Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, September 13, 2015

PETALING STREET TUTUP SEHARI SEPANJANG HARI DEMONSTRASI HIMPUNAN BAJU MERAH!!!



Mungkin sangat elok kalau lebih banyak perhimpunan diadakan di Petaling Street dan Bukit Bintang.

Ini adalah kerana, setiap kali PKR dan DAP mengadakan demonstrasi di kawasan orang Melayu berniaga, para pemuja mereka akan mengeluarkan hujah bebal kononnya demonstrasi telah merangsangkan perniagaan dan membuatkan penjaja gerai kaya-raya kerana jumlah pelanggan yang mendadak naik.

Sudah banyak kali demonstrasi yang melibatkan PKR dan DAP diadakan di kawasan tumpuan aktiviti perniagaan orang Melayu di Kuala Lumpur terutama sekali dengan menjadikan Masjid Jamek sebagai pengkalan mereka. Walaupun di sebalik keuntungan yang dicanangkan oleh pemuja-pemuja DAP dan PKR, hakikatnya lebih ramai yang mengeluh tentang gangguan ke atas aktiviti perniagaan mereka kerana yang berdemonstrasi bukannya mahu membeli belah seperti yang didakwa, sebaliknya mereka datang berhimpun beramai-ramai untuk tunjuk perasaan.


Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee berkata, keputusan menghentikan aktiviti perniagaan di Petaling Street pada 16 September dilakukan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada 5 September lepas.

773 penjaja dan 500 pekedai di Petaling Street bersetuju untuk menghentikan perniagaan selama sehari pada 16 September ini. (RUJUK SINI)


Menariknya, walaupun sebelum ini dalam demonstrasi-demonstrasi sama yang dianjurkan oleh DAP dan PKR, puak di Petaling Street tidak pula melakukan gesaan agar demonstrasi dihentikan atau dibatalkan, tetapi untuk Himpunan Baju Merah, bukan kata gesaan lagi, bahkan sehingga sanggup menyembah YDP Agung padahal institusi raja-raja Melayu itulah juga yang mereka benci sangat.

Sepatutnya lebih banyak demonstrasi dibuat di kawasan Petaling Street selepas ini. Jangan asyik-asyik di kawasan Melayu sahaja, sampaikan himpunan terbesar Cina atas nama BERSIH 4.0 pun buat kat kawasan Melayu. 


7 comments:

Anonymous said...

Ini saya sgt sokong. Rasenye ini baru adil.

Anonymous said...

Biasalah puak puak opportunist nak mampus ni bila tiba periuk nasi diaorang diorang jaga macam sial.

Orang lain rugi tak pe, tindakan pula LEMBAB! Apa mereka takut??

Anonymous said...

Tutup sampai qiamat lagi bagus...

Bangsa Negara said...

Sibuk nak perbetulkan UMNO dulu lah x da masa nak demontrasi insyaallah semuanya selesai kami cari cara utk perpaduan kaum, perniagaan, pendidikan & ekonomi org Melayu serta Bumiputera Sabah, Serawak.

Anonymous said...

Hari Malaysia memang public holiday pon...bawak2 la tutup, respect Malaysia.

Anonymous said...

Mmg dorang sneaky. Bila perhimpunan bersih yg tak bersih d buat d jln tar yg ramai perniaga muslim bila time diorang mereka BERSATU sengaja tutup. Dasar pengecut. Baling batu sorok tangan. Bangsa tak guna buat baik. Melayu2 ni pon kadang mmg bangang.

Rip Whathell said...

Mereka mengaku rakyat malaysia namun menuntut adanya china town dan little india. Adake cina town kat cina ke hongkong ke. Cina town cuma ada kat negara yg bangsa cina minoroti dan bukan warganegara. Agaknya mrka memang rasa camtu kut. Lagi pulak org kuli hitam kat us oun tak minta african town atau african heritage school. Tu yg pelik tu apalagi yg mereka mahu?

 
Blogger Templates