Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, September 3, 2015

MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR ARAH NAJIB BELA DIRI KERANA BERBELANJA LEBIH SEWAKTU PRU-13!!!



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan pembelaan terhadap saman berbelanja lebih pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang difailkan pembangkang.

Selain Najib, tiga lagi yang diarahkan berbuat demikian ialah Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peguam Najib, Choo Shi Jiu yang hadir bersama Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, anak guamnya perlu memfailkan pembelaan itu 1 Oktober.

Choo berkata, pengurusan kes selanjutkan akan dilakukan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Wahab pada 9 Oktober, lapor The Malaysian Insider.

Manakala, Tengku Adnan diberi tempoh sehingga 15 September, 1MDB sehingga 14 September, manakala SPR diberi tempoh sehingga 14 September untuk mengemukakan pembelaan mereka.

Pada 12 Ogos lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memfailkan saman itu kerana Najib menggunakan dana RM2.6 bilion melebihi had yang dibenarkan dalam PRU13.

Saman sivil itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi peguam Tommy Thomas.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pengakuan Najib bahawa RM2.6 blion untuk dana pilihan raya ternyata melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya.

“Ternyata, RM2.6 bilion yang digunakan ini melebihi 26 kali ganda had yang dibenarkan seperti digariskan oleh undang-undang Malaysia,” kata Nurul Izzah. (FMT)


4 comments:

Anonymous said...

saidina Ali pun di adili didepan hakim dituduh mencuri topi
inikan pulak kes macam ni jawapla
belajar bela diri dimahkamah
jangan takut kalau tak salah

Anonymous said...

Sebagai pemimpin kena berani menjawab jika dipanggil. Jgn la nak lari@amik mc pulak nanti.TUN M pun pdrm nak amik percakapan pas dia blik dari luarnegara..igp yg ckp kt tv3 suku smlm. Rasanya TUN M Xde masalah sape2 pun nak panggil dia sbb dia jenis jantan yg bertelor...

Anonymous said...

Maka UMNO Selangor bolehlah berkira-kira menyaman DAP dan PKR yang menang guna aset dan duit RM37.65 Bilion rakyat Selangor!

Anonymous said...

Wassalam. Alhamdulilah kebonaran akan dapet diketahui tak lamo lagi. Sepandai pandai tupai melompat ......... ketanah juo. Lopes ni 1MDB pulo kito nak kan kepastian bukan omong kosong. Banyak yg jadi tukang cakap Najib tapi semuo penipu borlako. Termasuk TPM. Dio kato dah nampak cek-what kind of a rubbish is that? Does he know that when the cek is remitted there is no chnace of u seeing it unless the cek bounce. And when did Njib show the cek to him? Even Muhyyidin did see it. What a load of rubbish-Zahid kalo nak bodek pun jangan menipulah.

 
Blogger Templates