Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, October 3, 2015

ISU DAP NAK SAMAN MUFTI PAHANG EKORAN KHUTBAH AIDIL ADHA, PAS UMUMKAN PENDIRIAN SOKONG MUFTI PAHANG!!!



KLUANG TODAY melaporkan

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menyatakan Pas menyokong penuh pendirian Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman mempertahankan teks khutbah Aidiladha yang dipertikaikan oleh Dap baru-baru ini.

Menurut beliau, penentangan Dap terhadap Islam bukanlah perkara baru. Tindakan kepimpinan Dap menyokong beberapa program yang ditentang oleh umat Islam seperti Oktober Fest, Unisex Saloon di Kelantan dan lain-lain adalah bukti umum bagaimana sikap Dap terhadap penghayatan amalan Islam bagi orang Islam

Tuan Ibrahim Tuan Man turut meminta Dap jangan campur tangan dalam urusan Jabatan Mufti yang mempunyai hak mengeluarkan fatwa dan nasihat agama dalam pelbagai medium termasuk khutbah.

Sebelum ini, pemimpin DAP Pahang dan pusat menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kandungan khutbah berkenaan yang didakwa memburuk-burukkan parti itu.

Menurut teks khutbah Jabatan Mufti Pahang itu, umat Islam di negara ini berpecah kerana ideologi politik berbeza. Malah, terdapat segelintir umat Islam yang menyertai Dap melebihkan ideologi parti itu dari kepentingan ajaran Islam yang dianuti.

Pengerusi Dap Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilaporkan berkata, parti itu akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) jika enggan memohon maaf dalam tempoh lima hari.


4 comments:

Ted Manoff said...

Tengku ni mungkin ada kawan nama Tengku Juboqpuri Shah dari Negeri Antah Berantah ..

Anonymous said...

"Menurut teks khutbah Jabatan Mufti Pahang itu, umat Islam di negara ini berpecah kerana ideologi politik berbeza. Malah, terdapat segelintir umat Islam yang menyertai Dap melebihkan ideologi parti itu dari kepentingan ajaran Islam yang dianuti."


Contoh "umat Islam" yang menyertai Dap yang melebihkan ideologi parti itu dari kepentingan ajaran Islam adalah Pengerusi Dap Pahang itu sendiri....baruah dapigs cilaka Kelas-A !

Anonymous said...

GI MAMPOS DGN DAPIGS!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Name jer tengku tapi tidak membela islam. Hidup terlalu mewah. Dia fikir Allah tu buta tuli. Tolongkop mintanya.

 
Blogger Templates