Mungkin ada sesetengah orang yang menyanjungi pemberian kerajaan dalam bentuk tunai kerana pemberian tersebut sekurang-kurangnya dapat melegakan beban kewangan mereka walaupun jumlahnya mungkin tidak sebanyak mana atau kegunaannya tidaklah membuak sepertimana yang diharapkan oleh mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya dua buah kereta atau rumah yang telah dibeli sendiri.
Yang pasti, kebanyakan mereka yang berada di bandar, dan kalau kita perhatikan reaksi mereka menerusi WhatsApp atau Telegram, BRIM merupakan sesuatu yang amat menjijikkan tetapi tetap juga diambil dan dituntut walaupun sebenarnya mereka tidak layak dan tidak sepatutnya berbuat begitu hanya kerana mereka memberi alasan 'ITU WANG RAKYAT' dan 'HAK KAMI'.
Pemberian BRIM secara menyeluruh sebenarnya merupakan satu pembaziran yang tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan. Memang benar, beberapa syarat dan peraturan telah dibuat oleh kerajaan dan LHDN tetapi dalam hal duit, otak rakyat Malaysia sangat kreatif untuk melakukan penipuan. Sekalipun mereka tahu mereka tidak berhak, tetapi mereka tetap juga mahu wang tersebut kerana ia adalah wang dan mereka tidak sanggup melihat hanya orang lain yang mendapat, sedangkan mereka tidak dapat wang tersebut.
Perdana Menteri telah menjanjikan kenaikan BRIM sama ada kepada golongan yang had pendapatannya telah ditetapkan mahupun untuk golongan belum berkahwin.
Memberi umpan sebegitu sebenarya amat merbahaya memandangkan BRIM yang diperkenalkan semenjak dari awal tidak membantu langsung Kerajaan Najib untuk lebih kuat berbanding sebelumnya. Sebaliknya ramai golongan yang cukup haloba dengan BRIM, mengambil kesempatan mengutuk dan mencerca pemberan tersebut.
Justeru, kita ingin melihatdi sebalik kerajaan membazirkan berbilion ringgit untuk golongan yang tidak reti bersyukur, ada baiknya jikalau BRIM ditamatkan dan bantuan kepada golongan miskin terutama sekali miskin bandar dibuat dengan kaedah yang lain, dan tidak membabitkan wang tunai.
Lebih baik sediakan pancing seperti memperbanyakkan peluang pekerjaan. Manusia secara lazimnya akan cakap pandai dan memandai-mandai apabila mereka mempunyai banyak masa lapang dan sentiasa merungut tidak senang apabila mereka tahu, rungutan mereka didengar dan dipedulikan.
Sudah sampai masanya Najib mengikut jejak langkah Mahathir dalam hal ini... suruh dan paksa rakyat bekerja untuk memperolehi pendapatan, bukannya dengan memberikan atau menyuap semua bentuk bantuan kepada mereka.
Bantuan perlu diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, bukan golongan yang berkata, mereka perlu bantuan tetapi hakikatnya, mereka sekadar seronok berebut dengan orang miskin bahkan mencuri daripada orang miskin tanpa sedikit pun perasaan malu kerana mereka sentiasa beranggapan, 'INI HAK KAMI'!!!
8 comments:
Salam sejahtera tuan punya blok...
saya amat bersetuju dengan pandangan tuan.
buktinya depan mata sendiri terjadi.
Bekas boss saya sendiri boleh dapat bantuan brim sedangkan rumah bangalow dan kereta mewah mampu dimilikinya....bagaimana pemilihan dibuat?? Siap dipamerkan cek yang diterima dalam fb lagi dengan kata2 "orang beri kita ambik"....
wassalam. BR1M ado baik ado tak baiknyo. Good and bad. Satu dio dibori kepada semuo yg berpendapatan kurang dari RM4000.00 Ramai persar atau retiree yang tidak ado pensen ie perkerjo swasta dan tentera. Ini bolih menolong mereko bukan untuk bermegah. Tak baik nyo orang dapet duit belanjo bagai nakrak. Ini tak baik-petolongan bukan untuk ber riak. Patut berterimo kasih. Tapi perangai orang Malaysia tak pernah berterimo kasih-semuo hak. Ini salah.
But Najib believe that
CASH IS KING.
bila tanya kat cina....itulah jawapanya. ITU HAK KAMI.
Otak beku
assalamualaikum tfk...alhmdlh kerana bw artikal diatas... tahniah ats kesedaran , kerana brim tidak bermanfaat utk sebuah kerajaan yg br tggung jwb... terima kasih
SETUJU SANGAT....DIHAPUSKAN
NIAT NAK BERI KPD YANG BERHAK TAPI ADA KAH DIANTARA YANG BERHAK ITU BERSANGKA BAIK? DI HINA DAN DIKERITIK ADALAH.
BAGAIMANA KAMI YANG SEDERHANA DAN TIDAK LAYAK TETAPI SENTIASA MENYOKONG PILISI KERAJAAN.
Kau tak nak sudah. PM dulu bagi pada kroninya, tapi Najib nak juga bagi kita. Bukan jumlah, thoughts that count.
Post a Comment