Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, October 17, 2015

DAP MELENTING APABILA TUNTUTAN PULAU PINANG DIKEMBALIKAN KEPADA KEDAH!!!



DAP ternyata tidak mampu untuk menerima hakikat bahawa Kerajaan Persekutuan sebenarnya telah menyambung pajakan ke atas Pulau Pinang daripada Kedah. Walaupun sebelum ini, golongan buta sejarah dan cuba mencipta sejarah sendiri itu, bertegas menyatakan bahawa Pulau Pinang adalah entiti yang berasingan, tetapi barangkali setelah terjumpa dengan perjanjian yang memerlukan bayaran pajakan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan jikalau ingin terus mengekalkan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri, sekarang ini DAP mencari-cari helah baru untuk terus berkuasa di negeri itu.

PULAU PINANG PERLU DIKEMBALIKAN KEPADA KEDAH!

Itu adalah hakikat yang perlu diterima oleh setiap orang di Pulau Pinang. Pajakan yang bernilai rendah iaitu sebanyak RM10,000 yang perlu dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kedah setiap tahun, menjelaskan bahawa Pulau Pinang tidak boleh menjadi wilayah autonomi sepertimana yang dikehendaki oleh DAP.

Justeru, Ahli Parlimen dari Bukit Mertajam, Steven Sim menggesa agar pajakan bernilai RM10,000 dimansuhkan sebaliknya RM10 juta bagi tujuan dana biasiswa sejarah diwujudkan, bersama-sama dengan sumbangan tahunan daripada Kerajaan Persekutuan.

Kata Steven Sim, geran itu diperlukan untuk tujuan pengkajian dan pencarian sejarah Kedah dan Pulau Pinang, terutama yang berkaitan dengan ketamadunan di Lembah Bujang dan Sungai Batu selain Tapak Warisan Bersejarah Unesco di George Town. Geran itu pula perlu dibayar sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Tapak Warisan Bersejarah UNESCO di George Town atau nama Melayunya, Tanjung, sebenarnya tidak lebih daripada setem atau cop mohor bagi menghalalkan perbuatan melabelkan pulau tersebut tidak dihuni oleh sesiapa pun sebelum kedatangan lanun Inggeris, Francis Light pada tahun 1784. Terdapat tapak bersejarah yang lebih tua berbanding tapak pendaratan dan penempatan Francis Light di Pulau Pinang, yang berkait rapat dengan Bumiputera, tetapi telah dimusnahkan oleh kerajaan DAP bagi memberi laluan pembinaan perumahan dan kawasan perniagaan mewah seperti di Batu Maung dan Guar Kepah, sebuah tapak pra-sejarah berusia 5000 tahun yang kini dijadikan kawasan pemeliharaan burung walit dan penanaman nangka.

Bagaimanapun, catatan sejarah sedia ada oleh Inggeris sendiri membuktikan, sewaktu Francis Light mendarat di Pulau Pinang bagi tujuan mencari bekalan air bersih dan makanan, pulau tersebut yang merupakan milik Kedah dan menjadi pulau persinggahan dan istirehat keluarga Sultan Kedah, telah pun dihuni dengan sekurang-kurangnya terdapat 12 orang Penghulu Melayu yang terdiri daripada pahlawan-pahlawan istana Kedah di pulau tersebut.

Istilah Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light sebenarnya adalah satu pembohongan dan pendustaan Inggeris yang kemudian disambung dan diteruskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di Pulau Pinang... kes yang sama seperti yang berlaku di Singapura.

Steven Sim merupakan Pengarah Pendidikan Politik Pemuda DAP berkata, cadangan oleh Dr. Wan Shamsuddin Mohd Yusuf yang merupakan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah sebagai mencabar Perlembagaan dan berfikiran kuno.

Menariknya apa-apa sahaja maklumat atau pendedahan sebenar tentang sejarah negara ini yang bertentangan dengan sejarah catatan Shellabear dan Winsted atau Orientalis akan segera ditanggapi oleh DAP sebagai melanggar Perlembagaan, malah dikatakan sebagai hasutan.

Kata Steven Sim, Kedah dan Pulau Pinang telah diiktiraf sebagai negeri yang telah berpisah dan merupakan rakan kongsi yang sama hak dalam Persekutuan.

Yang tidak disentuh oleh Steven Sim ialah keperluan Kerajaan Persekutuan terus menyambung bayaran pajakan ke atas Pulau Pinang untuk Kedah dan motif utama bayaran pajakan yang nilainya sama 300 tahun dahulu.

Pada tahun 1994, Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir telah menolak permintaan Kedah agar Kerajaan Persekutuan menaikkan kadar bayaran pampasan dan berkata, perjanjian serta bayaran tersebut sebagai 'tidak bererti'.


6 comments:

Anonymous said...

Kepada penduduk Kedah......inilah masanya kamu memohon perkenan Sultan Kedah agar Penang di beri semula,kepada Kedah....tunjukkan bahawa kamu rakyat Kedah berhak atas Penang....tu bukan negeri Dap pun.Tgok Hong Kong.....marah ke..benci ke....Kerajaan China peduli apa .merka ambil balik hak mereka ....ni sama macm kes penang....mereka suka ke tak ke kita ada hak apa...so kalau nak menang BN dengan bergaya ambil Kedah.....

Anonymous said...

elok sangatlah penang dikembalikan kepada kedah, habis tanah penang yang dipajak dari kedah dijual oleh dap perompak.


contoh korang ada tanah kemudian di pajakan pada orang, kemudian orang tu menjual tanah korang, apa korang rasa?

Anonymous said...

Sejarah kerabat suktan kedah...kerajaan langkasuka terdiri dari dibawah kesultanan kedah..pulau pinang dibawah tadbirañ sultan kedah..kedah diancam siam sultan kedah minta bantuan inggris akhìrnya sir francis light diserah pulau pibang sebagai ganjaranya...sejarah moden pula kerabat yg sama singapura dikeluarkan dari malaysia...dari sultan sampai ke rakyat banyak melahirkan sikitol talibarut penjajah...anwar aljuboori dari pulau pinang pun
berasal kedah yg satu pun pengkhianat melayu...pak lah dari pulau pinang nyaris kerajan melayu tumbang bila 5 negeri jatuh ke tangan prmbangkang hasil dari tali barut anwar dari negeri yg sama..tun mahathir dari kedah 3 negeri pernah jatuh ke tangan pembangkang termasuk kedah ...kesemua pemimpin ini daru utara iaitu kedah....tun razak dan tun hussain dari selatan kesemua negeri dibawah kerajaan BN - umno....ini FAKTA sejarah politik malaysia. ..najib mewarisi pemimpinan pak lah dari kedah(pulau pinang) sedang bergelut mrngrmbalikan srmua negari ke kerajaan BN - umno......penentang najib srkarang adalah anwar/wan azizah dan tun Dr M berasal dari Utara juga. ..untuk mrngembalikan sokongan org melayu islam petlu dipimpin oleh orang selatan....fakta srjarah menunjukkan PM dari selatan tanah air melayu berjaya menyatukan kepimpinan org melayu.....teori mudah kalau nak melayu bersatu pilihPerdana Mrnteri dari selatan tanah air......

mengembalikan kesemua ini

Anonymous said...

Hong Kong Macau dipulang kpd China..

Samalah tu..Penang di pulang ke Kedah.

...

& LGE dipulang ke China..atau di buang ke laut..

Anonymous said...

Lge dipulang ke Cina sama macam gov Hong Kong pulang ke Britain. How nice.

Anonymous said...

dlm sejarah,pm xde dr johor..nsib je tun hussein onn tu dilantik sblm tun razak mninggal..tu pon x lama.. krn apa? dlu ada sultan ckp "org mlyu nk merdeka apa..jarum pn x reti nk buat".. dh mcm sumpahan lps tu kan..dh dkat2 nk jd pm..x jd..brapa org dh cmtu..musa hitam kna cantas,ttdi sakit,la ni muhyiddin.. bab tun M tu aku mmg x stuju jgk cara dia..tun hussein dlu turun pon sbb dia.. aku xleh stuju dgn dia la ni..wlpn aku org kedah..aku xmaw taksub..yg lpas tu lepas..nk bersatu tp soh ikut dia..dia bkn pemimpin lg dh..apa daaa...

 
Blogger Templates