Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, October 15, 2015

RANCANGAN SABOTAJ DAN MALUKAN NAJIB ABDUL RAZAK DI DEWAN RAKYAT BERMULA 19 OKTOBER, DIDEDAHKAN!!!



Usul untuk undi tidak percaya, dikatakan tidak dibuat lebih awal. Ada sumber menyatakan, usul tersebut akan dibuat secara tergempar atau dalam bahasa yang lebih mudah, semasa sidang Dewan Rakyat diadakan. Bagaimanapun, berdasarkan beberapa usul yang sudah sedia menunggu, usul tergempar tersebut akan dipengaruhi oleh kuasa Speaker.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, akan ditolak!

Dipercayai sekurang-kurangnya empat kerusi Parlimen BN akan 'melayang'.

Kerusi-kerusi tersebut adalah Pagoh, Semporna, Gua Musang dan Kulim-Bandar Baru dikatakan sudah tidak selamat dan tidak berpihak kepada Najib lagi. Walaupun tidak keluar UMNO atau Barisan Nasional tetapi pembentangan bajet akan digunakan untuk mewujudkan gelombang dan tekanan agar Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sidang Dewan Rakyat kali ini akan bermula 19 Oktober sehingga 5 Disember. Lebih tepat lagi selama 25 hari. Pembentangan bajet pula akan dibuat pada 23 Oktober. Perbahasan dijangka berlangsung selama 4 hari bermula dari 26 Oktober sehingga 29 Oktober.

Undian akan dibuat pada tempoh 4 hari inilah!

Dijangkakan kumpulan pro-tun di pihak BN akan menyertai 'pakatan' dengan pembangkang dalam mengutarakan dan menimbulkan pelbagai isu termasuklah membabitkan integriti Najib Abdul Razak, 1MDB dan RM2.6 bilion. Selain itu, mereka juga akan mempersoalkan tentang perlaksanaan undang-undang ke atas Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan, dua orang co-hort Mahathir di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukannya SOSMA sambil mempersoalkan intergriti Peguam Negara.

Sebelum ini pun, beberapa Ahli Parlimen BN kecewa apabila rakan-rakan mereka sendiri bertindak 'keluar ikut pintu belakang' apabila sesuatu isu dibangkitkan atau diusulkan. Malahan ada yang datang sekadar untuk mengambil elaun tetapi tidak berada di dalam Dewan untuk berbahas.

Berapa ramai yang akan bertindak enggan mengundi, memulaukan sesi pengundian dan ponteng dalam usaha memalukan Najib Abdul Razak? Berapa ramai pula dari kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan berpindah meja ke blok pembangkang? Dan berapa ramai pula... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


4 comments:

Anonymous said...

Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran pada mereka yg mendahului ketetapan MU...
Mereka lupakan kekuasaan Mu...
Mereka fikir mereka tersangatlah berkuasa sekarang ini...
Segalanya begitu mudah bagaikan menggerak bidak catur saja...
Kenapa hamba Mu jadi begini?
Adakah kerana duit?
Adakah kerana kuasa?
Atau kerana apa selainnya?

Anonymous said...

Anom 1209 Awak ni berdoa untuk siapa macam berpihak kepada seseorang.

Jika berdoa untuk tunjuk kebenaran biarlah iklas tanpa ayat-ayat umpama menggerak bidak catur atau tersangatlah berkuasa sekarang.

Sesungguhnya jika kita tidak tahu dan mohon pertunjuk memadailah dengan " Ya Allah! engkau yang kami sembah dan engkau yang kami mohon pertolongan "

Katakana puru said...

Anon, kao sendiri pikir, jgn berpihak, mana yang betul, dan mana yang sleeping, Tepuk dada tanya selera, akhir nya raayat lah yang berhak, Bukan PM, Bahagian, cawangan, dan lain2.

Anonymous said...

Org tertindas hanya mampu berdoa. Jangan salahkan mereka yang berdoa... Biar Allah tentukan.. Dan bro hang bukan tuhan pun

 
Blogger Templates