Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, September 19, 2015

AMANAH KEPALA HOTAK APA... MENCURI DAN MENIPU SAHAJA KERJA PUAK-PUAK MAT SABU NI!!!


Kalau hati dah busuk, perangai dah memualkan, memang sampai bila-bila pun ianya tidak boleh diubah dan diubat. Ia samalah seperti Anwar Ibrahim dipecat dan disingkirkan dari UMNO dan kerajaan, berjuang di jalanan sambil melaung-laungkan keadilan, amanah, bersih dan anti-rasuah tetapi hakikatnya perjuangannya adalah untuk menghalalkan seks melalui lubang dubur dan sesama jantan.

Begitulah juga dengan Mat Sabu dan konco-konconya yang didalangi dan khabarnya menerima 'penajaan' daripada DAP untuk menumbangkan pucuk pimpinan PAS semasa pemilihan lepas, tetapi kesemua mereka kecundang teruk, menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk keluar dari PAS dan menubuhkan parti baru yang kemudian diberi nama Parti Amanah Negara, walaupun ada juga pihak yang menambah perkataan 'Tanah Air Tercinta' di belakangnya.

Parti Amanah Negara (PAN) belum pun diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan. Namun disebabkan puak-puak ini tidak ada undang-undang melainkan undang-undang mak bapak dan tok nenek mereka sahaja, maka peraturan dan undang-undang tersebut dilanggar sesuka hati.

Pendek kata, kalau ada kaitan dengan DAP, apa-apa sahaja pun boleh dilanggar. Samalah seperti DAP yang mesyuarat CECnya sampai ke hari  ini tidak selesai, tetapi Lim Kit Siang terlalu menyibuk dengan UMNO yang menangguhkan pemilihan.

PAN secara asasnya adalah parti pencuri, pencilok dan penipu.


Walaupun mereka cuba mempermain-mainkan hukum sumpah dan takliq mereka sendiri dengan penebusan ciptaan sendiri iaitu Kenduri Kafarah dengan memberi makan anak-anak yatim dan orang miskin, hakikat yang tidak boleh diubah ialah, puak-puak ini sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menyukakan hati para pemimpin DAP.

Sebab itulah, tiada seorang pun pemegang jawatan selaku ADUN atau Ahli Parlimen di kalangan para pemimpin PAN, yang meletak jawatan selepas memenangi DUN dan Parlimen atas tiket PAS. Sebaliknya mereka pula yang menyalahkan PAS kerana memaksa mereka bersumpah takliq ketika pencalonan. Malah disebut pula, PAS akan hancur kerana terus mengamalkan sistem sumpah takliq yang mengelakkan ADUN-ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen yang menang atas tiket PAS, melompat masuk ke parti lain.

Terbaru, bekas model yang memeluk agama Islam pada tahun lepas, Felixia Yeap mengamuk sakan apabila gambarnya telah digunakan untuk mempromosikan PAN. Felixia dalam kenyataan ringkasnya memberitahu, dia tidak berminat dengan mana-mana atau kegiatan politik. Justeru, dia meminta agar gambarnya tidak digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan publisiti untuk PAN.

PAN mencuri dan merompak...

Itu adalah hakikatnya.


Asalnya mereka menggunakan bendera kedua PAS yang telah diubah warna menjadi warna jingga. Tetapi kemudian menukarkannya menjadi bendera yang menyerupai bendera parti sosialis rakyat pada tahun 1950-an yang dibezakan dengan cangkul dan warna hijau.

Terkantoi kerana menciplak dan tidak kreatif, PAN menukar logonya. Bagaimanapun, sama seperti sifatnya yang suka mencuri, kali ini PAN mencuri pula logo sebuah stesen televisyen yang berpangkalan di Chennai, India iaitu INAYAM.

Menariknya, walaupun sudah terkantoi, masih juga dipertahankan bahawa logo dan bendera itu adalah ciptaan mereka tanpa menciplak mana-mana medium. Semuanya SECARA KEBETULAN.

SECARA KEBETULAN kepala hotak depa!

Kalau dah jenis mencuri tu, apa dibuat pun, mencuri sajalah kerja mereka!




1 comment:

Anonymous said...

yang sebenarnya (kot), wang upah pihak cipta logo telah dikebas... tiba2 timbul isu ciplak ni... duit dah kebas, isu baru timbul... mau tak mau terpaksalah buat2 tak mengaku .... yang diberi hak cipta logo pun geng kroni dia orang jugak... elok lah, belum apa2 dah pakat2 kebas duit parti... memang sesuai dgn presiden dgn isu tabung memalinya ha ha ha!!!

 
Blogger Templates