Kata Lim Guan Eng lagi, DAP perlu terus berada di dalam Kerajaan Negeri Selangor agar PAS tidak mengimplementasi polisi-polisi yang 'tidak sesuai' dengan penduduk Selangor. (RUJUK SINI)
Keputusan Lim Guan Eng itu sepatutnya menjadi teladan kepada parti-parti yang mempunyai umat Islam di dalamnya. Lim Guan Eng dan DAP yang hampir kesemua pemimpin utamanya adalah Katholik dan Cina, mempertahankan polisi mereka untuk kepentingan Cina.
Biar rosak seluruh masyarakat, asalkan perniagaan Cina tidak terjejas. Biar jahanam seluruh negeri, asalkan penjualan arak, pelacuran, judi dan sebagainya tidak muflis.
Semua perniagaan yang melibatkan perkara-perkara tersebut dianggap sebagai SESUAI dan merupakan CARA HIDUP masyarakat moden.
Sebarang usaha untuk mengekang umat Islam daripada terlibat sebagai pelanggan dan pengguna industri-industri haram itu, akan ditentang oleh DAP dengan segala macam alasan yang tidak dapat diterima akal, terutama sekali di sebuah negeri dan negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.
Anehnya, DAP tidak pula dapat menerima sebarang bentuk usaha daripada masyarakat Islam di dalam masyarakat yang dikuasai oleh mereka. Malah DAP sendiri tidak pernah menggalakkan integrasi nasional yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan sebaliknya mahu masyarakat majoriti menerima ketuanan DAP dan chauvinisme mereka.
Perhatikan bagaimana para pemimpin DAP yang mendabik dada mereka adalah RAKYAT MALAYSIA dan CINTAKAN MALAYSIA, tetapi mereka sangat mementingkan sistem pendidikan vernakular yang berteraskan Cina!!!
1 comment:
DAP berani kerana Melayu bangsat telah mereka beli. Melayu2 tu dah tak boleh buat apa dah, sanggup tubuh parti baharu demi menyelamatkan dan memertabatkan DAP. Kita harap dan berdoalah agar Allah dapat menyedarkan orang2 Melayu, pengikut parti2 Melayu yang bersekongkol dengan DAP agar kembali kepangkal jalan dengan tidak menyokong perjuangan berkaitan DAP
Jelas sangat sekarang permainan DAP, menghina Melayu dan Islam, memecahbelahkan perpaduan Melayu, menyanggah institusi/ organisasi milik Melayu dan bumiputra, kini merekrut Melayu menjadi ahli mereka dan percayalah bahawa mereka hanya menunggu masa dn ketika bila mereka sudah dapat bilangan dan personaliti Melayu yang mencukupi maka ketika itu Melayu PAS, PKR dan PAN akan ditendang macam bola je, percayalah
Post a Comment