Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, September 13, 2015

KENAPA SAMPAI SEKARANG, TIAN CHUA TIDAK PERNAH DIHERET KE MAHKAMAH KERANA GAMBAR PALSU?




Isu Altantuya yang cuba dikaitkan dengan Najib, kembali didendangkan. Biarpun, tiada sesiapa pun yang dapat menampilkan bukti termasuklah hujah yang kononnya Altantuya adalah seorang penterjemah yang hakikatnya, bukan sahaja Bahasa Inggerisnya sangat teruk, bahkan Altantuya bukanlah seorang penutur atau pemaham Bahasa Perancis, namun isu tersebut terus dimainkan sebagai usaha untuk menjatuhkan Najib dengan cara paling mudah.

Salah seorang penfitnah paling tegar dalam isu ini, bahkan gambar yang diciptanya kekal digunakan sebagai 'BUKTI' adalah Tian Chua.


Tian Chua dalam satu perbicaraan mengakui dia adalah pencipta gambar palsu tersebut. Dan dia sangat bangga dengan ciptaannya. Alasan yang diberikannya ialah, gambar itu dicipta untuk 'mengingatkan' rakyat Malaysia dengan isu Altantuya dan Najib. (RUJUK SINI)

Sudah 8 tahun isu ini berlegar-legar di alam maya dan pentas-pentas ceramah. Setakat ini, walaupun sudah banyak penafian dibuat, namun isu tersebut tetap juga digunakan untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak.

Dan lebih menarik, dengan perkembangan masakini, segolongan orang dan pemimpin UMNO sendiri turut menggunakan isu tersebut untuk mendapatkan sokongan bagi tujuan mereka 'mengundurkan' Najib.

Terlalu banyak tolak ansur, menyebabkan persepsi jahat yang ditanam, telah diterima sebagai satu kebenaran.


Mengapa sehingga ke hari ini, Tian Chua yang terlibat dalam banyak kes, tidak diheret dan dikenakan tindakan undang-undang? Mengapa Tian Chua terlalu kebal daripada tindakan undang-undang negara ini? Malah walaupun pengakuannya dibuat di mahkamah, ianya masih tidak dapat mensabitkan Tian Chua untuk tindakan undang-undang sebagai pengajaran kepada para subversif di negara ini?

Sudah 8 tahun... dan sudah 8 tahun juga, nampaknya penguatkuasaan undang-undang hanyalah satu bentuk permainan yang amat menjengkelkan!!!

4 comments:

Anonymous said...

apa jadi dgn Kes lahad datu yg babitkan dia?
apa jadi semua penipuan dia??
sy setuju dgn admin..
masa sudah berubah.. pemimpin melayu islam kena pertahankan diri. walaupun sebenarnya kita ni berlebih kurang sesama manusia.
tetapi kalau dah sampai ke tahap menjadi masalah negara.. maka pihak berwajib.. mesti mengambil tidakan sambil menpertahankan diri.
salah satu pertahanan yg baik adalah menyerang.
penipu2 mesti di bendung dan mesti didiamkan serta merta. tiada lagi tolak ansur!!

Anonymous said...

Tian Chua punya kaitan yang sangat rapat dengan George Soros...tidak mustahil sebahagian dari para hakim (tidak semua) dan kebanyakan peguam berada dalam genggaman Soros. Itu dari pandangan mata rakyat bawahan seperti saya. Betulkan jika saya tersilap.

Anonymous said...

Loyar2 kat malaysia nih semue org die jugak...

Anonymous said...

Tu pasallah PM paling bengut dlm sejarah Malaysia ni perlu di lesing keluar ! Dia lah punca segala kebejatan yg berlaku sekarang ni termasuk perlekehkan undang undang oleh puak puak subversif mcm Tian Chua ni.

 
Blogger Templates