Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, September 8, 2015

DENGAN PANTAS, NURUL IZZAH NAK SAMAN NST DAN BERITA HARIAN KERANA SIARKAN 'BERITA PALSU'!!!



Dengan pantas, Nurul Izzah cuba menepis persepsi awal dengan menyatakan kemungkinan dia akan membuat saman fitnah ke atas New Straits Times dan Berita Harian kerana menyiarkan laporan tentang tawarannya kepada Xavier Justo untuk pembelian data-data curi 1MDB dengan harga USD2 juta dalam bentuk kontrak masa hadapan sekiranya PKR berjaya menggulingkan Kerajaan Malaysia.

Alasan yang diberikan oleh Nurul Izzah ialah, dia tidak pernah berjumpa dengan Xavier Justo. Jadi, kalau dia tidak pernah berjumpa Justo, bagaimana dia boleh berurusan dengan Justo terutama dengan tawaran USD2 juta.

Sebaliknya Nurul Izzah cuba mengalihkan topik utama yang dibangkitkan oleh akhbar-akhbar tersebut dengan bertanyakan tiga soalan yang disiarkan oleh Free Malaysia Today. Sekaligus membenarkan juga kenyataan dan maksud awal artikel pendedahan yang disiarkan oleh NST dan Berita Harian.

Berak tengah jalan, mana ada sesiapa nak mengaku.

Sedangkan bapanya dengan kes yang sangat terkenal itu pun, tidak mengaku walaupun segala bukti dan fakta dibentangkan di mahkamah, malah walaupun peguam-peguamnya sendiri menyatakan 'ITU ADALAH ISU SUKA SAMA SUKA', tetapi sampai ke sudah menyatakan ia bukanlah satu kesalahan. Malah sanggup pula menggunakan segala saluran untuk melepaskan diri, termasuklah berceramah selama dua jam di kandang orang salah tanpa memberikan sebarang bukti dan sokongan agar dia didapati tidak bersalah tanpa memberi peluang dan kebenaran untuk disoal balas.


Tapi eloklah juga Nurul Izzah menyaman. Dan harap-haraplah juga, samannya itu nanti turut akan menyeret log WhatsApp yang telah menyebabkan Tony Pua terkantoi dan terpaksa mengakui dia adalah broker yang menemukan Clare Rewcastle-Brown dengan Xavier Justo.

Sesuatu yang perlu DIPUJI dan DIBERIKAN PERHATIAN dalam kes ini ialah KECEPATAN Nurul Izzah dan puaknya menghapuskan persepsi awal dengan membuat tindakan dan saman balas tanpa menunggu lebih banyak isu dibahaskan dan dibincangkan sampai meleret-leret. Soal betul atau tidak, jawapannya sudah ada iaitu TUNGGU KEPUTUSAN MAHKAMAH.

Menang di mahkamah adalah bonus kepada Nurul Izzah. Kalau tak menang pun, proses perundangan yang mengambil masa yang sangat lama, pasti telah membuatkan sebahagian daripada masyarakat terlupa perkara asal seperti dalam banyak kes-kes melibatkan para pemimpin PKR dan DAP sebelum ini.

Alangkah baiknya jikalau pemimpin UMNO dan BN berfikiran serupa tanpa perlu membuat spekulasi dan konklusi awal seperti sekarang!!!


5 comments:

Anonymous said...

Yang pasal sampah 65 000 kat bawah tu saman sahaja cina lancau itu. Tidak payah nak cerita meleret leret.

labi said...

molep dh tu saman, jgn ckp je.. sbb skrg ni bnyk mnteri half cooked..

Anonymous said...

Kebenaran tetap akan mendapat keadilan.
Segala pekung pembangkang akan terkeluar dengan sendirinya.

Anonymous said...

kalau nak saman jangan tunggu lama lama
nanti tak jadi
bn memang haprak pun dah lama dah

Anonymous said...

Sdr,
Hanya orang yang berfikiran matang saja yang tahu masa bila nak saman atau tidak.Orang yang mengelabah saja bila terima berita yang mengaibkan bagi diri mereka terus kata saman.
Perjalanan perbicaraan memakan masa yang lama dan kos yang tinggi,belum tentu menang lagi,bayaran kos guaman,makhamah,kes ditangguhkan adalah satu perkara lazim.Setakat kes fitnah memfitnah ini,apabila kes selesai,topik pun dah sejuk,tak relevan lagi pada keadaan semasa.
Tapi,ingat,jangan kes jenayah sivil,walau berapa lama sekali pun jika didapati bersalah,hukuman perlu dijalani.Kes terbaik..sodomi DSAI.

 
Blogger Templates