Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, October 15, 2015

BILA SI TOLOL CUBA BERLAGAK JADI SARJANA... KESIAN MAHFUZ OMAR YANG TIDAK SEDAR TAHAP OTAKNYA DI MANA!!!



Rupa-rupanya bukan sahaja kumpulan pro-Tun yang tidak berpuas hati kerana Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, bukannya SOSMA kerana kehilangan peluru untuk menghentam Najib, tetapi turut menarik minat Mr. Bean, Mahfuz Omar yang cuba berlagak sebagai serba tahu.

Mengulangi kembali bak burung kakatua dan burung tiung dikikis lidah, Mahfuz menuduh Peguam Negara terkeliru dan cuba mengelirukan dengan seksyen yang dikenakan tuduhan ke atas kedua-dua konco Tun Mahathir itu.

Kata Mahfuz, walaupun Khairuddin dan Matthias Chang tidak dikenakan pertuduhan di bawah SOSMA, sebaliknya mereka ditahan di bawah SOSMA sungguhpun mereka bakal didakwa di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan. (RUJUK DI SINI)

Pada 12 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bersetuju membenarkan tempoh selama dua minggu untuk pihak pendakwaraya MENGUMPULKAN BUKTI BAGI MELETAKKAN Khairuddin dan Matthias di bawah SOSMA. (RUJUK SINI)

Penahanan mereka sekarang ini adalah di bawah dakwaan Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana cubaan mensabotaj sistem kewangan dan perbankan negara.

Sebenarnya yang keliru adalah Mahfuz dan manusia-manusia sewaktu dengannya. Tindakan di bawah SOSMA belum lagi dikenakan kerana mahkamah telah memberikan kebenaran kepada pihak pendakwa untuk mengumpulkan bukti.

Tidak seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membolehkan pihak berkuasa dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri menahan tanpa bicara suspek bagi siasatan selama 60 hari dan seterusnya disambung selama 2 tahun, SOSMA pula memerlukan keizinan mahkamah.

Di sini barangkali Mahfuz tersangat keliru dan otaknya tidak mampu mencerna apa yang sedang berlaku. Dia terkeliru antara SOSMA dengan ISA. Dan berbanding Apandi Ali, si Peguam Negara, Mahfuz Omar yang semua tahu tahap pendidikannya setakat mana tetapi mempunyai otak licik, cuba mengelirukan orang ramai kononnya, penahanan hanya boleh dibuat di bawah satu juzuk undang-undang sahaja.

Kalaupun Mahfuz teringin sangat nak tengok Khairuddin dan Matthias dikenakan implikasi undang-undang di bawah SOSMA, sabar ler...

Kebenaran selama dua minggu untuk pihak berkuasa mengumpul bukti, belum lagi selesai. Selesai kumpul bukti nanti, pihak berkuasa akan menfailkannya ke mahkamah. Mahkamah akan memprosesnya dan jikalau mahkamah berpuas hati, Khairuddin dan Matthias Chang akan ditahan di bawah SOSMA.

Kes tertuduh atau suspek ditahan dan didakwa di bawah akta serta seksyen undang-undang yang berbeza, bukannya satu benda luar biasa pun.

Mahfuz seharusnya mula berfikir dari peringkat lebih rendah lagi, sesuai dengan tahap kecerdasan dan kualiti otaknya menerusi kes-kes lebih mudah seperti kes saman malu yang dibuat oleh seorang bekas calon PRU PKR ke atas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Bukankah kes saman itu mulanya dimenangi oleh bekas calon PKR Bukit Besi dan Abdul Hadi diperintah bayar RM2 juta tetapi kemudian Abdul Hadi berjaya mengenepikan perintah mahkamah sekaligus membuktikan dia tidak bersalah dan menang dalam kes saman tersebut? (RUJUK SINI)

Berbanding mendesak Peguam Negara meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas alasan 'tersalah tuduh', adalah lebih afdal sekiranya Mahfuz Omar sendiri yang meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana kegagalannya memahami banyak isu tetapi berlagak seolah-olah dia tahu semua perkara!!!



4 comments:

Anonymous said...

....berfikir diperingkat yg lebih rendah....budiman sungguh bahasa ni...setujuuu....

mazlan

gabenor johor said...

kena bg dia minum susu AMMUM agar sel sel otak dia bersambung

Anonymous said...

tanya Mahpus..kenape anjing kencing angkat kaki sebelah?? hero tin milo yg memalu kan? buka molot je hancing

Anonymous said...

Kita faham bro, kalau belajar tahap srp tp nk berckp sesuatu yg berlevel tinggi, akhirnya akan memalukan diri. Takde siapa suruhpun, hanya si kakak tua @ tiung berkikis lidah tu yg memandai. Biar lantak
Nk terjun lubang taik, dia punya pasal.

 
Blogger Templates