan wang rakyat atau wang pembayar cukai. Sebaliknya wang tersebut merupakan political fund dari Timur Tengah yang didermakan kepada UMNO-BN menerusi Najib Abdul Razak.
Kaum berotak sekerat sedang berusaha menggambarkan wang RM2.6 bilion tersebut sebagai wang negara yang telah dirembat oleh Najib Abdul Razak. Apabila pengisytiharan dibuat oleh SPRM menidakkan fitnah dan tohmahan yang mereka lakukan, kini mereka cuba 'menang' dari segi lain pula dengan mendesak agar Najib mendedahkan sumber dan motif derma berkenaan.
Pada masa yang sama, tiada sebarang undang-undang di negara ini yang memerlukan mana-mana entiti politik mendedahkan sumber dan derma kepada mereka. Malah usul yang dibuat oleh Najib Abdul Razak di Parlimen agar setiap parti politik mendedahkan sumber dan dana pilihanraya mereka, telah ditentang keras oleh PKR dan DAP.
Hari ini, Azmin Ali cuba meredahkan tekanan kepada PKR apabila berkata, PKR bersedia untuk menyokong usul Najib Abdul Razak. Beberapa hari lepas pula, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pula menzuhudkan PKR dengan menyatakan, PKR hanya memperolehi pendapatan daripada potongan gaji ADUN dan Ahli Parlimen PKR selain kutipan derma menerusi jualan tiket dan meja makan.
DAP langsung tidak berani menyatakan apa-apa tentang sumber dana politik mereka. Netizen terutama di Facebook sekarang ini sedang melakukan desakan agar DAP berterus-terang dengan menyebarkan infografik berhubung pihak yang menaja serta mendermakan dana politik kepada DAP.
Pertanyaan bagaimana DAP dan PKR mampu berkempen dan menjalankan aktiviti politik sepanjang beberapa tahun ini tanpa surut-surut tanpa dana, kekal misteri.
Daripada begitu membenci SPRM yang hampir berjaya mendedahkan bagaimana DAP memperolehi sumber kewangan mereka, tetapi 'diselamatkan' oleh kematian Teoh Beng Hock, kini secara tiba-tiba DAP dan PKR cuba 'menebus dosa' mereka dengan memberikan sokongan kepada SPRM.
Lebih menarik lagi ialah, sokongan tersebut diberikan agar SPRM mengisytiharkan perang besar-besaran ke atas PDRM.
3 comments:
Jangan dok spin kes Teoh Beng Hock pulak. Sekarang 1Malaysia, tak kira DAP, PKR, UMNO dll semuanya menentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin kerajaan. Suara rakyat sudah tidak diendahkan lagi. Semua menteri pun dah jadi pak hanggok saja. Masing-masing nak jaga pangkat dan jawatan. Amanah yg diberikan rakyat sudah dilupakan.
TEOH BENG KOCK DIKATAKAN DIBUNOH SPRM. BEGITU YAKIN. SAMPAI ADA ORANG ISLAM IKUT TERHANGGUK2 SAMBIL PEGANG LILIN. DAP PENGKUCAR KACIR NEGARA APA KURANGNYA. GUNA APA SAJE MUSLIHAT NAK JATUHKAN NAJIB DAN PEMERINTAHANYA. LEPAS 1MDB. APA LAGI. TUNGGU........
Syooohhh.. nah aku baling tulang.. ko pi berambus jilat tulang RBA DAPigs main kat Soros kini sudah.. takde semua orang yang bodoh
Post a Comment