Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, September 19, 2015

SYABAS ISMAIL SABRI!!! KITA TENGOK SEJAUH MANA KOLEJ TAYLOR MINTA BANTUAN CINA DAP DAN CHAUVINIST!!!

Sekali lagi Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan pedas selepas dia mengusulkan penubuhan Low Yat 2 di bangunan milik MARA di Jalan Raja Laut dan seterusnya mewujudkan pusat-pusat jualan dan pengedaran komunikasi dan komputer untuk Melayu-Bumiputera.

Kali ini membabitkan Kolej Taylor yang telah membatalkan kontrak sebuah syarikat bas yang memberikan perkhidmatan pengangkutan kepada pelajar dan kakitangan kolej berkenaan. Alasan yang diberikan oleh pengurusan kolej tersebut ialah, bas yang berlogokan Kolej Taylor telah disalahguna dengan membawa peserta-peserta Himpunan Baju Merah.

Menariknya, dalam isu Baju Kuning, Kolej Taylor tidak pula mengenakan tindakan dan larangan serupa.

Kenyataan daripada Ismail Sabri segera menyedarkan kita bahawa ada pelajar-pelajar tajaan MARA dihantar ke kolej tersebut untuk menyambung pelajaran mereka. Sekaligus Kolej Taylor hidup dengan pembiayaan daripada agensi Melayu-Bumiputera.

Pengurusan kolej tersebut mungkin beranggapan Himpunan Baju Merah adalah perhimpunan yang amat merbahaya dan bersifat subversif. Mungkin juga beranggapan, himpunan tersebut lebih merbahaya berbanding Himpunan Baju Kuning yang ditaja dan dipublisitikan oleh DAP. Justeru, tindakan keras perlu dilakukan.

Yang tidak dapat diterima akal ialah, Himpunan Baju Merah diluluskan dan dibenarkan DBKL serta PDRM selepas penganjur mematuhi pelbagai peraturan dan perintah DBKL dan PDRM. Berbanding BERSIH yang bukan sahaja merupakan demonstrasi haram, bahkan telah mengundang pelbagai masalah kepada pengguna jalanraya mahupun para peniaga.

Jadi, pada bahagian mana Kolej Taylor yang dipertikaikan banyak pihak tentang integriti pengurusan serta pentadbiran kolej itu sendiri?

Barangkali pengurusan kolej yang bersikap bias itu tidak sedar, Kerajaan tidak pernah menarik balik permit bas yang digunakan untuk mengangkut para pendemonstrasi atau penyokong pembangkang. Pemandu-pemandu teksi pro-pembangkang yang kerap menyebarkan maklumat songsang kepada para penumpang juga tidak dikenakan sebarang tindakan. Hotel-hotel milik penyokong pembangkang, digunakan sebagai venue kursus dan bengkel-bengkel jabatan kerajaan, tidak pernah diboikot.

Jadi di mana rasionalnya, Kolej Taylor menamatkan kontrak syarikat bas tersebut, sedangkan syarikat bas berkenaan tidak melanggar sebarang undang-undang negara? Apakah Kolej Taylor sebenarnya cukup takut dengan sergahan DAP dan kaum chauvinist kerana logo kolej mereka terpapar pada sebuah bas yang digunakan untuk mengangkut para peserta Baju Merah?

Jadi, memandangkan Kolej Taylor takut sangat dengan DAP dan kaum chauvinist mereka, elok sangatlah MARA menamatkan semua tajaan ke atas para pelajarnya di Kolej Taylor. Elok jugalah, apa-apa yang ada kaitan dengan penajaan daripada agensi-agensi yang berkaitan dengan Melayu-Bumiputera dihentikan daripada berurusan dengan Kolej Taylor.

Kolej Taylor telah menunjukkan bahawa mereka tidak memerlukan sesen pun duit daripada Melayu-Bumiputera. Mereka yang sudah lama bertapak di negara ini, megah kerana pemberi keuntungan mereka, bukannya Melayu-Bumiputera.

Banyak rungutan telah dibuat berhubung tenaga kerja Kolej Taylor. Jadi, dengan wujudnya kolej-kolej dan universiti-universiti swasta lain yang lebih memerlukan tajaan untuk para pelajar mereka dan tenaga-tenaga pengajar mereka pun boleh dipercayai. Tidak dikira lagi dengan yuran pengajian yang jauh lebih murah.

Busuk hati seperti yang ditunjukkan oleh Kolej Taylor, memang patut padan dibalas.

Taylor College bukan satu-satunya kolej atau IPTA yang ada di Malaysia ini. Kalau dah teruk sangat sampai tak reti nak hormat atau faham dengan undang-undang dan peraturan negara ini, elok juga kalau Kementerian Pengajian Tinggi (itu pun kalau bertelurlah), memberi kata dua kepada kolej asing yang mengaut keuntungan di negara ini seperti Kolej Taylor.



9 comments:

Anonymous said...

Setuju!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Jangan cakap je. Kena buktikan dgn tindakan. Fed up dgn retorik

Anonymous said...

bukan mara je...petronas pun ada hantar pelajar tajaan mereka untuk a-level kat taylor kolej

ramlan aziz said...

SyBas...masa utk bertindak...!!!

Anonymous said...

Just do it...noe

Anonymous said...

Anak aku pun nyaris menerima tajaan MARA untuk ambil Medic kat Taylor. Nasib baik aku buat rayuan dan MARA ubah ke India. Kepada MARA, Petronas dan lain2 Agensi Kerajaan serta GLC hentikan tajaan anda di Taylor. Orang kata Melayu racist, tapi siapa yang mula dulu?

Anonymous said...

Tarik balik pelajar kita taja MARA dari Taylor College..

Anonymous said...

Khazanah pun ada hantar student tajaannya kat kolej Taylors.Sudah lah tu tarik balik.serta merta.

Anonymous said...

Molek sangat tu... Batalkan...

 
Blogger Templates