Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, October 3, 2015

YAAAAAA... SUDAH MARI!!! PARA PENGGUNA AKAN BERHADAPAN DENGAN KENAIKAN HARGA BERMULA DENGAN AYAM!!!



Ini berita yang barangkali sangat ditunggu-tunggu oleh sebilangan pihak di Malaysia yang mahu melihat kerajaan jatuh dan Najib tergolek. Sebabnya, berita ini amat berkait rapat dengan kehidupan rakyat. Berita ini akan meliputi semua rakyat, tidak kira yang terbabit aktif dalam politik, yang pasif politik mahupun yang masih ternganga-nganga mengapa UMNO-BN masih lagi menjadi pemerintah di negara ini dengan para Sultan pula menjadi Ketua Perlembagaan.

Dari yang dalam perut, sehinggalah yang dimasukkan ke liang lahad, semuanya akan terpalit dengan isu ini.

PENINGKATAN HARGA!!!

Kenyataan kenaikan harga telah dibayangkan oleh beberapa persatuan penternakan ayam, penangkapan ikan, mahupun penanam-penanam sayur. Alasan yang diberikan adalah JEREBU.

Kononnya, pencemaran udara akibat jerebu daripada pembakaran hutan di Indonesia telah meningkatkan risiko kepada haiwan-haiwan ternak, malah 500 orang nelayan di selatan Terengganu tidak dapat turun ke laut menangkap ikan.

Penghantaran ayam juga menurun kerana keadaan cuaca yang tidak menentu yang dikatakan juga menjadi punca kepada kesihatan ternakan tersebut terjejas. (RUJUK DI SINI)

Keadaan itu jugalah yang menyebabkan harga semasa ayam hidup telah meningkat menjadi RM4.80 setiap kilogram berbanding RM4.20 sekilogram sebelum ini.

Jerebu juga dikatakan menjadi faktor harga ikan dan hasil laut dinaikkan dalam tempoh terdekat walaupun pada banyak bahagian yang lain, para nelayan masih ke laut untuk menangkap ikan, dan kebanyakan hasil laut yang digunakan oleh rakyat Malaysia, khususnya di Semenanjung, datangnya dari Thailand, Vietnam dan Burma, manakala hasil tangkapan rakyat tempatan pula dihantar ke Singapura.

Kebijaksanaan persatuan-persatuan ini untuk mengambil kesempatan daripada jerebu, perlu dipuji memandangkan sebelum ini, ketika tiada jerebu, tiada pula pengumuman tentang penurunan harga terutama sekali ayam dan telur.

Sementara itu, dalam satu berita yang berasingan, syarikat-syarikat pemasaran barangan elektrik juga dalam rancangan untuk menaikkan harga jualan masing-masing sebanyak 20% dengan alasan KADAR PERTUKARAN SEMASA. (RUJUK SINI)

Barangkali untuk menyedapkan hati rakyat Malaysia, Menteri KPDNKK yang baru, Hamzah Zainuddin mengumumkan, pihaknya akan mengadakan operasi untuk memastikan restoran-restoran menurunkan harga roti canai dan nasi briyani. (RUJUK SINI)

Isu rangkaian restoran-restoran mamak yang beroperasi 24 jam mengenakan harga yang tidak munasabah, bukannya baru berlaku. Semenjak April lepas, kenaikan harga yang ditunjukkan oleh hampir kesemua rangkaian restoran mamak, tersangat tinggi.

Walaupun ada operasi yang dibuat, tetapi operasi-operasi tersebut sekadar melepaskan batok di tangga. Sekadar untuk wayang semata-mata kerana selepas operasi berkenaan, rangkaian restoran tersebut terus mengekalkan harga tinggi mereka dengan seribu satu macam alasan.

Ada pihak yang menyalahkan kerajaan sepenuhnya dalam permasalahan ini. Malah ada pihak yang menuding jari kepada Najib Abdul Razak dan menyalahkan Perdana Menteri kerana gagal bertindak mengekang kenaikan kos sara hidup yang melampau pada zaman pentadbirannya.

Golongan ini langsung tidak mengambil kira tentang faktor kewujudan persatuan-persatuan yang kerja mereka sentiasa mengugut dan melakukan tekanan yang tidak peduli pun tentang arahan dan saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Apatah lagi dalam keadaan di mana kesempatan amat mudah diambil untuk mengalihkan segala perbuatan kepada Kerajaan dan Najib Abdul Razak dengan corak pemikiran masakini!!!

Yang pastinya, yang sedang mengaut keuntungan besar daripada kenaikan harga adalah puak-puak ini yang bijak mengambil kesempatan, ruang dan masa... Mereka tahu, mereka tidak akan dipersalahkan, sebaliknya yang akan dipersalahkan nanti adalah Najib Abdul Razak dan UMNO-BN!!!



4 comments:

Anonymous said...

"Akan"? Harga barang dah naik 30% sebelum puasa lagi. "Akan" kepala hotak apa.

Anonymous said...

Wassalam. Eden teringat kato kato sibadul ni bilo dio dilantik jadi montori ponoh. Dio kato "dalam sebulan nanti hargo barang akan turun" wooo riak nyo oran ni. Tapi dah beberapo bulan jadi montori tak de pun barang yang turun hargo. Eden baru siang tadi poi ke Aeon Big disubang Jaya-tak nampak hargo barang turun mendadak. Naik ado tapi turun siapaleh kato oran Nogori. I hope this minister go down to the ground and see for himself the reality. Don't listen to your officers alone. It was the same with the former minister-cakap tak serupo bikin.

Anonymous said...

Padan muka kau..pemalas

adzzam adzzam said...

Memanglah salah Najib. Dia ketua kerajaan.
Dia punya kuasa tertinggi.
Tapi kuasa dia cuma boleh guna sikit, mcm Ultraman, sekejap je lampu dada dah berkelip2.
Bila nak tanya lari menyorok.

Dia bapak GST.
Cukai ni sejak zaman Tun M dah diura2kan tetapi beliau tak buat sebab kasihankan rakyat.
Persatuan2 perniagaan mmglah kerja dia jaga kebajikan peniaga2.
Mestilah mereka cari jalan nak untung walaupun cara mungkin nampak bangang dan zalim.
Tengok pulak siapa di belakang persatuan2 ni.

Najib pulak jaga kebajikan rakyat. Ada kementerian khusus utk pertanian, kewangan dan kepenggunaan.
Semua kementerian2 ini ada power, diperturunkan pulak kpd jabatan2.
Tapi apa jadi, semua tunduk kpd persatuan2.
Mereka gertak, kerajaan Najib terus termasuk telur! , tengok kes harga ayam.
Musim perayaan boleh pulak letak harga syiling, lepas je seminggu perayaan, harga mencanak balik.
Banyak songel, persatuan pakat ugut nak boikot pengeluaran ayam.
Siapa yg tentukan harga sebenarnya?

Apa kejadah Najib bagi BR1M berbilion2?

Kenapa tak guna duit tu utk buat kilang2 pengeluaran barangan harian wajib, jadi pemborong dan pengedar serta peruncit.
Harga pasti terkawal, murah dan peluang pekerjaan pun bertambah.

Yg pasti, puak2 kapitalis, si mata sepet mesti terjongkang.

Pengalaman aku sendiri.
15 April, selepas dua minggu GST diperkenal, aku beli satu set welding MIG, harga RM 1,850, pemotong besi RM500 dan bberapa brg lain.

Lebihkurang sebulan lepas tu aku pergi balik kedai yg sama utk tukar/beli gas utk welding.
Terkejut berok aku, set welding yg sama brand dan fungsi, harganya dah jadi RM3,200, mesin pemotong besi dan naik RM 900.
Bila aku survey di kedai2 yg jual peralatan yg sama, semuanya satu kepala, mereka bersatu naikkan harga.
Mana penguatkuasa yg heboh dgn harga2 catut?
Aku nak buat repot, tapi takut sebab kawasan kedai yg aku beli tu mmg terkenal kawasan Blacklist, kongsi gelap. Kalau buat hal sekejap je mereka dapat trace kita.
Kenapa, sebab mereka ada tonto.
Tonto ni pulak tak lain, org2 dari penguatkuasa jugak!

 
Blogger Templates