Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, September 8, 2015

BAJU MERAH DAN HIMPUNAN BERSATU RAKYAT, BUKANNYA RASIS TAPI NAK TUNJUK SOKONGAN, KATA CIKGU ZAIDI!!!



Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh yang pernah menimbulkan kontroversi dengan DAP, Mohd Zaidi Mohd Said atau lebih dikenali sebagai Cikgu Zaidi berkata, perhimpunan Baju Merah yang kini dilabelkan oleh DAP sebagai provokasi ke atas Cina, tidaklah rasis sebagaimana yang didakwa sebaliknya merupakan perhimpunan golongan yang menyokong kerajaan.

Itu yang ditulis oleh Malaysiakini yang mana laporan mereka boleh dipertikaikan kebenaran kerana kerapkali memutarbelitkan kenyataan sebenar demi memburukkan individu dari UMNO dan Kerajaan Malaysia. (RUJUK SINI)

Menurut portal yang kerap memesongkan fakta itu, Cikgu Zaidi telah berjanji hampir 1000 orang daripada Bahagiannya akan datang ke Kuala Lumpur dan meninggalkan Pulau Pinang pada 15 September dengan menunggang motosikal.

Selain berjanji bahawa orang-orangnya tidak akan melanggar sebarang undang-undang, Cikgu Zaidi juga berkata, "Ini hanyalah perhimpunan untuk menyokong kerajaan. Bukannya rasis."

Cikgu Zaidi juga menggesa parti-parti komponen Barisan Nasional untuk hadir tanpa bersatu hati dengan UMNO.

Apabila diminta komennya tentang Ketua MCA Pulau Pinang, Chew Mei Fun yang mengatakan, partinya amat berharap tiada sebarang himpunan di mana-mana bahagian di negara ini pada Hari Malaysia, Cikgu Zaidi berkata, setiap parti mempunyai peranan mereka tersendiri dan perlu fokus kepada peranan tersebut.

"Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab sendiri. Chew Mei Fun turut mempunyai peranannya iaitu memastikan masyarakat Cina kembali menyokong BN. Sebagai pemimpin UMNO, saya mempunyai tanggungjawab kepada BN untuk mendapatkan sokongan Melayu. Jadi, lebih baik kita buat kerja kita sendiri. Itu yang terbaik."

Perhimpunan Baju Merah 'MARUAH MELAYU' dibuat sebagai tindak balas kepada Demonstrasi BERSIH 4. pada 29-30 Ogos yang antara lain menuntut agar Najib Abdul Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Berdasarkan kepada pemerhatian dan laporan media sosial, pemimpin-pemimpin Melayu dari UMNO dan PAS telah dihina dan dicemuh pada Demonstrasi BERSIH 4.0, yang turut menyaksikan hampir 95% peserta demonstrasi adalah berbangsa Cina. Demonstrasi BERSIH 4.0 didakwa didalangi oleh DAP.

Himpunan Baju Merah telah diharamkan oleh polis atas alasan keselamatan tetapi Demonstrasi BERSIH 4.0 juga mempunyai status yang sama, tetapi sehingga ke hari ini tiada sebarang penguatkuasaan dibuat ke atas penganjur dan peserta BERSIH 4.0.

7 comments:

Anonymous said...

Nampaknya ada orang dari kalangan DAP cuba memburuk-burukkan perhimpunan Rakyat 16 September. Apapun, jangan jadi seperti BERSIH yang melanggar Akta Perhimpunan Awam.

Anonymous said...

ismaweb.net :"Kementerian siasat dakwaan SJKC tidak dibenar jawab UPSR dwibahasa"....inikan Malaysia apa salahnya jawab dalam Bahasa Malaysia.

Anonymous said...

Lancau lah kalau kata nak tunjuk sokongan. Nak adakan pemilihan UMNO pun tak berani. Kalau betul2 nak tunjuk sokongan bubarkan parlimen tengok apa jadi kat si Bangsat tu.

Anonymous said...

Itu yang aku masih tak faham.. kalau Melayu UMNO buat tak boleh dan kena tindakan serta merta.. tapi kalau pembangkang buat... lepas 2-3 minggu senyap begitu sahaja..

Anonymous said...

Telur Ada ka malayau? Gua mau tengok sapa ada turun. Sampai Petaling street kita kasi rm5 lu orang diam la balik minum kopi

Anonymous said...

Cina dah pegang POLIS

Unknown said...

Lu boluh

 
Blogger Templates