Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, September 6, 2015

MISTERI DAN PERSOALAN... ILMU APA YANG AZMIN PAKAI, SAMPAI SEMUA YANG TERKELUAR ANAK TEKAK TENTANG RM2.6 BILION NAJIB, TIBA-TIBA JADI BATU DAN KETUL TAIK?



Apa sudah jadi dengan RM7.65 bilion?

Mengapa langsung tidak ada suara atau sebarang siasatan?

Mengapa alasan yang diberikan oleh Azmin Ali boleh diterima dengan senang hati iaitu DEIG belum lagi berfungsi, tetapi persoalan bagaimana DEIG telah mengeluarkan bonus, bayaran zakat dan sebagainya yang menunjukkan kewujudan dan operasinya, tidak dipertikaikan?

Mengapa hanya Khalid Ibrahim dan Budiman Zohdi sahaja yang bercakap tentang DEIG?

Mengapa isu DEIG, Azmin Ali dan RM7.65 bilion tidak menarik perhatian?

Mengapa pula Tony Pua, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah tidak memekak dan menyalak seperti yang mereka lakukan ke atas Najib Abdul Razak dan RM2.6 bilion?

Bagaimana para pengguna media sosial terutama di Facebook yang kelihatan tahu serba serbi, tiba-tiba dalam hal DEIG RM7.65 bilion, jadi bodoh sebodoh-bodohnya?

Kalau jawapan Najib yang panjang berjela-jela dan berkali-kali, tidak dapat diterima, mengapa jawapan Azmin Ali dalam bentuk 'sunyi-sepi' dan 'kancing mulut', boleh diterima dengan senang hati tanpa sebarang keraguan?

Mana Tun Dr. Mahathir dan para penyokongnya yang begitu hebat bercakap tentang menyelamatkan negara dan bangsa apabila mempertikaikan Najib Abdul Razak tetapi buat-buat nyanyuk, pekak badak dan tolol bahlol dalam hal isu Azmin Ali dan DEIG?

Mana perginya para pemimpin UMNO yang kalau ada isu di dalam UMNO, merekalah yang paling ke hadapan menayang-nayangkan muka walaupun penuh dengan suntikan Botox tetapi dalam isu Azmin Ali, seperti biasa, mereka tidak bertelur, takut bercakap, bahkan kalau boleh menyorok di dalam kain bini?

Ke mana menghilangnya orang-orang UMNO yang bersungguh-sungguh menyelongkar mencari kaitan dan pautan tentang RM2.6 bilion tetapi secara tiba-tiba jadi buta kayu, bangang abadi dan keterlaluan naif dalam isu DEIG RM7.65 bilion?

Mana? Mana?


4 comments:

Anonymous said...

Sume tu dah tertelan taik..tu pasal x berbunyi...

Anonymous said...

SPRM, AUDIT, PDRM dan PAC Selangor perlu ambil tindakan dengan segera untuk siasat kes DEIG. Jangan tunggu aset rm30 bilion dah ghaib baru nak siasat, terlambat.....yg jelas sekarang niat nak seleweng tu dah terserlah.

Anonymous said...

Rafizi, tony pua, w. azizah dan nurul izzah memang diakui muka tebal dan telinga tebal. Sebabnya bila kena batang hidung sendiri senyap sunyi macam tikus jatuh beras. Rafizi & tony pua terus hilang telur dan suaranya. Lagi satu mana muhyiden yassin and the gang yang beria-ria menghentam najib, sekarang mereka pun dah hilang telur.Politik,politik.....

Anonymous said...

Aku akan tetap mengatakan yang Najib tidak bersalah di dalam isu 2.6b cuma aku tidak bersetuju dengan perlaksanaan Gst di saat ketika ekonomi yang tidak ketentuan serta skim bantuan Brim yang tidak peroduktif, berpilih serta merugikan negara terutama penyokong kerajaan sendiri.
Yang si azmin pula tidak baik untuk di sentuh biar pun terang lagi bersuluh serta jelas kesalahan yang dilakukan kerana akan mengakibatkan dosa dan di hina. Tahniah pk..argh kerana berjaya memperbodohkan orang bodoh yang nampak cerdik.

 
Blogger Templates