Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, September 3, 2015

SEMBANG NAK BERSIHKAN SEGALA-GALANYA, TAK BERANI PULA MARIA CHIN ABDULLAH DEDAHKAN TENTANG WANG RM2.4 JUTA!!!



Tersalah cakap yang BERSIH mendapat bantuan daripada proksi Zionis, Maria Chin Abdullah cuba mengawal lebih banyak kekantoian dengan keengganan untuk mendedahkan dari mana BERSIH 4.0 memperolehi wang RM2.4 juta untuk penganjuran demonstrasi mereka.

Kata Maria Chin Abdullah, semuanya hanya akan dijelaskan di mahkamah. Malahan gantirugi yang dituntut oleh DBKL kepada BERSIH 4.0 kerana kerosakan harta awam dan sampah sarap yang dilakukan oleh para penyokong BERSIH 4.0 juga, hanya akan dijawab di mahkamah.

Pendek kata, mahkamah cuba dijadikan alasan oleh Maria Chin Abdullah untuk dia melarikan diri.

Sembang tentang ketelusan, kejujuran, kebersihan dan sebagainya, tetapi tentang diri sendiri, tak pula dipraktikkan.

Ketika disoalsiasat oleh polis di Bukit Aman, Maria Chin Abdullah berkata, mereka mempunyai hak untuk tidak menjawab sebarang soalan dan mempunyai hak untuk tidak mendedahkan daripada mana mereka memperolehi RM2.4 juta untuk tujuan demonstrasi tersebut.

Sebelum ini didedahkan bahawa BERSIH 4.0 mendapat penajaan daripada NED walaupun Ambiga menafikan BERSIH mendapat penajaan daripada NED sebaliknya daripada dua entiti yang dimiliki oleh NED iaitu OSI dan NSI.

NED terkenal dengan penajaan yang bertujuan untuk menghuru-harakan sesebuah negara seperti yang berlaku di negara-negara Timur Tengah demi kelangsungan dan kewujudan Negara Haram Zionis Israel. Berselindung di sebalik nama demokrasi, NED tidak lebih daripada sekadar alat untuk memastikan penguasaan Zionis dalam segala hal ehwal dalaman sesebuah negara.

Maria Chin Abdullah setelah ditekan oleh wartawan akhirnya memberitahu secara klise bahawa RM2.4 juta itu telah digunakan untuk membayar peralatan yang digunakan selama dua hari demonstrasi. Selain itu, bakinya juga akan digunakan untuk membantah usaha yang dilakukan oleh SPR terutama apabila mereka kalah di Sarawak, pendaftaran dan juga untuk tujuan kempen bagi PRU-14.

Menariknya, apabila ditanya apakah sebahagian daripada RM2.4 juta itu akan digunakan untuk membayar ganti rugi kepada DBKL kesan daripada kerosakan yang dilakukan oleh para peserta demonstrasi BERSIH 4.0, Maria Chin Abdullah berkata, mereka akan mengkajinya terlebih dahulu kerana berkemungkinan besar terdapat penganjr-penganjur lain yang mengadakan acara berbeza di Bandaraya Kuala Lumpur.

Senang betul menyerahkan tanggungjawab dan kesalahan yang dilakukan kepada orang lain. Langsung tidak mahu bertanggungjawab walaupun sibuk mempersoalkan tanggungjawab pihak lain terutama sekali kerajaan.

Tapi apa yang hendak dihairankan kalau BERSIH itu adalah DAP sebab perangai menyalahkan dan menuding jari kepada orang lain apabila mereka sendiri melakukan kesalahan, sudah menjadi lumrah dan amalan DAP dari tarikh 13 Mei 1969 lagi!!!




6 comments:

Anonymous said...

APALAH SANGAT RM 2.4 JUTA KALAU DIBANDINGKAN DENGAN RM 2.6 BILION.
CUMA 0.001 % JE. INILAH YANG DIKATAKAN GAJAH DEPAN MATA BUAT2 TAK NAMPAK. RAKYAT TAK AKAN TURUN DEMO BERSIH 4.0 JIKA UMNO BN TAK RASUAH, TAK SALAH GUNA KUASA, TAK MENYELEWENG HARTA RAKYAT, TAK SAPU HARTA NEGARA DAN RAKYAT.

Anonymous said...

sembang kencang malaun pompuan ni. kalau dh suruh najib jelaskan siapa bagi 2.6 bilion dan kemana duit itu difaraidkan (@ disimpan - & aku sokong), kenapa dia pulak banyak songeh duit 2.4 juta tu sapa yang bagi. sikit2 mahkamah, habis kenapa tak repot polis agar najib disiasat sehingga ke mahkamah? ni melalak, melolong dan berbiadap suruh orang lain telus, tapi awak masih juga serupa macam orang yang awak tuduh. 2 x 5 .....huhhh!!!

Anonymous said...

Sibabi ni betul dah masok islam ker atau setakat inginkan kelebihan yg d beri kpd org melayu islam. Bangsat yg d support oleh melayu2 harbi bangsat.

Anonymous said...

Anon 10:56AM ni tak boleh nak guna otak dah... kalau ko kata RM2.6 bilion tu rasuah.. RM2.4 juta tu bukan rasuah ke?

Anonymous said...

Rasuah tetap rasuah.
30 billion lagi byk dr 2.4 juta...

Anonymous said...

Sepatutnya BERSIH Maria Chit buat depan pejabat MB Selangor.. DEIG apa cerita? RM30 bilion aset dan RM7.65 bilion duit rakyat Selangor.. dasar hipokrit konon binti Abdullah.. jangan pakailah kalau perangai macam orang takde Iman.

 
Blogger Templates