Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, October 14, 2015

LAWAK KING!!! DAP TUNJUK HERO, AZMIN BANTAH KENAIKAN TOL, TETAPI YANG KENYANG MEREKA JUGA!!!



DAP dan PKR Selangor sudah mula main drama... sudah mula menuding jari kepada UMNO dan Barisan Nasional ekoran kadar tol lebuhraya dalam bandar dinaikkan oleh syarikat-syarikat konsesi.

Di Puchong, Gobind Singh Deo mengetuai angkatan demonstrasi DAP untuk menyalahkan Najib. Di beberapa tempat yang lain, PAS yang tolol juga turut mengambil bahagian menyalahkan Najib dan UMNO. (DI SINI)

Azmin lagi best...

Tanpa rasa bersalah, tanpa rasa malu dan tanpa sekelumit pun mengakui bahawa kenaikan tol adalah disebabkan oleh tuntutan syarikat-syarikat konsesi yang sebenarnya anak-anak syarikat dan ANAK-ANAK SYARIKAT KEPADA ANAK-ANAK SYARIKAT Kerajaan Negeri Selangor, cuba berlagak menjadi hero dengan mengumumkan KETIDAKSETUJUANNYA tentang kenaikan bayaran tol lebuhraya.

Lebih menarik lagi ialah apabila para macainya segera menyembunyikan fakta tersebut dan menyalahkan pentadbiran Najib dan UMNO sepenuhnya sekalipun kalau tidak dituntut dan didesak oleh syarikat-syarikat konsesi milik Kerajaan Negeri Selangor, kenaikan kadar tol tidak akan berlaku. (DI SINI)

Salah seorang pemimpin PKR yang tersenarai dalam Ahli Lembaga Pengarah syarikat konsesi lebuhraya SPRINT adalah Sivarasa Risaiah sampai ke saat ini, langsung tidak bersuara.

DAP dan PKR sudah mula tunjuk hero walaupun sebenarnya merekalah yang memperolehi laba besar daripada kenaikan berkenaan.


Anehnya, ramai pula yang menyatakan, kenaikan tersebut adalah SALAH NAJIB DAN UMNO, padahal yang kenyang adalah DAP DAN PKR!!!

Azmin Ali dalam masa yang sama, cuba menonjolkan diri sebagai hero dengan memanggil wakil-wakil syarikat konsesi tersebut dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bagi mendapatkan penjelasan kononnya, rasionalisasi kenaikan berkenaan melibatkan syarikat-syarikat mereka. (DI SINI)

Belum ada apa-apa tindakan untuk menurunkan atau mengekalkan kadar tol, tetapi para penyokong dan macai sudah menyambutnya seperti satu KEJAYAAN BESAR DALAM PEPERANGAN menentang musuh.

CAKAP SAJA BERBUIH-BUIH... yang pasti, tidak akan ada sebarang tindakan sebaliknya yang dibuat adalah menyalahkan Najib dan UMNO!!!

ANEH ATAU TIDAK, DAP DAN PKR SEKADAR MENYALAHKAN NAJIB DAN UMNO tetapi LANGSUNG TIDAK BERANI MENYALAHKAN SYARIKAT-SYARIKAT KONSESI yang setiap tahun menuntut kenaikan kadar tol?

Dalam isu ini juga, perkara yang sama sedang berlaku.

Nampak sangat DAP dan PKR sedang cuba mempertahankan syarikat-syarikat tersebut tetapi berselindung kononnya mereka menentang kenaikan tol demi rakyat!!!


11 comments:

Anonymous said...

Apa nak buat, rakyat ramai yang senang kena tipu...percaya je petualang Negara ni semua.

Anonymous said...

Itu bukti dia orang cerdik dan bukti najib n co bangang...dedahkan secara besar2 an la mcm selalu pembangkang buat..dah tau semua konsesi tu kerajaan selangor punya dedahkan la..ni tak yg dedahkan cuma blogger2 saja..pemimpin haram xckp apa pun..sbb tu xde org percaya itu kerajaan selangor punya keputusan tp org anggap itu najib punya keputusan..mmg punah la umno selagi ada pemimpin bengong penakut jd pm..phuii..slow nak mampos dalam tundakan...tgk bagaimana pembangkang pemimpin sendiri turun bersama rakyat buat demo, itu lg dekat dihati rakyat...dah kd pemimpin dr muda belia takkan strategi pun xreti2 lg..

Anonymous said...

nampaknya orang lain makan nangka ,orang lain pula yang kena getahnya...

rakyat Malaysia secara kasarnya ,tak insaf selagi tak kena bala...

Anonymous said...

Mula mula kenalah pecat sivarasa. Sebab dia juga terlibat dslsm kenaikan tu.
Di penang pun kerajaan negeri ada share dalam tol. Kena lah tanya guan eng. Kenapa tak bantahbtol naik.

Anonymous said...

Kerajaan negeri pun ada share. Di selangor dan penang kenapa pkr dan DAPig yang jadi pengarsh tak bsntah?

Anonymous said...

kenapa kata pas tolol? kenapa rasa bijak dengan harga tol naik? sedangkan pas adalah rakyat biasa-biasa sahaja.

Anonymous said...

Pegi google. Check fakta. Dalam ahkbar sinar harian tahun 2013 telah dinyatakan oleh menteri kerja raya, kenaikan tol tidak dpt dielakkn sbb atas perjanjian konsesi. Pada waktu itu kerajaan terpaksa belanjakan hampir RM400 juta utk pampasan kpd syarikat konsesi bgi mengekalkn kadar sediaada. Jadi utk tahun2 berikutnya kadar semasa perlu dikaji semula berdsrkn perjanjian konsesi asal oleh pihak kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya. Dan spt kite ketahui...kadar itu telah dinaikkn ikut persetujuan dri perjanjian konsesi asal.
Ini rujukan dri sinar harian.
http://www.sinarharian.com.my/kenaikan-tol-terkandung-dalam-perjanjian-konsesi-1.230658
Kenaikan tol yg berlaku tu tepat sekali sebnyak 13 lebuhraya seperti yg disebutkn dalam berita sinar harian pada 2013.
Lebuhraya yg ada kaitan dgn syarikat kepunyaan kerajaan selangor ada 3 shj, iaitu KESAS, SPRINT dan LDP dimana didalam KESAS pihak PKNS mempunyai 30% saham dan didalam SPRINT dan LDP sebanyak 20%. Kalau kita lihat dalam senarai kenaikan tol terbabit, KESAS, SPRINT dan LDP tidak terbabit.

Sya bkn penyokong kerajaan DAP+PKR, tetapi jgn terus tuduh sembarangan tanpa fakta dan bukti jelas.
Kenaikan tol mmg akan berlaku pada mana2 lebuhraya tol sebab kos utk membuat lebuhraya itu perlu dibayar semula. Jdi dlm perjanjian konsesi telah dibuat jadual2 kenaikan tol berperingkat utk melangsaikn pinjaman utk pembinaan lebuhraya terbabit. Mmg boleh kenaikan tol ditunda oleh pihak kerajaan, tetapi pihak kerajaan pula perlu membayar pampasan kpd syarikat2 terbabit sbb kenaikan tol ditunda oleh pihak kerajaan.

sekian

PAS jgn TOL OL! said...

Tol-tol ini kepunyaan Cina yang dulu kuli saja seperti Gamuda, IJM. Macam mana Cina boleh dapat konsesi tol di Selangor dan P.Pinang itu kena tanya UMNO.

Sepatutnya pNB yang dapat konsesi, dapat juga rasa dividen.

Jadi pasal tol ni PAS jangan tolol hehe... itu semua Cina DAP punya tol daa... apa daaa

Anonymous said...

Anon 11:06pm,

....kalau kena kat selangorDAPku...banyak la nkau punya perjanjian konsesi...kalau orang lain, kerajan zalim la, pm makan duit la...wakil2 selangorDAPku dalam sykt konsesi diam je...makan duit kerr...

Anonymous said...

..PAS tolol..

...bukan tanya umno...tanya mahazalim...tengok mahazalim marah betul bila najib tak sambung kontrek IPP kroni...

Rizal Zainal said...

Mmg kerajaan tk mmpu nk tngung tol ! Tp pemegang saham adalh kerajaan negerikn Selangor bro , bknkh PR adalh kerajaan rakyat maka wajib LA bntu rakyat , lg satu yg mntak naik tol adalh tol dlm bndr yg d dlmnya terdpt share Dr syarikt kerajaan negeri , mksudnya kerajaan negeri jg bersetuju stay mgkn merdeka yg mntak kenaikn tol

 
Blogger Templates