Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, October 6, 2015

CEPAT SANGAT FITNAHNYA TUH!!! MALAYSIA BELUM TANDATANGAN PERJANJIAN TPPA LAGI!!!



Secara asasnya, majoriti rakyat Malaysia, khususnya yang 'serba tahu' menentang Perjanjian TPPA yang dianggap akan mencabuli kedaulatan negara ini.

TPPA diwujudkan oleh Amerika Syarikat yang sedang berhadapan dengan belon ekonomi maya yang sangat teruk dan perlu diuruskan sebaik mungkin agar negara kuasa besar itu tidak runtuh dan mereput, sekaligus terus meletakkan negara tersebut di puncak kuasa dunia terutama sekali yang berkaitan ekonomi.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang berada pada kedudukan jajaran geografi rim Pasifik yang amat diperlukan untuk menjayakan TPPA. Kejayaan mewujudkan TPPA bermakna, Amerika Syarikat akan meneguh sebagai kuasa ekonomi dunia, sekaligus mengurangkan persaingan dan ancaman China yang sekarang ini mulai muncul selepas menyingkap tirai besi dan menghapuskan baju seragam kelabu yang perlu dipakai oleh rakyatnya.

Negara ini dan Perjanjian Perdagangan bukannya satu perkara asing. Malaysia telah banyak menandatangani perjanjian perdagangan dengan pelbagai negara. Dari semenjak sebelum merdeka sehinggalah sekarang ini, sudah banyak perjanjian yang ditandatangani mahupun yang diinisiatifkan oleh Malaysia sendiri.


TPPA merupakan satu bentuk penjajahan ekonomi oleh Amerika Syarikat selepas gelombang kejatuhan ekonomi Asia pada 1997 yang menyaksikan banyak negara seperti Korea Selatan, Thailand, Indonesia dan sebagainya rebah di kaki IMF dan Bank Dunia. Malaysia juga hampir kecundang tetapi sokongan padu rakyat Malaysia kepada kepimpinan pada waktu itu walaupun isu Korupsi, Kronisme dan Nepotisme didendangkan kuat, akhirnya menyaksikan Malaysia bertatih dengan langkah mengenakan ikatan Ringgit Malaysia dengan Dollar Amerika Syarikat, menuruti jejak Reminbi yang telah diisytiharkan lebih awal oleh Negara China.

Ekonomi Malaysia selepas itu, tidak kembali memuncak seperti sebelum serangan matawang dan bursa saham 1997 meskipun pada masa yang sama menunjukkan peningkatan. Gelombang resesi di Eropah dan Amerika Syarikat memberi kesan global kepada sektor kewangan, perbankan dan ekonomi dunia.

Namun apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan membuat pengumuman lebih awal kononnya Malaysia telah menandatangani Perjanjian TPPA ekoran lawatan kerja Najib ke Atlanta beberapa hari lepas, ianya tidak ubah seperti satu tekanan berunsurkan fitnah untuk NAJIB DAN MALAYSIA BENAR-BENAR MENANDATANGANI PERJANJIAN TPPA!

Kegagalan beberapa fitnah sebelum ini termasuklah kononnya Najib akan ditangkap dan disiasat oleh FBI, Scotland Yard, Polis Metro London dan sebagainya, cuba ditutup dengan kehangatan berita, Najib telah menandatangani Perjanjian TPPA di Atlanta.

Hakikatnya, isu TPPA sendiri pun belum diselesaikan oleh Kongres Amerika Syarikat, sekalipun Dewan Senat telah meluluskannya. Kebimbangan tentang masalah pengangguran yang akan lebih menimbun dalam negara sendiri, membuatkan Kongres Amerika Syarikat mengambil sikap lebih berhati-hati. Malah terdapat banyak penentangan ke atas TPPA di kalangan rakyat Amerika Syarikat sendiri dengan calon Presidennya, Donald Trump menyatakan, "The new trade deal (TPPA) is a disaster."

Jadi, kalau di Amerika Syarikat sendiri pun, TPPA sekadar cerita-cerita dan angan-angan, bagaimana pula golongan yang seronok buat cerita sekarang, begitu yakin perjanjian telah ditandatangani?


Kenyataan Menteri berkaitan yang TPPA akan dibentangkan di Kabinet dan Parlimen sebelum diumumkan hasilnya kepada rakyat awam, nampaknya langsung tidak dipedulikan oleh golongan penfitnah tersebut. Sebaliknya mereka lebih seronok untuk cuba menimbulkan persepsi dan kepercayaan bahawa Perjanjian TPPA telah ditandatangani dan Najib telah menyebabkan Amerika Syarikat menjajah Malaysia!

Buat ketika ini, terdapat 4 negara yang sudah mempersetujui TPPA iaitu Brunei, Singapura, Chile dan New Zealand. Mereka telah bersetuju sejak dari tahun 2006 lagi.

Yang sedang berbincang untuk menyertai TPPA buat masa ini adalah US, Australia, Peru, Vietnam, Malaysia, Mexico, Canada dan Jepun (8 buah negara)

Yang menunjukkan minat untuk menyertainya pula adalah Colombia, Filipina, Thailand, Indonesia, Taiwan dan South Korea. (6 buah negara)

Laju sangat fitnahnya, sedangkan 222 orang Ahli Parlimen Malaysia belum lagi memutuskan sama ada untuk membiarkan Amerika Syarikat dijajah atau 222 orang Ahli Parlimen itu akan membuat keputusan lain!!!


2 comments:

Anonymous said...

dari rasa hormat ..sekarang ni dah tak ada rasa .. suka tidak benci pun tidak..
kalo dah tau banyak lagi masalah negara boleh diselesaikan kenapa letak jawatan PM dulu ????????... dah macam gila talak la pulak ...
Tun M kalo nak jawatan PM tu balik mintak jer la ...

Anonymous said...

Apa kata kalau maklumat terkini telah sampai kpd TUN ... daripada Tok Pa sendiri??
Kih Kih kih!!!!

 
Blogger Templates