Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, September 3, 2015

SEJAK BILA TRANSPARENCY INTERNATIONAL TAK KUTUK MALAYSIA WALAUPUN WAKIL YANG BERCAKAP DATANG DARI NEGARA PALING RASUAH DI DUNIA?!!!



Ada puak yang bertepuk tangan sambil bersorak sana sini dan memanjangkan hujah Jose Ugas yang mewakili Peru dalam satu majlis Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) mempersoalkan Perdana Menteri Malaysia dan 1MDB.

Gambaran yang diberikan oleh wakil dari Peru itu ialah, Malaysia sangat rasuah. Najib adalah pengamal rasuah. 1MDB adalah rasuah serta penyelewengan.

Dan puak-puak yang selama ini mengecop label-label tersebut ke kepala Najib dan 1MDB, bersorak sakan sambil berkata, Najib telah memalukan negara di pentas antarabangsa apabila perangai hodohnya itu sudah menjadi buah mulut rakyat antarabangsa.

Menariknya juga, mereka terlupa bahawa ranking Peru dari segi indeks rasuah berbanding Malaysia jauh lebih teruk. Dan diketahui juga, Peru tidak pernah membangun walaupun sudah bertukar-tukar Presiden termasuklah Fujimori yang disifatkan sebagai antara raja perasuah terbesar dunia bersama-sama anak perempuannya.

Penjelasan tentang 1MDB telah diberikan oleh pihak berkenaan dari semasa ke semasa. Semua tuduhan yang dibuat, termasuklah oleh bekas Perdana Menteri Malaysia telah dijawab satu persatu. Bahkan ketika Tony Pua mengitar semula soalan yang sama buat kali ke-38, Arul Kanda dan 1MDB masih tetap menjawabnya dengan nada sama.

Sehingga setakat ini, yang ada hanyalah tuduhan demi tuduhan. Walaupun telah dijawab, tetapi memandangkan jawapannya tidak bersesuaian dengan jiwa dan kehendak mereka, soalan-soalan dan tuduhan-tuduhan kitar semula terus diperdengarkan.

Anehnya pada zaman Mahathir sebagai Perdana Menteri, tatkala Al-Gore mengutuk Malaysia di hadapan muka Dr. Mahathir sendiri, rakyat Malaysia bersatu hati membenci Al-Gore walaupun pada masa yang sama, sebahagian kuat yang menyokong Anwar Ibrahim, menyambut baik seranah Al-Gore yang amat biadap itu.

Begitu juga apabila keakraban Dr. Mahathir dengan Robert Mugabe, Presiden Zimbabwe pada ketika itu walaupun Mugabe juga sangat terkenal dengan perangai rasuahnya, tiada pula para penyokong yang menamakan diri mereka sebagai Pro-Tun sekarang ini mengutuk dan membencinya.


Demi kerana kebencian terhadap Najib, campurtangan asing dan tunjuk ajar luar, telah diterima pakai oleh golongan yang mengaku mereka mencintai negara.

Justeru apa bezanya mereka dengan Cina-DAP yang keluar beramai-ramai pada 29 dan 30 Ogos lalu yang memberikan alasan, mereka berdemonstrasi kerana cintakan negara, walaupun pada masa yang sama, mereka jugalah yang paling kuat mengutuk demonstrasi di Pulau Pinang, malah menyokong kuat tindakan Lim Guan Eng yang tidak ambil masa yang panjang mengerah polis untuk menyekat dan membubarkan demonstrasi tersebut.

Sang Rajuna Tapa yang membuka pintu kota untuk tentera musuh menyerang kerajaannya, dan Raja Mudeliar bersama-sama Nina Katu yang seronok melihat kedatangan tentera-tentera upahan Portugis yang mendapat kerjasama dan bantuan daripada jong-jong pedagang Cina di Pelabuhan Melaka, kini muncul dalam bentuk dan pengakuan kononnya mereka mencintai Malaysia.

Ironinya, sebahagian besar daripada kepimpinan yang kuat menyalak itulah juga, manusia yang paling banyak terlibat dalam kegiatan salah guna kuasa dan mendapat projek serta laba besar dari UMNO di bawah Najib sebelum disekat dan mereka meluahkan kemarahan dengan alasan SAYANGKAN NEGARA, SAYANGKAN UMNO!!!



4 comments:

Anonymous said...

biasa la geng pembangkang ni...
janji mat saleh haptak cakap.. semua betui dan semua hebat..
tapi tak tau fakta sebenar..
geng malaih nak pikiaq.. telan ja
kena tipu hidup2 dgn bangla 40k pu. .. 'yes bos' kami percaya lagi.. sedangkan dia yg menipu ni lah yg nk diangkat jadi pm..

Anonymous said...

AMPU LAH SELAGI BOLEH...

Anonymous said...

Najib memang rasuah, tak kan nak duduk diam saja. Nama pun persidangan rasuah, kat Malaysia pulak tu. Hanya yang masih tak faham definasi rasuah yang masih menafikan ianya bukan rasuah.

Anonymous said...

ANON 5:48PM MEMANG TEPAT KOMEN SDRA DAN SELARI DENGAN REAKSI 130 NEGARA PESERTA IACC. LIHAT GUATEMALA KONGRES MEREKA TARIK BALIK IMUNITI PRESIDEN, SIASAT DULU - BARULAH BERMARUAH.

 
Blogger Templates