Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, October 16, 2015

ASAL ADA SYARIKAT BUMIPUTERA BELI HARTANAH DI KUALA LUMPUR, MULALAH JARUM FITNAH PUN BERMAHARAJALELA!!!



Isu tanah membabitkan DBKL muncul lagi. Berbeza dengan pembelian tanah-tanah DBKL oleh syarikat-syarikat bukan Bumiputera seperti YTL dan BERJAYA yang hampir menguasai setiap inci tanah Kuala Lumpur, pembelian oleh sebuah syarikat Bumiputera-Islam pula telah menimbulkan kekecohan apabila sekelompok manusia Melayu yang lebih senang kalau syarikat-syarikat bukan Bumi yang menguasai tanah-tanah di Kuala Lumpur, mula menggunakan media sosial untuk melakukan serangan dan fitnah.

Tanah yang dimaksudkan adalah tanah membabitkan tapak Downtown Bandar Tun Razak. Tanah tersebut sebelum ini telah menimbulkan pertelagahan apabila ianya berjaya dibida oleh Jakel Trading pada harga yang lebih tinggi berbanding tawaran yang dibuat oleh pemaju hartanah lain yang sudah pun berjaya memperolehi tanah-tanah mahal sekitar Kuala Lumpur.

Persatuan Pengasih yang telah diberikan hak untuk menyediakan tapak perniagaan di situ, dilihat cuba menimbulkan persepsi bahawa syarikat yang sebelum ini terkenal dengan urusniaga tekstil itu lebih menyukai tanah-tanah di kawasan Melayu. Persepsi tersebut dibuat agar para peniaga di tapak tersebut tidak dipindahkan dan mereka dibenarkan terus berniaga di situ.


Difahamkan lanjutan untuk mereka berniaga, telah dibuat berkali-kali sebelum ini. Ada tolak ansur yang telah diberikan oleh syarikat berkenaan kepada mereka. Bagaimanapun, sikap tolak ansur tersebut nampaknya telah memakan mereka kembali. Tujuan pembelian tapak tersebut, selain daripada mengelakkan jatuh kepada pemilikan bukan Bumiputera, nampaknya seperti memamah kembali usaha-usaha syarikat tersebut.

Jakel Trading seperti yang diketahui, bermula dari bawah dan sama seperti syarikat-syarikat Bumiputera mahupun syarikat-syarikat gergasi bukan Bumiputera seperti YTL, BERJAYA mahupun Ananda Krishnan pemilik Maxis dan Astro, Jakel juga cuba mendapatkan tongkat daripada kerajaan. Bagaimanapun, berbanding syarikat-syarikat gergasi bukan Bumiputera yang sekarang ini menguasai hampir setiap sektor di negara ini terutama sekali hartanah, termasuklah IPP tenaga bebas mahupun lebuhraya, Jakel Trading yang bermula dari sebuah kedai satu pintu sebelum mampu mempunyai aset mahal di Jakel Mall di Jalan Munsyi Abdullah, dilihat lebih banyak bertatih tanpa perjanjian konsesi berat sebelah atau PPA yang wajib dibayar oleh Kerajaan Malaysia.

Stigma yang Melayu-Bumiputera tidak boleh berniaga, tidak mampu berniaga dan perniagaan hanya kerana tongkat UMNO-Kerajaan nampaknya cukup ampuh dan melekat kuat. Justeru, mana-mana syarikat Melayu-Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan, pasti akan dilabelkan sebagai ADA PERJANJIAN DENGAN KERAJAAN atau mana-mana entiti kerajaan.

Sedangkan syarikat-syarikat bukan Bumiputera yang berjaya kerana kontrak-kontrak dan kerja-kerja kerajaan, langsung tidak disentuh atau diperkatakan.

Itu nampaknya yang sedang berlaku sekarang.

Kita akan cuba dapatkan butiran lanjut tentang isu ini dalam posting-posting berikutnya dan melihat sendiri bagaimana permainan BUNUH MELAYU OLEH ORANG MELAYU dibuat secara berleluasa dan akhirnya kesalahan diletakkan di bahu Najib dan UMNO!


5 comments:

Anonymous said...

Sedih kerana selalunya Rosmahlah yang teruk difitnah walaupun ianya tiada kaitan langsung dgnnya.

Sedih juga kerana selain kapir musyrik yg bertalu-talu mencelanya ,muslim melayu turut memeriahkan mengutuk dan melabel Rosmah sedangkan masing-masing tahu dosa-dosa memfitnah dan mencela.

Sayu kerana sebagai manusia dan muslim ,banyak muslim yg baik tak mampu merubah mentaliti manusia-manusia seperti ini

Anonymous said...

Jgn lupa perhalusi juga siapa yg dibelakang melayu yg jadi pembunuh melayu tu...

Anonymous said...

Bila time datum jelatek, tak pulak melayu2 terutama dr pakatan haram memekak melolong cam ni. Terutama melayu yang pegang selangor, lansung tak dengar suara.

Anonymous said...

Memang dah berjaya pihak kafir melabelkan umat islam dengan bermacam label. Kalau tanah tu cina yg nak ambil, guarantee tak akan kecoh. Betapa banyak syarikat pemaju perumahan cina mengambil tanah di kl ni, org melayu tidak bising pun. Orang melayu ni suka terikut-ikut bising org lain. Cina hanya perlu start kebisingan tersebut, dan ia akan disambut oleh org melayu sehingga lunyai. Org melayu ni sebetulnya tak de idea nak bising dalam isu apa sehingga diajar. Jadi adakah cina akan mengajar melayu supaya bising jika isu itu menguntungkan cina?

Anonymous said...

Macamana jakel boleh dpt status bumiputera sedangkan semua tau mereka nie mamak (india muslim) apapun nak dptkan sesuatu tu biarlah cara yg dibenarkan islam,walaupun mereka bkn melayu yg penting mereka tu Islam

 
Blogger Templates